Khamis, 29 November 2007

Anwar: Bukti Kukuh Penyelewengan Pilihan Raya Wujud Sejak 1999

Kuala Lumpur, 28 Nov - Ketua Umum KeADILan Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini membidas kegagalan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) atas kegagalannya bertindak atas bukti-bukti penyelewengan pilihanraya yang telah diserahkan kepada SPR sejak 1999 lagi.

Selain merujuk beberapa kes dari laporan KeADILan “Sham Democarcy,” beliau juga menggunakan Ijok dan Ipoh Timur sebagai contoh peristiwa terkini yang melibatkan amalan menipu dalam daftar pemilih dan semasa pilihanraya dijalan.

“Penafian berterusan wujudnya penyelewengan pilihan raya oleh kepimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya akan menjejaskan lagi imej Malaysia yang telahpun tercemar selama ini” kata Anwar.

“100,000 rakyat Malaysia baru sahaja berkumpul di dalam Perhimpunan Agung Bersih pada 10 November untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih. Justeru, reaksi kerajaan menunjukkan keangkuhan mereka yang ingin meneruskan penyelewengan yang sedia ada.”

Baru-baru ini, Pengerusi SPR telah menawarkan untuk meletak jawatan sekiranya sebarang penyelewengan pilihanraya

Di antara contoh-contoh yang diberi dalam sidang media pagi ini termasuk:

* Pada tahun 1999, SPR mendakwa mereka tidak “mempunyai masa yang mencukupi” untuk meluluskan pendaftaran pengundi yang mendaftar pada Mei untuk pilihan raya pada November; kelulusan biasanya mengambil masa tiga bulan. Ini jelas sekali suatu usaha yang terancang untuk menafikan seramai 680,000 orang yang mendaftar pengundi baru ketika gelombang Reformasi.


* Pada tahun 2004, daerah mengundi yang tidak wujud ditemui. Di Gombak, wujud 2 daerah mengundi dengan nama yang sama (Kemensah 098/18/04) tetapi memberikan dua keputusan yang berbeza.


* Pada tahun 2004, rekod mencatatkan Ali bin Omar (No. K/P 280903-02-5057), bapa seorang pemimpin utama KeADILan hadir ke pusat membuang undi meskipun sudah meninggal dunia. Bukan sahaja itu, malah didapati beliau mengundi calon Barisan Nasional.


* Pada pilihan raya 2004, 37.6% daripada pengundi di kawasan Parlimen Lembah Pantai didapati mempunyai alamat yang tidak boleh dikesan. Menurut daftar pemilih sebuah kedai runcit beratap zink di Kampung Kerinchi memuatkan seramai 141 pengundi.


* Pada pilihan raya kecil Ijok pada tahun 2007, sebanyak 142 kertas undi tidak dipulangkan dari Peti Undi 4 daerah mengundi di Pekan Berjuntai Besari Utara. Ini timbul kerana amalan mengambil kertas mengundi kosong dan menjualnya kepada ejen yang akan menandakan kertas undi tersebut dan memberinya kepada pengundi lain yang akan membuang undi, dan membawa keluar kertas undi kosong dan mengulangi proses tersebut.

* Pada Oktober 2007, di kawasan Parlimen Ipoh Timur yang merupakan kubu pembangkang, didapati wujud 8,463 pengundi baru di dalam masa hanya tiga bulan. Sebelum ini Ipoh Timur mempunyai 48,000 pengundi berdaftar dan pembangkang menanginya dengan majoriti 9,774 undi.


“100,000 rakyat Malaysia baru sahaja berkumpul di dalam Perhimpunan Agung Bersih pada 10 November untuk menuntut pilihan raya adil dan bersih. Justeru, reaksi kerajaan menunjukkan keangkuhan mereka yang ingin meneruskan penyelewengan yang sedia ada” tegas Anwar.

“KeADILan akan terus bekerjasama dengan masyarakat madani dan parti-parti pembangkang untuk memastikan hak setiap insan untuk hidup dibawah kerajaan yang dipilihnya akan terus dipertahankan di negara kita.”

copy from : http://sensasi.freephpnuke.org/

Selasa, 27 November 2007

Pemberian Tidak Setara Antara Anak-anak

Oleh : Syed Abdul Kadir Aljoofre

Ketika berbual beberapa hari lepas bersama adik-adik, selepas ana membacakan kitab Adab Sulukil Murid dan Nailurraja' di surau Asrama Selangor, ana ditanyakan persoalan berkaitan pemberian seorang bapa kepada anaknya untuk belajar. Terkait juga pada permasalahan ini, seorang bapa yang melebihkan pemberian (hibah), kepada seorang anaknya daripada yang lain, jika dilihat anaknya itu lebih memerlukan terutamanya jika anak tersebut masih lagi belajar, dan tidak bekerja, berbanding anak-anaknya yang lain, atau anak tersebut dilihatnya lebih alim dan beradab daripada yang lain.

umhur Fuqaha' (majoriti ahli fiqh) menyatakan makruh pemberian tidak setara atau tidak seimbang daripada seorang bapa kepada anak-anaknya jika keperluan antara anak-anak tersebut adalah seimbang. Adapun jika terdapat seorang anak yang lebih memerlukan daripada yang lain maka tidaklah makruh. (Mughniyul Muhtaj; Al-Khatib Assyarbini). Contoh "lebih memerlukan" adalah, kerana sakit, ahli keluarga yang ramai atau menyibukkan diri dalam menuntut atau mengajarkan ilmu. Begitu juga tidak mengapa bagi seorang bapa untuk tidak memberikan langsung hartanya kepada seorang yang didapatinya fasiq atau derhaka kepadanya.

Di dalam kitab Majma'ul Anhar (Feqh Hanafi), ada menyebutkan :

"Jika sebahagian anaknya menyibukkan diri dengan ilmu (samaada menuntut ataupun mengajar) dan tidak bekerja, tidaklah mengapa dia melebihkannya daripada anak-anaknya yang lain. Dan di atas jawapan para mutaakhirin (ulama terkemudian), tidak mengapa jika diberi kepada sebahagian anaknya yang alim serta beradab dan tidak memberi anaknya yang fasiq serta berbuat dosa"

Imam Malik bin Anas sendiri pernah ditanya berkenaan seseorang yang ingin memberikan pemberian kepada sebahagian anaknya yang mentaatinya, dan tidak memberikannya kepada yang lain, maka dijawab oleh Imam Malik : "Tidak mengapa".

Inilah pendapat Jumhur Fuqaha' serta yang dipegang dalam Mazhab Syafie, dan beginilah juga fatwa yang dikeluarkan oleh Darul Ifta' Mesir (no. 6039). Jawapan yang disebutkan di atas adalah huraian semula secara ringkas daripada Fatwa tersebut. Wallahu A'lam.

copy from : http://www.pmram.org/

Khamis, 22 November 2007

Gula-gula MENTOS dan Coca Cola / Pepsi pembunuh


sila klik imej untuk pembesaran

Berita ini saya perolehi dari email berantai, entah benar atau tidak, saya belum sempat mengkajinya, cuma sebelum terjadi apa apa, lebih elok saya posting dahulu pada hari ini dan melakukan kajian untuk hari esoknya.

Seorang budak lelaki di Brazil maut selepas memakan gula-gula MENTOS dan ia minum Coca-Cola / PEPSI selepasnya. 1 tahun sebelum itu, kejadian yang sama turut berlaku yang membabitkan budak lelaki.

Please check the experiment that has been done by mixing Coka-Cola (or Coka-Cola Light) with MENTOS .

So be careful with your self eating MENTOS (POLO's) and drinking COCA-COLA or PEPSI together.
CHECK THIS OUT...

Isnin, 19 November 2007

Kewajipan Mengundi - Adakah Anda Sudah Mendaftar Sebagai Pemilih?

KEWAJIPAN MENGUNDI MENGIKUT HUKUM SYARA’
Oleh DATO' HAJI HARUN TAIB
Sunday, 07 January 2007


Menegakkan Pemerintahan Islam

Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah atau Imaratul Mukminin ataupun al Imamah al ‘Uzma. Ia merupakan sebuah pemerintahan yang berteraskan kepada syariat Islamiyyah sama ada pada perlembagaannya, undang-undangnya, ekonominya dan lain-lainnya. Ia ditakrifkan oleh Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Khaldun dan lain-lain dengan maksud : “mengalang ganti kenabian dalam urusan menjaga agama dan mentadbirkan dunia dengannya”. Pengertian ini dibuat berdasarkan kata-kata Abu Bakar Al Siddiq r.a. sesudah wafatnya Rasulullah s.a.w. maksudnya:

“Muhammad sudah wafat, maka agama ini sudah pasti memerlukan orang yang
mengurusnya”.

Kata-kata ini terus mendapat sokongan dan persetujuan padu dari kalangan para sahabat yang menghadiri perhimpunan Saqifah Bani Sa’adah yang berakhir dengan pencalonan beliau (Abu Bakar) sebagai khalifah menggantikan Rasulullah s.a.w.

Hukum Menegakkan Pemerintahan Islam

Ramai di kalangan ‘alim ulama’ yang bercakap tentang perkara ini, yang biasa didengari ialah seperti Al Imam Al Mawardi, Abu Yu;la, Ibnu Khaldun, (faqih Siasi), Imam Al Haramain Al Juwaini, (Faqih Ijtima’ie), Imam Al Ghazali, (Faqih Tasawwuf) dan lain-lain lagi. Sebagai contoh kita ambil sahaja kata-kata al Faqih al Ma’ruf Ibnu Hazam Al Andalusi:
“Para ulama’ daripada Ahlu Sunnah wal Jamaah, Al Murji’ah, As Syiah dan Khawarij bersatu pendapat dalam mengatakan bahawa menegakkan Pemerintahan Islam itu adalah wajib, maka seluruh umat berkewajipan melakukan taat kepada Imam yang adil yang menegakkan ke atas mereka hukum hakam Allah, yang mentadbir dan memerintah mereka dengan syariat Allah yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

Namun begitu terdapat satu puak daripada Al Khawarij yang bergelar Al Najdat mengatakan bahawa tidak wajibnya menegekkan kerajaan yang serupa itu. Walau bagaimanapun mereka sudah tidak wujud lagi dewasa ini.

Pendapat mereka ditolak oleh Ijma’ mereka yang telah disebutkan itu, lebih-lebih lagi apabila kita dapati Al-Quran dan Al-Sunnah turut menyatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu.
Wajibnya menegakkan Pemerintahan Islam itu berdasarkan Syara’ dan berdasarkan ‘Aqal

Kita telah menyatakan bahawa menegakkan pemerintahan Islam itu wajib. Apakah wajibnya itu berdasarkan syara’ atau berdasarkan ‘aqal atau kedua-duanya sekali?

Al Mawardi, Abu Yu’la, Ibnu Hazam dan Ibnu Khaldun menyatakan bahawa syara’ dan ‘aqal sama-sama mewajibkan kita menegakkan pemerintahan Islam. Hal ini berdasarkan Al-Quran, Al-sunnah, Al-Ijma dan ‘aqal (logik). Antara lain Firman Allah Ta’ala:

Ayat ini menfardhukan kepada kita mentaati Allah, Rasul dan Ulu Al Amri yang memerintah kita. Rasulullah s.a.w. antara lainnya ada bersabda:
Selain dari Al-Quran dan Al-Sunnah, para sahabat dan tabi’in telah sebulat suara mengatakan wajibnya menegakkan pemerintahan yang serupa itu (Pemerintahan Islam).

Dari segi logiknya pula, manusia itu tidak boleh hidup dalam keadaan porak peranda tanpa tanzim, maka setiap tanzim perlu kepada pihak yang berkuasa, maka yang berkuasa di dalam sesebuah negara ialah pemerintah. Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya:
“Jika tiga orang berada dalam pelayaran maka hendaklah mereka melantik seorang ketua”.

Hadis ini menunjukkan bahawa nabi mewajibkan perlantikan ketua dalam kumpulan yang kecil, maka apatah lagi kumpulan yang lebih besar dan tersebar.
Cara-cara Menegakkan Pemerintahan Islam

Sebelum itu, kita telah menyatakan bahawa Pemerintahan Islam itu berbentuk khilafah. Pembentukan dilakukan melalui perlantikan pemimpin tertinggi iaitu khalifah dan khalifah pula akan melantik pembantu-pembantunya sama ada jemaah menteri, ahli syura dan lain-lain.

Dalam keadaan biasa, perlantikan khalifah itu berlaku melalui tiga peringkat pencalonan, penapisan calon dan pungutan suara rakyat yang berhak bersuara. Ia dikenali dengan Bai’ah Ammah.

Hal ini dipetik dari peristiwa perlantikan Saidina Abu Bakar Al Siddiq, di mana beliau dicalonkan dan disahkan pencalonannya di dalam perhimpunan Saqifah Bani Saidah, kemudian selepas itu dilakukan ‘baiah 'ammah’ di masjid Al Nabawi.

Baiah 'ammah itu kadangkala dipanggil pungutan suara ramai, kadangkala digelar dengan nama Al Syahadah iaitu para saksi yang juga dipanggil pengundi memberikan penyaksiannya bahawa calon itu adalah layak memiliki syarat-syarat yang dikehendaki oleh Islam.

Kewajipan Ummah di dalam Menegakkan Pemerintahan Islam

Sama ada persetujuan kepada pencalonan yang kita sebutkan di atas dibuat atas nama ‘Baiah Ammah’ atau ‘Al Syahadah’ maka setiap umat Islam yang aqil baligh wajiblah menyertainya. Atas nama baiah ianya wajib kerana bersandarkan sabda Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Sesiapa yang mati dan tidak pernah melakukan baiah nescaya matinya itu dalam keadaan jahiliyyah”.

Antara maksud lafaz baiah itu ialah:
“Aku memberi baiah kepad kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasulnya”.
Adapun atas nama Al Syahadah, ianya diwajibkan bersandarkan kepada antara lainnya Firman Allah Ta’ala, maksudnya:
“Dan hendaklah kamu persaksikan dua orang yang adil dari kalangan kamu”. (At Talaq:2)

Firman Allah lagi, maksudnya:
“Dan hendaklah menegakkan syahadah semata-mata kerana Allah”. (At-Talaq:2)
Firman Allah Ta’ala lagi, maksudnya:
“Dan janganlah kamu menyembunyikan syahadah dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya berdosalah hatinya”. (Al-Baqarah: 283)
Oleh kerana itu para pengundi haruslah mempunyai syarat-syarat yang ada pada saksi, antara lainnya bersifat adil. Mereka memberikan persetujuan kepada seseorang calon itu hanya berdasarkan kelayakan peribadi dan matlamat pencalonan seperti mana hadith Rasulullah s.a.w. yang maksudnya:
“Aku memberi baiah kepada kamu dengan syarat kamu menegakkan kepada kami Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.

Mendaftar Diri Sebagai Pemilih

Sayugia diingatkan bahawa menegakkan pemerintahan Islam di Malaysia memerlukan kepada proses mendapat suara majoriti di dalam dewan rakyat atau dewan negeri. Untuk mendapat suara majoriti di dewan rakyat atau dewan undangan negeri mestilah memenangi kerusi terbanyak di dalam dewan-dewan tersebut.
Untuk memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan di dalam pilihanraya mestilah mempunyai pengundi yang ramai (majority). Undi yang serupa itu tidak akan diperolehi kecuali para pencinta Islam layak menjadi pengundi.

Mereka tidak akan layak mengundi (mengikut peraturan yang ada) kecuali mereka didaftarkan sebagai pemilih. Oleh kerana itu dan berdasarkan kepada fakta-fakta yang telah kita bentangkan di atas dan berdasarkan kaedah fiqh:
“Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya maka ia menjadi wajib”.
Maka dengan itu mendaftarkan diri sebagai pengundi di dalam negara Malaysia ini adalah menjadi wajib mengikut hukum syara’.

Kesimpulan dan Penutup

Semua mengetahui bahawa melaksanakan hukum syara’ itu adalah wajib. Ia tidak boleh dilaksanakan kecuali wujudnya kerajaan Islam. Maka mewujudkan kerajaan Islam adalah wajib. Dalam konteks Malaysia hari ini, proses menegakkan kerajaan Islam dibenarkan oleh undang-undang adalah melalui pilihanraya, maka menyertai pilihanraya untuk tujuan tersebut adalah wajib. Seseorang itu tidak mengundi di dalam pilihanraya kecuali dia adalah seorang yang layak dan berdaftar sebagai pemilih secara sah. Maka mendaftarkan diri sebagai pemilih adalah wajib. “Sesuatu yang wajib tidak sempurna melainkan dengannya akan ia menjadi wajib”.

Ahad, 11 November 2007

Video & Gambar-Gambar Menarik Perhimpunan BERSIH (10/11/07)


sumber gambar dan video : vray (http://torrent.jiwang.cc)


klik imej untuk pembesaran

Tahniah rakyat Malaysia! pilih jalan raya tuntut demokrasi tulen - Presiden PAS
Wan Nordin Wan Yaacob

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Hrkh) - Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang memberi ucapan tahniah dan penghargaan tinggi kepada peserta perhimpunan kerana tidak gentar dengan ugutan dan memilih jalan raya untuk menuntut demokrasi tulen di negara ini.

"Tahniah kepada Bersih yang telah berjaya anjurkan perhimpunan rakyat pada hari ini.Kepada seluruh peserta himpunan yang datang dari seluruh pelusuk negara saya ucapkan setinggi tahniah, kerana telah berjaya buktikan kepada dunia, bahawa rakyat Malaysia juga mempunyai kesedaran berjuang untuk membawa perubahan dalam negaranya," tegas Tuan Guru Abdul Hadi dalam ceramah umumnya di Markaz Tarbiyyah PAS Taman Melewar malam tadi.

Turut serta dalam ceramah umum anjuran Bersih di Taman Melewar malam tadi selepas himpunan 100,000 rakyat pada jam 2.30 petang semalam berjaya ialah, Penasihat Perti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim; Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung KeADILan, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; AJK DAP Pusat, Ronnie Liu dan Koordinator Penggerak Demokrasi, Anuar Tahir.

Presiden PAS melahirkan tahniah kepada peserta himpunan aman kerana cukup bersabar walaupun ada gangguan sambil menyifatkan kesediaan mereka menyertai himpunan semalam adalah satu pengorbanan yang sangat mahal harganya,

"Kita memilih jalan untuk turun di jalan raya jangan paksa kita masuk hutan," katanya sinis sambil disahut dengan laungan takbir oleh penonton.

Kesakitan adalah kemanisan dalam perjuangan

"Tahniah kepada rakan-rakan yang ditahan (42 orang tetapi telah dibebaskan lewat malam tadi) yang sakit.Yang sakit itu adalah kemanisan dalam perjuangan.Mudah-mudahan yang menerima kemanisan perjuangan ini dapat fadhilat dari Allah," katanya.

Katanyanya, rakyat memilih jalan raya, setelah melihat pilihan raya yang penuh dengan kekotoran dan penyelewengan, yang bercanggah dengan prinsip demokrasi.

Asas kepada prinsip demokrasi ialah yang memberi hak kepada rakyat menjadi hakim yang adil, melalui 'mahkamah' yang diberi kepada rakyat iaitu pilihan raya, katanya.

"Kita faham demokrasi bukan sahaja mengundi dengan bebas, demokrasi juga termasuk media yang bebas diberi peluang kepada semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya.

Pemerintah zalim, sekat media


"Parti pemerintah adalah zalim apabila tidak beri ruang kepada parti yang bukan memerintah untuk menyatakan hujah melalui media," katanya.

Demokrasi yang adil mestilah minda rakyatnya terbuka boleh berfikir dengan baik dapat maklumat dari semua pihak, ujarnya.

Apa yang berlaku pada hari ini demokrasi media 'dicekik' dan disempitkan hingga rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil melalui pilihan raya, tegasnya.

Rakyat menjadi mangsa kezaliman dalam masa singkat kerana mereka ditipu dengan hanya beberapa jam dalam pilihan raya, katanya lagi.

PAS dan rakan-rakan parti politik lain serta rakanrakan NGO menubuhkan Bersih untuk lakukan satu gerakan rakyat supaya kelak satu reformasi berlaku dalam demokrasi.

Kata Presiden PAS itu, demokrasi yang baik yang menjadi alat yang penting memilih kerajaan yang sihat melalui pilihan raya yang adil.

Setiap kerajaan ada ajalnya


Ustaz Hadi seterusnya menasihatkan rakyat bahawa, Allah mengajar supaya hambanya berwirid dalam solat lima waktu.

Maksud wirid yang dibacakan Presiden PAS "katakanlah wahai Allah tuhanku yang memiliki kerajaan, mengurniakan kerajaan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau rampas dari sesiapa yang Engkau kehendaki, Engkau memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, ditangan kekuasaan Engkau sahajalah wahai tuhan segala kebaikan dan Engkau maha berkuasa di atas segala-gakanya".

Kata Tuan Guru Abdul Hadi lagi, Allah menjadikan kerajaan adalah ujian kepada pemimpin dan rakyat.

Ada kerajaan yang baik dan adil, ada kerajaan yang zalim dan jahat, silih berganti, ujarnya.

"Allah tidak menjadikan kerajaan dalam dunia ini kekal selama-lamanya termasuk kerajaan Nabi Sulaiman; Nabi Daud dan Nabi Muhammad s.a.w ada ajalnya," katanya..

Kerajaan zalim pasti temui ajalnya


Begitulah kerajaan yang zalim tidak akan memerintah lama ada ajalnya termasuk kuasa besar dunia Jerman, Perancis, Soviet Union dan kini Amerika Syarikat, semuanya ada ajalnya," katanya.

"BN jangan ingat parti itu tak ada ajal macam orang lain mereka juga ada ajal.Akan tiba masa tamat riwayatnya.

"Orang yang beriman mahu ajalnya disudahkan dengan baik dan hormat bukan ajak disudahkan dengan memalukan.Kita beri peringatan kepada pemimpin BN tamatkanlah riwayat kamu dengan nama yang baik.Jangan tamatkan riwayat kamu dengan nama buruk dan jahat," katanya.

Sambil melaungkan keyakinan bahawa rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan kerajaan jahat BN sepertimana rakyat Indonesia, Filipina dan Thailand berhadapan dengan kerajaan mereka yang jahat.

"Rakyat Malaysia boleh berhadapan dengan BN.Wahai BN tamatkan riwayat kamu dengan cara yang terhormat.Ayuh bersihkan demokrasi yang kamu kotorkan.Kalau kamu berkeras percayalah kuasa kamu tak kekal selamanya, kita buktikan keyakinan kita pada hari ini," tegasnya.

Sabtu, 10 November 2007

Kemenangan Gelombang Kuning Kemenangan Rakyat!

2.50 petang: Polis mula menembakkan gas pemedih mata ke arah peserta gelombang kuning di dalam Masjid Jalan India dan Masjied Jamek. Peserta di sekitar Bangunan KWSP Jalan Raja Laut pula disembur dengan water canon berisi asid.

10,000 Ribu..Tiba Di Istana Negara

3.00 petang: Para peserta di sekitar bangunan KWSP diberi amaran supaya bersurai. Kalau tidak mereka akan ditangkap beramai-ramai.

3.20 petang: Sekumpulan 10,000 peserta gelombang kuning sudah tiba di kawasan Istana Negara. Sementara itu, kelompok peserta yang dihalang keluar daripada Masjid Jamek pula dilaporkan semakin lumpuh. FRU hampir mengepung seluruh kawasan masjid.

Dianggarkan 40,000 Di Hadapan Istana

3.40 petang: Dianggarkan hampir 40,000 peserta gelombang kuning sudah berada di hadapan Istana Negara. Sementara itu, perarakan masih berterusan. Kira-kira sepanjang 1 kilometer lagi gelombang kuning bergerak menuju ke istana tersebut.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku!!!!!

3.55 petang: Jumlah peserta gelombang kuning di hadapan Istana Negara makin bertambah. Seorang peserta mengirimkan sms ini: “saya bangga jadi rakyat Malaysia. Daulat Tuanku!!!” Seorang lagi peserta pula mengirimkan sms ini: “Perkarangan Istana Negara dibanjiri gelombang kuning. Kira-kira 100,000 manusia.”.
Alhamdulillah…

Truck FRU Tersadai
4.00 petang: Beberapa truck FRU berkejar ke Istana Negara. Kenderaan mereka tidak boleh bergerak kerana jalanraya dibanjiri gelombang kuning.

Delegasi BERSIH Mengadap Agong

4.03 petang: Syukur Alhamdulillah… Pada jam 4.03 minit sekumpulan 10 orang delegasi BERSIH diperkenan masuk mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU!!!!!

Hujan Lebat, Gelombang Kuning Terus Menggelora

4.15 petang: Blogger Mohd Sayuti Omar menelefon. Katanya, beliau amat berbangga dengan respons rakyat jelata. Majoriti mereka terpaksa berjalan kaki hampir 15 kilometer untuk ke istana dalam keadaan hujan lebat. Katanya lagi, kalau inilah hakikatnya Pilihan Raya Umum akan datang, hanya Allah sahaja yang mengetahui kesudahannya.

Seorang eksekutif syarikat swasta pula mengirimkan sms: “Alhamdulillah. Saya sudah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang ayah, seorang individu dan lebih penting lagi, sebagai seorang Muslim. Perarakan ini adalah untuk anak saya, agama saya, bangsa saya dan negara saya. Daulat Tuanku!”


Misi Berjaya. Daulat Tuanku!!!

4.25 petang: Seorang anak muda yang saya kenali mengirimkan sms ini: “Saya bersama-sama kira-kira 20,000 orang masih terus berjalan ke Istana Negara. Hidup Melayu! Daulat Tuanku!!!”

Pejuang-penyair Yassin Salleh pula mengirimkan sms: “Misi tertunai. Alhamdulillah! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!”

Seorang sahabat pula mengirimkan sms ini: “Jam 3.30 petang tadi Agong meninjau gelombang kuning dari udara dengan menggunakan helikopter.”

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!
Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!!

4.57 petang: Peserta gelombang kuning mula meninggalkan kawasan Istana Negara. Bagaimanapun, wakil BERSIH masih lagi di dalam istana.

Sebagai keseimpulannya, para peserta telah membuktikan bahawa mereka memang bertindak secara aman, walau pun diprovokasi dengan pelbagai rintangan, mereka meneruskan perjalanan mereka dalam hujan lebat menuju Istana Negara.

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh pengirim mesej dan yang membuat panggilan telefon kepada saya untuk membolehkan saya merakamkan detik bersejarah ini.

Dengan ini, saya tamatkan laporan detik ke detik ini. Analisa mengenai kejayaan gelombang kuning akan menyusul malam ini.

Akhir kata, gelombang kuning yang menggelora telah pun reda bersama senja yang akan berlabuh dengan satu nostalgia kebangkitan rakyat yang amat merindukan kesejahteraan dan kedamaian untuk diwarisankan kepada generasi muka…..

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!!!! – Ruhanie Ahmad

Foto dari agendadaily.com
http://sensasi.freephpnuke.org/gate.html?name=News&file=article&sid=56

Jumaat, 9 November 2007

JAMAAH TABLIGH - APA TANGGAPAN ANDA?

Jam sudah menunjukkan jam 4 pagi, tapi mata ni masih belum menandakan tanda-tanda untuk beradu. Maka, tangan saya memilih laman web tranungkite untuk membaca artikel-artikel terbaru. Lantas ada satu topik menarik yang sentiasa saya fikirkan sejak dari kecil lagi. Tabligh.

1000 % Kisah benar.......dan kisah ini tidak membabitkan Kumpulan Tabligh dengan PAS, cuma melibatkan Kumpulan Tabligh sahaja. Saya tak pernah terlibat secara langsung dengan dakyah Tabligh, tetapi secara kasarnya akibat dari pengaruh Tabligh mengakibatkan anak saya gagal serta kecundang ketika menuntut di sebuah menara gading diuatara Tanah Air.
Secara dasarnya pada pemerhatian saya, sebelum kita nak mentablighkan orang lain, maka kita semestinya mentablighkan diri kita dahulu. (sila klik untuk laman pergi ke laman web sebenar)


Ayah saya sebenarnya memang rajin berkecimpung dengan Al-Arqam sejak dari dulu lagi.. kalau berdiri dari halaman rumah tu wangi semacam sahaja, confirm jamaah Al-Arqam datang menziarahi keluarga kami. Sejuk mata memandang mereka dengan jubah yang kemas, serban yang dililit dengan cantik, celak yang diukir dimata tanda menegakkan sunnatullah serta senyuman yang diukir dibibir tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ternyata mereka memang menjalankan dakwah islam dengan sebaik mungkin.


Berbalik pula kepada Jamaah tabligh, andaikata saya terserempak dengan orang-orang tabligh ni, ada sahaja yang tidak kena dalam perlakuan kami, seolah dialah yang is the best.

Sebelum tangan ini rancak mengkritik tabligh, saya mohon maaf jika ada diantara pembaca ini memang aktif dengan tabligh. Diharap pembaca dapat memberikan komen tentang jemaah tabligh yang pembaca sedari, bukan dari kritikan saya, kerana ini adalah penemuan-penemuan dalam kehidupan saya.

Sebagai contoh pertama ingin saya paparkan kisah saya serta 2 orang sahabat yang baru sahaja rehat menunaikan solat Fardhu Asar di Masjid Jami' Kuala Lumpur. Tiba-tiba datang seorang tabligh duduk memberikan salam kepada kami. Maka sesi kenalan bermula dengan mereka bertanya nama kami...

T :nama kamu siapa ?

kawan 1 : Syed Amru
kawan 2 : Syed Naqhaie
saya : Faizal

T :kamu bukan syed ?

saya : bukan, sebab moyang saya (kini sudah meninggal ) berkahwin dengan orang biasa. Lagipun dia keturunan Syeikh

T :bangsa apa?

saya : Bin Syeikh Abu Bakar

T :oh, kamu tahu dari mana asal usul Syed dan Syarifah?

saya : (menceritakan asal usul bangsa ini dari awal sampai akhir)

Lantas T diam kemudian memberikan peringatan kepada kami agar jangan berbangga dengan keturunan kerana orang yang mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa kepada-NYA. Bertubi-tubi kami kena dengan tazkirah dia. Saya bukan tidak menerima teguran dia, tetapi cara dia memperingatkan kepada kami ni seolah-olah kami ni terlalu bangga dengan keturunan. Yang mengecilkan hati kami, dia bangun lantas meninggalkan kami seolah-olah membenci kami.

contoh ke dua
Sahabat kawan kakak saya yang sudah melangsungkan pertunangan terpaksa menghadapi putus tunang akibat tunangannya diarahkan oleh ketua tablighnya agar memutuskan tali pertunangan dengan kawan kakak saya. Alasannya, ada seorang wanita ditempat kerjanya perlu diberikan tarbiah dan melangsungkan pertunangan dengan pekerja wanita tersebut. Kawan kakak saya menceritakan kepada saya, lelaki itu memang berubah sejak dia masuk ke dalam jamaah tabligh.

contoh ke tiga
Kawan saya bekas tabligh dan penglibatannya memang terlalu aktif. Dia pernah menceritakan kepada saya kebanyakkan ahli tabligh ini bukan dari didikan agama. Lantas menerima bulat-bulat ilmu yang dipelajari dari ceramah ketuanya. Maka dari itu, kebanyakan ahlinya terlalu sempit ilmunya sehingga sukar untuk menerima pendapat ulamak-ulamak yang lain.

Bahkan ada yang terlalu zuhud (menyalahtafsirkan erti zuhud), meninggalkan kerja amal untuk hidup duniawi, anak isteri semata-mata untuk memberi tazkirah kepada masyarakat. Bahkan kadang-kadang bila saya lalu disebelahnya, bila diperhatikan pakaian pun tidak bersih, bau yang kurang menyenangkan. Tindak tanduk yang kurang memuaskan.

Memadailah dengan 3 contoh dan 1 cerita yang saya ambil dari laman web yang lain untuk kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. Bukan bermakna saya memperlekehkan jamaah ini, cuma saya kurang senang dengan apa yang saya hadapi. Mungkin dari kumpulan yang lain memberikan contoh yang baik, cuma mungkin rezeki saya untuk melihat mereka tidak kesampaian..

Ahad, 4 November 2007

JIN DAN GANGGUAN

Kita sering mendengar orang dirasuk, diganggu makhluk halus dah sebagainya, bukan kita nak katakan mereka sering abaikan perintah dan larangan Allah, kita pun bukan baik sangat nak kata oarang macam tu kan? tapi kadang-kadang benda ni datang tanpa kita duga.

kebiasaan dugaan ini datang atas sebab-sebab berikut:
- saka - datuk nenek kita yang dahulu kala yang mempunyai bendang atau kebun yang besar memerlukan penjaga daripada pencuri yang mencuri hasil tanaman.
- dengki - kerana ada kelebihan pada diri kita, orang menghantar makhluk halus untuk mengganggu kita dan keluarga kita.
- berubat - orang yang kebiasaan meminta ubat dari bomoh-bomoh, perlu berhati-hati, sambil memberi ubat, dia juga memberikan khadamnya kepada kita. Kerana, setelah dia mati, dia perlukan pewaris..
- melanggar kawasan penempatan
- mulut terlalu biadab

sebab itu banyak lantang larang dalam agama sebagai contoh buang air di kawasan air yang bertakung dan sebagainya, tanpa kita ketahui, ia merupakan tempat permainan jin..

maka dari itu, saya ingin berkongsi untuk anda semua asas-asas tentang pengenalan jin, semoga kita terhindar dari gangguannya..

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api (biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya. Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tunduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt melaknat dan perintah turun ke bumi.

Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.

2) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).

Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemenyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Tetapi orang-orang melayu ini degil, suka sangat dengan asap kemenyan. Beliau menambah, orang-orang yang suka hisap rokok itu, adik-beradik jin lah tu.

Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan kubur.

*apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya), perlu baca " SalaMun, ' Ala Sulaiman, Fil 'alamin."

Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin !!!!

Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong... ." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan/tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di kerusinya dengan tongkat k ayu . Dan jin tekun membuat kerja di hadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.

Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ, waktu itu. Di larang juga buang air di lubang-lubang (tanah).

Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Jin lari selama 3 hari. Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang mel ayu suka sangat menepung tawar !!!

Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7 hingga 10 kali, jika tidak, bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya)

* Kalau rajin..Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim Muslimat yang lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Harga Terbaru Penerbangan Dari Cairo ke ASIA



klik imej untuk pembesaran

Setiap pembelian tiket, LE 10.00 akan didermakan kepada dana apartmen PMRAM.. membelilah sambil menderma...