Selasa, 22 April 2008

Gambaran Kecil Pintu Neraka

Di tengah padang pasir terdapat api yg membuak seperti api neraka secara mata kasar kita, yang bathinnya, sama-sama kita agar sentiasa kembali ke pangkal jalannya
video

gambar-gambar yang dapat dikongsi:



sila klik gambar untuk pembesaran

bahan : torrent.jiwang

Selasa, 15 April 2008

PAS dihina atau ISLAM dihina?


Cuba tengok betul betul gambar diatas,ada yang tak kena atau tidak?Aku tidak tahu bagaimana mahu tulis lagi.Aku mahu tunggu apa kau rasa.

Usahlah kerana kes ladang ternakan babi yang sedang panas dijadikan alasan untuk melukis satu karikatur sedemikian.Sudah cukup glamour babi di Malaysia sekarang.Cukuplah!Jangan ada yang ingin melampiaskan kemarahan dengan cara yang “kurang bijak”.Saluran yang betul bukan tiada cuma aku rasa orang kita terlebih emosi dari akal.Tak banyak,sikit saja.

Berbalik kepada gambar diatas,aku terfikir dan masih terfikir apa yang cuba disampaikan oleh pelukis asal.Mengapa sehingga perlu begitu.Siapa yang beliau maksudkan sebagai lelaki berjubah menunggang babi itu?Isu ini sudah cukup sensitif dimata kita,cukuplah membuat perkara yang boleh menaikkan lagi sensitiviti orang kita.Bukan orang lain yang buat & bukan orang lain yang susah.Kita kita juga.

Type rest of the post here

Selasa, 8 April 2008

Mendepani Ke Arah Kehancuran Medic Mesir?

Senario tumbangnya penerokaan pengajian perubatan di Ukraine awal tahun 2000 yang lalu bakal diulangi oleh daerah Sahara ini.

Mesir yang selama ini terkenal sebagai negeri 'Jelapang Ilmu' terumata bagi pengajian Islam telah diberi aroma baru dengan kehadiran besar pelajar dalam pengajian perubatan.

Namun kedamaian ini hanya sementara. Lumrah dunia, di mana ada daun yang hijau maka perosaknya pasti ada.

Dimanakan titik kepincangan ini bermula?

Ia bermula dengan satu perkataan iaitu Duta atau Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Mesir.
Kenapa DUTA? Adakah kerana kehensemannya? Kerana ia bijakkah?
TYT Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, Duta Malaysia ke Mesir (tengah) di samping Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kanan).

Sesi ini kita dipertemukan dengan seorang Tuan Yang Terutama Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir yang berminda besar tetapi beretika kecil. Masalah bermula dari beliau, memang tidak dinafikan jasa beliau di sini dan kemantapan pengaruhnya di Mesir.

Tetapi beliau perlu sedar dan faham akan bidang tugasnya. Percayakah atau tidak, Datuk Dutalah yang memberi kelulusan dan lesen besar kepada ejen-ejen pendidikan untuk beroperasi secara HARAM dan secara aktif di mesir.

Kenapa saya katakan ia adalah HARAM? Sedangkan Datuk Duta yang luluskan? Bukan daripada Encik Puat JPMK, bukan daripada Encik Yazit bin Kechik iaitu Atase Pendidikan JPMK, tetapi ia adalah lesen besar daripada Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir!!

Merujuk pada pra-syarat yang telah diletakkan oleh pihak Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) khusus bagi pengajian di TIMUR TENGAH.

1. Keterlibatan Agensi Pendidikan tidak dibenarkan sama sekali.
2. Sebarang pendaftaran dan tawaran wajib melalui Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
3. Kursus pengajian yang diberi berdasar ketetapan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan persetujuan Kementerian Pengajian Tinggi Mesir.


Malangnya, semua undang-undang negara ini dilanggar begitu sahaja oleh Datuk Duta yang berkelulusan Al-Azhar ini. Bagaimana seorang berjawatan pegawai tinggi kerajaan melanggar bidang tugasnya bahkan melanggar etika serta undang-undang negara sendiri? Apakah hak beliau lulusan sastera memandai-mandai menguruskan hal ehwal perubatan?

Agenda Melayu bukan lesen besar utk kita bertindak sesuka hati dalam melaksanakan tugas. Negaraku Negara berdaulat, Negaraku Negara bermaruah. Bagaimana teladan besar ini memberi teladan buruk kepada genarasi pewaris negara.

Kes-kes Yang Berlaku

Kisah menyayat hati ini cukup jelas. Pada bulan Julai hingga September tahun 2007, bumi mesir ini sekali lagi menerima penghantaran pelajar bagi bidang pengajian perubatan. Bagi mereka yang melalui JPA dan MARA tidak mengalami sebarang masalah besar bagi hal ehwal penempatan pengajian, kebajikan dan kediaman. TETAPI bagi mereka yang melalui yayasan negeri seperti Negeri Sembilan, Melaka, dan Kelantan berdepan masalah yang cukup aneh.

Kenapa saya katakannya ANEH?

Hampir 2 bulan berada di Mesir, masih ada pelajar-pelajar daripada Yayasan ini tidak mempunyai tempat untuk pengajian di mana-mana Universiti sedangkan mereka datang melalui kuota atau atas tiket 'G to G' (government to government).

Perkara yang menjadi luar biasa ialah, pada lewat bulan November tahun 2007, kehadiran pelajar baru yang mempunyai status yang meragukan telah tiba di bumi Mesir. Tidak sampai dua hari mereka sampai di Mesir, mereka telah di hantar ke Universiti Mansurah dan telah dibenarkan untuk belajar di Universiti tersebut dan mereka datang di atas lesen besar dari DUTA kita, apa kejadah hal ini?

Ayuh kita buat perbandingan:

Pelajar Yayasan (G2G)

· Telah tiba di Mesir hampir 2 BULAN
· Kelulusan SPM Gred Cemerlang (9-12A)
· Rakyat Malaysia

Pelajar ( Yayasan Belaan Duta)
· 2-3 hari sahaja (dah tahu tempat belajar)
· Kelulusan SPM Gred Lulus-Sederhana (5A-8A)
· Rakyat Malaysia

Patutkah Duta Buat Begini?

Mungkin ramai dikalangan kita tidak faham apa itu bidang tugas Datuk Duta disini. Beliau merupakan wakil tertinggi bagi kerajaan Malaysia di bumi Mesir dan pelantikan Duta adalah melalui watikah Yang di-Pertuan Agong Malaysia, beliau di taklifkan sebagai wakil diplomatik di atara kedua-dua negara ini.

Mengenai urusan pendidikan dan penghantaran pelajar ke Universiti di luar negara sedikit pun tidak termasuk dalam hal-hal berkait bidang kuasa beliau. Urusan pendidikan dan penempatan bagi pengajian diuruskan oleh Jabatan Pelajar-Pelajar Malaysia Kaherah (JPMK) yang diberikan autoriti dalam tugas ini. Namun, campur tangan beliau dalam membawa masuk pelajar secara tiket sanak-saudara ini jelas melanggar etika kerja dan membela kroninya semata-mata.

Apa kesannya?

JPMK adalah golongan yang pertama yang akan ‘ditembak mati’ apabila pihak pegawai kementerian dan pegurusan negara meneliti gerak-kerja mereka nanti. Kenapa? Kepincangan berlaku adalah di bawah tanggungjawab mereka sedangkan yang membuat onar adalah Datuk Duta kita, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir.

Ramai yang terpalit nasib malang dan tuduhan salah guna kuasa sedangkan si pembuatnya sudah siap sedia untuk pencen tidak lama lagi. JPMK, pelajar-pelajar yayasan, pelajar datang melalui agensi adalah rakyat Malaysia jua, tidak ada beza dan darjat. Apakah dengan mendapat belaian Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir anda menjadi begitu istimewa untuk lantang memijak bangsa kita dan undang-undang negara?

Khalifah Umar Abdul Aziz sanggup memadamkan lilin kerajaan semasa bercakap dengan keluarganya. Tetapi sejarah khalifah di bumi Mesir ini tidak diteladani oleh ‘Khalifah’ Malaysia (Duta) di bumi Mesir ini. Walaupun beliau tidak mendapat sebarang keuntungan dalam membantu sanak-saudara beliau tetapi dalam pada masa yang sama beliau telah menindas rakyat Malaysia yang lain.

Apa nasib pelajar 10A1 di Malaysia yang masih berlambak tidak mendapat peluang utk melanjutkan pengajian perubatan, bahkan ada yang mendapat 10A1 terpaksa melalui sistem Matrikulasi di Malaysia dan pada masa yang sama mereka yang mendapat payung emas dari Duta hanya berbekal 6A (malah, lulusan sastera) beserta surat dan dokumen daripada Duta sudah mampu belajar dalam bidang perubatan di LUAR NEGARA! Wah!

Apakah ini disebut sebagai KEADILAN? Adakah 10 rukun ISLAM Hadhari tidak menyebut tentang erti ADIL? Memberi sesuatu berharga kepada individu pilihan dan pada masa yang sama merampas HAK orang Lain.

Saya cukup terpanggil pada mereka yang cukup lantang bersuara di BLOG ini, saya cabar kepada anda sekalian untuk buktikan tuduhan saya ini salah serta nyatakan apakah perbuatan Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir ini adalah ADIL dan HALAL-SEHALALNYA???

Saya mampu senaraikan nama pelajar yang hadir melalui tiket Duta di Universiti Mansurah dan seluruh Mesir. Namun, bagi saya pelajar adalah tidak bersalah, tetapi perancang perbuatan ini (Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir) yang bersalah.

Lambaklah... Lambak lagi, lagi!

Tahun ini dan tahun depan kita berdepan dengan lambakan pelajar perubatan secara haram di bumi Mesir ini khususnya Mansurah. Dan tidak hairan jika saya katakan pengiktirafan MMC terhadap ijazah perubatan ini bakal ditarik BUKAN disebabkan piawaian pendidikan di sini yang lemah tetapi piawaian pengambilan pelajar yang tidak mengikut gred dan syarat yang sepatutnya.

Mesir bakal berada sebaris dengan Ukraine dan beberapa buah universiti di Rusia dan Indonesia yang telah digam oleh MMC hasil kerja tahi oleh agensi-agensi ini. Bagi mereka yang telah senior dan bakal senior mungkin akan berkata,"takper, batch kami akan lepas jika pengiktirafan ditarik pun." Ini adalah ucapan yang paling sampah dan tidak bertanggungjawab. Apa tidaknya, sedikit pun tidak sensitif dan rasa bersalah jika perkara ini terjadi atas alasan ia tidak kena pada diri sendiri.

Nikmat belajar perubatan ini akan ditarik balik oleh Allah atas kecuaian kita, atas hasil kerja tangan kita sendiri. Dan pada suatu masa nanti generasi doktor lulusan Mesir bakal pupus apabila pintu pengiktirafan ini ditarik balik dan semua ini HASIL KERJA TANGAN KITA yang mandung dan pentingkan diri sendiri.

copy : perubatan mesir