Ahad, 24 Februari 2008

KEMPEN SIBER: DI MANA KEBERKESANANNYA?

Pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 telah memberikan satu momentum semangat kepada gabungan Barisan Alternatif. Lonjakan penguasaaan yang diperolehi melalui pemerintahan negeri Kelantan dan Terengganu, termasuk dengan mengurangkan majoriti Barisan Nasional di parlimen dan kebanyakan negeri telah menandakan masyarakat boleh dan bersedia untuk berubah jika maklumat-maklumat mampu dicapai oleh mereka. Kewujudan gelombang penyebaran maya pada ketika itu memberikan kekuatan baru kepada Barisan Alternatif dalam menyalurkan maklumat dari sisi yang telah ditutup rapat oleh media perdana. Kelahiran laman web seperti mahazalim dan laman reformasi telah banyak membongkarkan segala kehancingan serta mendedahkan kebusukan sang pemerintah Barisan Nasional (BN).

Lebih 9 tahun berlalu, gelombang maya kembali semula dalam wajah-wajah baru yang lebih sistematik. Kuasa sebaran percuma yang diperolehi melalui tapak blog dan audio video serta peningkatan akses masyarakat kepada internet menawarkan sekali lagi ruang untuk mendapatkan momentum yang sama. Malah sebelum pilihanraya di umumkan lagi, proses penyaluran maklumat alternatif telahpun berlaku sehinggakan pihak pemerintah BN berusaha keras untuk memalitkan contengan buruk kepada para bloggers yang banyak mengancam kedudukan BN. Asalkan masyarakat terus beku dengan maklumat yang hanya berlegar di sekitar media perdana, BN boleh tersenyum puas kerana gula-gula mereka telah mengelabui sekali lagi mata masyarakat.

Jika media massa perdana telah dikuasai oleh BN tanpa rasa malu, sejauh manakah manfaat ruang alternatif untuk maklumat siber telah digapai oleh Barisan Rakyat? Jika analisa keberkesanan akses dilakukan, rasa kebimbangan pasti akan timbul kerana persaingan maklumat di alam siber tidak juga memberikan untung banyak kepada penyebaran kempen Barisan Rakyat. Statistik mudah dari laman Alexa.com yang dilakukan mungkin dapat memberikan bayangan awal kemenangan pertarungan di alam maya.

PERBANDINGAN ANTARA HARAKAHDAILY, MALAYSIAKINI, MALAYSIATODAY, TRANUNGKITE DAN UTUSAN ONLINE
klik gambar untuk pembesaran

klik gambar untuk pembesaran

klik gambar untuk pembesaran

Sabtu, 23 Februari 2008

Apa Makna Disebalik Tuan Guru ungkapan "orang utan"

Sekali dengar memang ia umpama mencerca.. tapi seorang yang berilmu bercakap bukan sebarang cakap.. dengarkan penjelasan sebenarnya...

Jumaat, 22 Februari 2008

Nombor IC Pengundi Kubur


salam kepada semua.. saya tak tahu nak komen apa tentang senarai nama pengundi ni.. kalau ada sesapa yang leh komen.. tolong la bagi penerangan kepada saya pastu jangan lupa klik read more untuk nombor-nombor ic yang boleh anda cek dalam senarai daftar pemilih daftarj.spr.gov.my

Ic : 790501100069 (Usia 129 tahun) ...xcaya korang check...saya baru check tadi
Kalau hidup lagi pun mesti manusia paling tertua di dunia....hehe
Manusia tertua di dunia pn Edna Parker..... lahir 20 April 1893....usia 115 tahun aja
kalau korang rajin...korang check no ic nih..ni semua pengundi kubur...

801018775059
800311086231
811028045577
830416610017
841207065917
851222740019
850513106435
851117106729
850802106378
850916086838
860320145365
861101105077
860208145701
860320145357
861217145011
860126145839
871205740015
870914105781
870418105790
871016146308
881231100432
881103750027
880505066047
880906087033
881030136332
891102740096
891129740088
890520610089
890112146416
890920076065
890403615016
910609755079
920622710069
920612740045

Rabu, 20 Februari 2008

Malaysia : Rank 151 Dan Tidak Adil Dalam Liputan Media

Terkejut bila melihat status media mengenai laporan negara yg rupanya tidak adil dan saksama dalam melaporkan arus kehidupan masyarakat malaysia.. jika begitu, tidak perlulah adakan media di negara ini jika itu yg berlaku..


You are here: Analysis > Freedom of the Press > Tables and Charts > 2007 Freedom of the Press World Ranking

2007 Freedom of the Press World Ranking 2007 Edition
Rank Country 2007 Score Status
1 Finland 9 Free
Iceland 9 Free
3 Belgium 11 Free
Denmark 11 Free
Norway 11 Free
Sweden 11 Free
7 Luxembourg 12 Free
Switzerland 12 Free
9 Andorra 13 Free
Netherlands 13 Free
New Zealand 13 Free
12 Liechtenstein 14 Free
Palau 14 Free
Portugal 14 Free
15 Jamaica 15 Free
16 Estonia 16 Free
Germany 16 Free
Ireland 16 Free
Monaco 16 Free
St. Lucia 16 Free
United States 16 Free
22 Bahamas 17 Free
Barbados 17 Free
Canada 17 Free
Malta 17 Free
Marshall Islands17 Free
San Marino 17 Free
St. Vincent & Gren.17 Free
29 Czech Republic 18 Free
Lithuania 18 Free
31 Latvia 19 Free
United Kingdom 19 Free
33 Costa Rica 20 Free
Dominica 20 Free
Micronesia 20 Free
Slovakia 20 Free
St. Kitts & Nevis20 Free
Taiwan 20 Free
39 Australia 21 Free
Austria 21 Free
Belize 21 Free
France 21 Free
Hungary 21 Free
Japan 21 Free
Slovenia 21 Free
46 Cyprus 22 Free
Poland 22 Free
Spain 22 Free
Suriname 22 Free
50 Grenada 23 Free
51 Mali 24 Free
Trinidad & Tobago 24 Free
Vanuatu 24 Free
54 Greece 25 Free
55 Ghana 26 Free
Kiribati 26 Free
Mauritius 26 Free
Tuvalu 26 Free
59 Nauru 28 Free
South Africa 28 Free
61 Cape Verde 29 Free
Guyana 29 Free
Israel 29 Free
Italy 29 Free
Sao Tome & Principe 29 Free
66 Benin 30 Free
Chile 30 Free
Hong Kong 30 Free
Namibia 30 Free
Papua New Guinea 30 Free
Samoa 30 Free
Solomon Islands 30 Free
South Korea 30 Free
Uruguay 30 Free
75 Tonga 31 Partly Free
76 Bulgaria 34 Partly Free
77 Botswana 35 Partly Free
India 35 Partly Free
79 Mongolia 36 Partly Free
80 Bolivia 37 Partly Free
Croatia 37 Partly Free
Montenegro 37 Partly Free
83 Antigua & Barbuda 38 Partly Free
84 Burkina Faso 39 Partly Free
Fiji 39 Partly Free
Serbia 39 Partly Free
87 Dominican Republic 40 Partly Free
Mozambique 40 Partly Free
89 Ecuador 41 Partly Free
90 Brazil 42 Partly Free
East Timor 42 Partly Free
El Salvador 42 Partly Free
Lesotho 42 Partly Free
Nicaragua 42 Partly Free
Peru 42 Partly Free
Romania 42 Partly Free
97 Panama 43 Partly Free
98 Bosnia 45 Partly Free
Macedonia 45 Partly Free
100 Philippines 46 Partly Free
Senegal 46 Partly Free
102 Comoros 48 Partly Free
Guinea-Bissau 48 Partly Free
Mexico 48 Partly Free
105 Argentina 49 Partly Free
Turkey 49 Partly Free
107 Albania 50 Partly Free
Madagascar 50 Partly Free
109 Congo-Brazzaville 51 Partly Free
Honduras 51 Partly Free
Tanzania 51 Partly Free
112 Malawi 53 Partly Free
Ukraine 53 Partly Free
114 Indonesia 54 Partly Free
Uganda 54 Partly Free
116 Mauritania 55 Partly Free
Nigeria 55 Partly Free
118 Kuwait 56 Partly Free
Sierra Leone 56 Partly Free
120 Colombia 57 Partly Free
Georgia 57 Partly Free
122 Cambodia 58 Partly Free
Central African Rep.58 Partly Free
Nepal 58 Partly Free
Niger 58 Partly Free
126 Guatemala 59 Partly Free
Haiti 59 Partly Free
Kenya 59 Partly Free
Lebanon 59 Partly Free
Thailand 59 Partly Free
131 Paraguay 60 Partly Free
Seychelles 60 Partly Free
133 Jordan 61 Not Free
134 Algeria 62 Not Free
Angola 62 Not Free
Bhutan 62 Not Free
Egypt 62 Not Free
Morocco 62 Not Free
139 Pakistan 63 Not Free
Qatar 63 Not Free
Sri Lanka 63 Not Free
142 Armenia 64 Not Free
Zambia 64 Not Free
144 Liberia 65 Not Free
Moldova 65 Not Free
146 Bangladesh 66 Not Free
147 Cameroon 67 Not Free
Guinea 67 Not Free
Kyrgyzstan 67 Not Free
150 Cote d'Ivoire 68 Not Free
Malaysia 68 Not Free
Maldives 68 Not Free
United Arab Emirates 68 Not Free
154 Afghanistan 69 Not Free
Djibouti 69 Not Free
Gabon 69 Not Free
Singapore 69 Not Free
158 Iraq 70 Not Free
159 Bahrain 71 Not Free
Oman 71 Not Free
161 Chad 74 Not Free
Togo 74 Not Free
Venezuela 74 Not Free
164 Azerbaijan 75 Not Free
Russia 75 Not Free
166 Brunei 76 Not Free
Kazakhstan 76 Not Free
Swaziland 76 Not Free
Tajikistan 76 Not Free
170 Burundi 77 Not Free
Ethiopia 77 Not Free
Gambia 77 Not Free
Vietnam 77 Not Free
174 Congo-Kinshasa 80 Not Free
Yemen 80 Not Free
176 Laos 81 Not Free
Sudan 81 Not Free
178 Saudi Arabia 82 Not Free
179 Syria 83 Not Free
Tunisia 83 Not Free
181 China 84 Not Free
Israel OT/Pales. Auth.84Not Free
Iran 84 Not Free
Rwanda 84 Not Free
185 Somalia 85 Not Free
186 Belarus 89 Not Free
Equatorial Guinea89 Not Free
Zimbabwe 89 Not Free
189 Uzbekistan 91 Not Free
190 Eritrea 94 Not Free
191 Burma 96 Not Free
Cuba 96 Not Free
Libya 96 Not Free
Turkmenistan 96 Not Free
195 North Korea 97 Not Free


Status Number of countries Percentage of total
Free 74 38%
Partly Free 58 30%
Not Free 63 32%
TOTAL 195 100%

dipetik dari : freedomhouse

Ahad, 17 Februari 2008

DUN PILIHANRAYA...mana kawasan anda?

Sila semak DUN PARLIMEN anda untuk mengundi

SENARAI TERKINI SPR UNTUK DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

DUN yg paling sejuk . DUN Batu Berendam
DUN yg paling tak de rasa . DUN Air Tawar
DUN yg paling panas , DUN Pedas.
DUN yg paling miskin . DUN Sekupang
DUN yg paling muda , DUN Sri Muda
DUN yg paling lemah , DUN Batang Berjuntai
DUN yg paling basah , DUN Sg Besar
DUN yg kuat makan satay , DUN Kajang
DUN yg banyak hantu , DUN Pucong
DUN yg ada istana , DUN Kota Raja.
DUN yg banyak ikan , DUN Tg Sepat
DUN yg paling keras , DUN Batu Tiga.
DUN paling pendalaman , DUN Hulu Klang
DUN banyak air , DUN Ampangan
DUN banyak penganas . DUN Kuala Kubu.
DUN paling takde kemajuan , DUN Gurun
DUN paling bahaya , DUN Baling.
DUN banyak semut . DUN Kota Sarang Semut.
DUN paling pelik , DUN Sg Ada Burung
DUN ada binatang , DUN Kijang
DUN paling wangi ,DUN Pokok Sena
DUN paling tak cantik, DUN Batu Buruk

Dimana Dun anda?

Kod Babi Pada Makanan - Penting Untuk Umat Islam

Oleh Dr. M. Anjad Khan

Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.

Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.

Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.

Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin didunia.

Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.

Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.

Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.

Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.

Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.

Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.

Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.

Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.

Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).

Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.

Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.

Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.

Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.

Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.

Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.

E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430, E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474, E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.

Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.

Jumaat, 15 Februari 2008

Negara Berkebajikan PAS mampu elak BN bankrapkan negara

Ahmad Tajdid
Fri | Feb 15, 08 | 3:48:01 pm MYT

Nampaknya komitmen PAS untuk mewujudkan sebuah negara berkebajikan menjadikan para pemimpin Umno tidak senang duduk.

Di Melaka contohnya, seluruh Pejabat Kebajikan Negeri diarahkan bekerja lebih masa (termasuk pada hari Sabtu dan Ahad) untuk mencari dan mendaftarkan seberapa banyak rakyat negeri itu yang dikategorikan sebagai miskin tegar (pendapatan isi rumah di bawah RM650) untuk diberikan bantuan bulanan.

Arahan yang datangnya daripada Pejabat Ketua Menteri Melaka itu dibuat bertujuan untuk menurunkan statistik miskin tegar negeri itu khususnya menjelang pilihan raya umum.

Ramai kakitangan Jabatan Kebajikan negeri yang merungut kerana ekoran campurtangan politik, mereka yang tidak layak untuk mendapat bantuan pun dipaksa diberikan bantuan oleh sebuah 'institusi haram' kerajaan negeri yang dipanggil 'Pembela Pembasmian Kemiskinan' di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Pembela yang tidak diiktiraf kewujudannya oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri (SPN) dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) adalah institusi yang ditubuhkan dengan dana kerajaan negeri.

Kewujudannya tidak banyak membantu kelancaran jentera kerajaan, tetapi hanya menjadi 'kumpulan pendesak' kepada kakitangan kerajaan demi kepentingan politik BN negeri.

Semuanya berpunca daripada konsep Negara Berkebajikan PAS.

Di ibu negara, Timbalan Presiden Umno merangkap Timbalan Perdana Menteri kerajaan sementara (caretaker government), Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kononnya Malaysia boleh bankrap jika konsep 'negara kebajikan' yang ditawarkan PAS diterima dan dipraktikkan di negara ini.

Tanpa mahu merujuk maksud sebenar konsep negara berkebajikan PAS, Najib memberi tafsirannya sendiri tentang konsep tersebut iaitu "seseorang yang tidak bekerja juga akan mendapat bayaran bulanan daripada kerajaan".

Keadaan ini, kata beliau, menyebabkan kerajaan pada masa sama terpaksa pula mengenakan cukai yang tinggi kepada mereka yang mampu.

"Sedangkan kita telah melihat bagaimana negara maju yang mengenakan cukai yang tinggi akhirnya tidak dapat dipertahankan.

"Apatah lagi kita sebagai negara sedang membangun, kalau ada dasar mereka yang tidak bekerja pun mendapat bayaran setiap bulan, maka itu alamat negara kita akan menjurus kepada lembah sebuah negara yang bankrap," kata beliau.

Begitulah jahilnya Najib, Ali Rustam dan pemuka-pemuka Umno lainnya tentang negara kebajikan.

Buat pengetahuan Najib dan pemimpin-pemimpin Umno/BN, konsep negara berkebajikan PAS bukan bermaksud menjadikan negara ini 'negara penganggur' yang rakyatnya hanya menadah tangan mengharap wang ehsan seperti berlaku di Terengganu.

Konsep negara berkebajikan itu timbul ekoran kelemahan pentadbiran kerajaan BN yang menyebabkan berlaku fenomena berikut:

* KOS SARA HIDUP MEMBEBANKAN RAKYAT!
* KESELAMATAN RAKYAT SEMAKIN TERANCAM!
* TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKYAT TERABAI!
* JURANG KAYA-MISKIN SEMAKIN MELEBAR!
* PENDIDIKAN DAN KESIHATAN DIJADIKAN PERNIAGAAN CARI UNTUNG!
* PENYELEWENGAN KUASA DAN RASUAH PARAH DAN MEMBARAH!
* KHAZANAH DAN KEKAYAAN NEGARA DIBOLOT KRONI!
* PRINSIP DEMOKRASI DICABULI DAN HAK-HAK ASASI RAKYAT DINAFIKAN!

Dengan konsep negara berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS akan berusaha:

* Membela Kebajikan rakyat serta kepentingan negara melalui pengurusan ekonomi yang bijak dan pembangunan seimbang, mesra-manusia dan mesra-alam.
* Melindungi Keselamatan seluruh lapisan rakyat khususnya kaum wanita dan kanak-kanak, dari ancaman jenayah.
* Mengembalikan amalan Demokrasi Tulen dan pilihan raya bebas, adil dan bersih.
* Memulihkan maruah dan integriti negara dengan membenteras rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
* Mempertahankan keluhuran dan kedaulatan undang-undang dengan mengembalikan integriti institusi kehakiman.
* Menamatkan keangkuhan dan penguasaan kuasa mutlak Umno/BN.

Sehubungan itu, bagi memenuhi tuntutan Negara Berkebajikan, kerajaan yang bakal dibentuk oleh PAS dan parti-parti sahabat akan bertindak:

* Menurunkan harga bahan bakar (petrol dan disel) dengan pendekatan ‘subsidi’ bagi menangani ‘inflasi’ harga barang keperluan dan seluruh kos perkhidmatan.
* Merapatkan jurang agihan kekayaan antara kaya-miskin dalam kaum dan antara kaum dengan menekankan aspek pendidikan dan peningkatan sumber pendapatan.
* Menghapus kira semua pinjaman tertunggak PTPTN
* Mengembalikan pendidikan percuma di peringkat IPTA.
* Mengembalikan semula pemberian biasiswa sebagaimana yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.
* Skim Pembiayaan Kesihatan Nasional (SPKN) akan disediakan kepada setiap rakyat yang tidak mempunyai Skim Perlindungan Kesihatan daripada majikan masing-masing agar dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang berkualiti di semua hospital kerajaan atau pun swasta.
* Melaksanakan Akta Gaji Minimum (maksudnya rakyat perlu bekerja) berdasarkan permuafakatan di antara majikan dan kesatuan sekerja, sesuai jenis pekerjaan dan dengan keperluan tuntutan kualiti hidup yang munasabah serta bersejajaran dengan amalan negara Asean.
* Potongan cukai untuk individu adalah sebanyak RM12,000 setahun.
* Memperkenalkan cuti bersalin 90 hari dan cuti kebapaan 7 hari tanpa had bilangan anak.
* Elaun Khas buat ibu tunggal dan memperkenalkan Takaful Armalah.
* Memperkenalkan konsep bekerja dari rumah untuk para wanita dengan memberikan pelepasan cukai kepada syarikat untuk perbelanjaan membeli peralatan pejabat dan komunikasi.
* Untuk kesihatan dan kegiatan sukan, PAS akan mewujudkan Pusat Sukan dan Rekreasi Khusus untuk kaum wanita.
* Waktu kerja Anjal akan terus diperkasakan bagi memenafaat serta tidak mengorbankan kepentingan institusi keluarga.
* Mengenalkan undang-undang bagi mengelakkan wanita dieksploitasi untuk kepentingan komersial.
* Meningkatkan kualiti hidup nelayan pantai dengan menyediakan perumahan tersusun serta peluang baru pekerjaan di dalam kegiatan perikanan tajaan Kerajaan atau Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) agar pendapatan bulanan melebihi RM1200 sebulan.
* Menghapuskan tol dan kerajaan mengambil-alih lebuhraya-lebuhraya dengan pampasan yang menasabah bagi menjamin kebajikan rakyat dan kepentingan negara.

Itulah sebahagian gagasan Negara Berkebajikan PAS yang mendapat sokongan dan dokongan parti-parti sahabat.

Negara tidak akan bankrap dengan pelaksanaan perkara-perkara di atas kerana dengan sikap amanah, telus, cekap dan kredibel, kekayaan negara (daripada pendapatan berbilion ringgit kerajaan) akan dibelanjakan secara cermat, bijak dan berhemah untuk kepentingan dan keselesaan hidup rakyat.

Negara sebenarnya akan bankrap jika amalan rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme seperti yang melanda kerajaan BN kini dibenarkan terus berleluasa oleh rakyat.

Sebagai perbandingan, Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS akan menghapus kira lebih 500,000 hutang peminjam PTPTN yang membabitkan kos RM700 juta. Ianya untuk kebajikan lepasan siswazah yang baru memulakan hidup baru di alam pekerjaan.

Bandingkan pula dengan RM6.57 bilion (RM6,570 juta) wang negara yang dibazirkan Kementerian Pertahanan yang diketuai Najib ekoran pengurusan perolehan 6 buah kapal peronda (PV) Tentera laut Diraja Malaysia (TLDM) yang tidak dibuat dengan baik dari segi perancangan, pelaksanaan dan pemantauan.

Malah Jabatan Audit Negara tidak dapat mengesahkan 14 bayaran kemajuan (progress payment) berjumlah RM943.46 juta kepada kontraktor bagi tempoh Disember 1999 hingga Januari 2002 disebabkan baucer bayaran dan dokumen sokongan telah hilang daripada simpanan Kementerian Pertahanan yang diterajui Najib!

Kesimpulannya, Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS tidak akan menyebabkan negara bankrap kerana keseluruhan perbelanjaan negara dibuat untuk kepentingan rakyat.

Tetapi 'negara penyayang' yang digagaskan BN lah yang bakal membankrapkan negara; kerana ia dihinggapi amalan rasuah, pembaziran, penyelewengan dan pemborosan.

Negara penyayang BN hanya menunjukkan rasa sayang pada kroni dan para penyokongnya, bukan untuk rakyat keseluruhannya. Bak kata orang tua-tua - kasih bertompok, benci melata. Dan apa yang berlaku di Kementerian Pertahanan itu adalah sekelumit kisah yang sudah pun membarah apabila berbilion ringgit duit negara dibelanjakan bagi menyelamatkan syarikat kroni pemerintah.

copy : harakah

Sabtu, 2 Februari 2008

Perginya Seorang Ulama Penegak Kebenaran


KUALA LUMPUR, 31 Jan (Hrkh) - Pemergian bekas Mufti Negeri Selangor Dato' Ishak Baharom ke rahmatullah semalam amat dirasai oleh masyarakat Islam, lebih-lebih lagi bagi mereka yang memperjuangkan syiar Islam negara ini.

Timbalan Presiden Peguam-Peguam Muslim Malaysia, Muhammad Burok berkata, semasa memegang jawatan Mufti dahulu Allahyarham banyak bekerjasama dengan para peguam syarie demi memantapkan undang-undang Islam terutama berkenaan undang-undang jenayah Islam di Selangor.

"Sebagai peguam syarie saya rasa beliau banyak mencurah jasa kepada kami," katanya sambil mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham.

Beliau yang dihubungi Harakahdaily hari ini berkata, Dato' Ishak adalah seorang yang amat arif dalam hal-hal hukum syarak.

Malah katanya, sebagai pengamal undang-undag syarie beliau sentiasa menjadi rujukan.
Allahyarham juga katanya, sentiasa bersikap terbuka kepada peguam syarie dan tidak pernah menolak untuk bertemu dengan mereka.

"Apa saja cadangan kami sentiasa diteliti dan didengarinya sebelum beliau memberi pendapat.

"Bagi peguam-penguam syarie Selangor, beliau adalah guru, bapa dan pakar rujuk segala-galanya.

"Jadi apabila mendapat berita beliau telah meninggalkan kita, ia adalah kehilangan paling besar kepada kami biarpun beliau bukan lagi mufti bahkan dalam keadaan tidak sihat pun beliau masih membantu kami," katanya.

Menurutnya, secara peribadi apabila berpeluang bertemu dengannya beliau sentiasa banyak bertanyakan hal-hal hukum syarak dan sebagainya.

"Peguam syarie termasuk saya banyak terhutang budi kepada beliau yang penuh berwibawa serta berilmuan dan kehilangannya sukar untuk diganti khasnya kepada peguam-peguam yang beramal di mahkamah Syariah yang menegakkan syiar Islam," katanya.

Bekas Mufti Selangor Dato' Ishak Baharom, 80 meninggal dunia di Hospital Sungai Buluh, semalam pada jam 2.50 petang.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Lipat Kajang, Klang, Selangor pagi tadi sebelum dikebumikan di Makam DiRaja, Shah Alam.

Beliau yang menjawat jawatan mufti Selangor dari tahun 1985 hingga 1997 dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) hospital tersebut petang kelmarin akibat masalah tekanan darah.

Pendakwah dan Perunding Motivasi, Ustaz Shukri Mohd Yusuf menyifatkan kematian Allahyarham sebagai kehilangan besar kepada masyarakat Islam di Malaysia khususnya.

Katanya, umum mengenalinya sebagai seorang yang lembut dalam kata-katanya tetapi tetap mempunyai ketegasan.

"Semua orang melihat Allahyarham sebagai contoh ulama yang berani memperkatakan kebenaran dalam pelbagai situasi.

"Masyarakat akan mengingati Allahyarham sebagai contoh ulama yang disegani dan golongan pendakwah dan ulama pula harus menjadikan Ishak Baharum seorang pejuang yang tegas dan sebagai model," katanya semasa dihubungi Harakahdaily hari ini.

Beliau berkata, sebagaimana kisah-kisah keberanian ulama dahulu, masyarakat Islam cukup bertuah sebab dalam dunia hari ini sifat keberanian itu ada kepada orang Melayu iaitu Dato' Ishak Baharom.

Ketegasan Allahyarham katanya, memberi gambaran bahawa kepentingan Islam mengatasi kepentingan diri dan kedudukannya dalam menyammpaikan Islam yang tepat dan jelas kepada masyarakat.

Pada masa sama katanya, Allahyarham memiliki sifat tawaduk dan rendah diri sama ada ketika berjawatan mufti atau selepas tidak lagi memegang jawatan tersebut.

"Yang paling penting bagi beliau ialah dakwah menegakkan Islam dan dilakukan tanpa mengira kedudukan, pangkat," katanya .

Sementara itu, Presiden Jemaah Islah Malaysia (Jim), Zaid Kamaruddin berkata, setakat ini Allahyarham adalah seorang personaliti agama yang berani dalam mengambil sesuatu pendirian.

Justeru katanya kepada Harakahdaily, hari ini, kembalinya beliau kepada Yang Esa sangat dirasai dan juga satu kehilangan yang besar kepada umat Islam negara ini.

"Allahyarham seorang tokoh agama yang berani menyatakan pendirian contohnya semasa menyatakan pandangan dalam kes ratu cantik dan isu rokok dan di sini menampakkan beliau seorang yang tegas demi kesucian Islam," katanya yang turut mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham. - mns

copy : harakahdaily