Rabu, 4 Februari 2009

Bagaimana Boleh Berlaku Pertukaran Kerajaan?

Kejutan demi kejutan dalam arena politik tanah air terus dianggap sebagai satu tranformasi politik ke arah perubahan yang kini dianggap oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, pada hari ini Pakatan Rakyat pula diberi satu ujian dengan kehilangan 2 Adun dari Keadilan dan tiba-tiba gempar mereka menyertai Barisan Nasional. Tidak cukup itu, Adun dari DAP turut serta dalam penyertaan Bebas tanpa parti politik dan Adun dari Bota kononnya sudah tidaka mempercayai kepada BN dan melompat parti Keadilan, kembali ke pangkuan BN.

Apa yang berlaku disebalik tabir politik tanah air khususnya di Perak mengambarkan parti yang sedia ada di semenanjung Malaysia lebih banyak menumpukan kepada perebutan kerajaan negeri daripada membangunkan mutu agama, moral, pendidikan, pembangunan yang semakin lama semakin merundum. Jika benarlah apa yang didakwa oleh beberapa ahli parti pakatan rakyat yang bersangkut paut dengan Rm 50 juta, adun bota di bawa lari oleh 2 ahli umno dan duit menjadi umpan untuk kebanyakan adun di serata adun pakatan rakyat, tertanya ini merupakan fenomena yang buruk dan tidak akan mampu ditinggalkan. Kerana Pas sendiri mendakwa mencuri adun parti dikalangan pembangkan sudah wujud lama sejak tahun 1961. (Rujukan : harakahdaily 4 februari 2009 )

Apa yang berlaku sekarang ini jelas membuka mata rakyat bagaimana pertukaran kerajaan negeri boleh terjadi. Adakah ia boleh berlaku seperti duduk saja saja di warong kopi? Atau esok sudah boleh jadi MB? atau terus menghadap Sultan untuk minta perkenan.. Alhamdulillah, fakta demi fakta yang saya perolehi berlandaskan undang-undang, dan ini yang mampu rumuskan hasil dari petikan laman web tv Pas mengenai pertukaran kerajaan sebagaimana diberitahu oleh seorang peguam bernama Hj Asmuni Awi.

Menurut peruntukan undang-undang, pertukaran kerajaan negeri boleh berlaku melalui tiga cara:-

1. Kerajaan yang sedia ada tidak ada upaya dan menarik diri dengan meminta perkenan Sultan.

2. Melalui ‘undi tidak percaya’ oleh dua per tiga ADUN dalam satu-satu sidang DUN. Jika cara ini akan digunakan umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu menunggu sidang DUN PERAK yang dijadual paling awal berlangsung bulan April.

3. Melalui pembubaran Kerajaan Negeri oleh seseorang Ketua Kerjaaan Negeri (Menteri Besar) dengan mendapat perkenan Sultan; Jika cara ini akan digunakan Umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu melalui proses pilihanraya setelah DUN dibubarkan.

Wallahu a'lam bissawab