bangkitlah oh putera ku dari lena yang panjang, berjuang bagai perwira yang berjasa.. bangunlah oh puteriku dari mimpi yang palsu pelihara maruah dan agamamu..
ini yang aku rasa bila melihat insiden yang terbaru menimpa petugas PR ini...
Pihak berkuasa..polis ..FRU...apakah anda nak tunggu nyawa melayang baru nak bertindak...apa guna korang berlambak aje kat sana tapi keselamatan orang awam tak boleh nak jaga..kalau macam ini punya tahap perkhidmatan korang baik balik jaga kawasan masing2 la..
buat ngabihkan duit rakyat jek..
geram dah ni..eeii....
ini pilihanraya yang terkandung dalam sistem demokrasi..adakah anda hanya mampu melihat ianya dicemar...???
"Mereka tuduh kita jatuhkan bendera dan poster Umno BN. Mereka semua datang ke markas induk, terus tumbuk petugas kita bertubi tubi. Bayangkan dari luar mereka tumbuk sampai la ke dalam markas," ujar Suhaizan yang juga Ketua Penerangan DPP.
"Sepatutnya kalau ada bukti, buat lah laporan Polis, bukannya datang serang macam ni," katanya.
"Saya nampak mereka guna kayu, topi keledar, pedang dan senjata lain seperti besi semasa melakukan serangan," dakwa seorang saksi yang tidak mahu namanya didedahkan.
Inilah wajah sahabat kita,lihat kecederaan pada matanya.
Apasal media arus perdana tak mahu siarkan berita ini..?? kalau korang nak penonton ramai tengok stesyen tv korang...korang siarkan berita yang benar..gerenti tv korang menjadi tv yang paling top di 1Malaysia ni...untung pun banyak...
berbanding kisah mamat ni korang siarkan...buat meluat orang nak tengok tv korang aje..ummi bagi tips untuk menawan hati lebih ramai penonton aje..taknak ikut nasib la tapi jangan harap orang nak tengok berita korang..baik ngadap internet..macam2 ada..!!
IF the Seventh & Eighth digits are 02 or 20 this means your cell phone was assembled in China which is low quality
IF the Seventh & Eighth digits are 08 or 80 this means your cell phone was manufactured in Germany which is fair quality
IF the Seventh & Eighth digits are 01 or 10 this means your cell phone was manufactured in Finland which is very Good
IF the Seventh & Eighth digits are 00 this means your cell phone was manufactured in original factory which is the best Mobile Quality
IF the Seventh & Eighth digits are 13 this means your cell phone was assembled in Azerbaijan which is very Bad quality and also dangerous for your health
~~TERAPI PERNAFASAN UNTUK SAKIT KEPALA & KELETIHAN (BREATHING THERAPY FOR HEADACHE & TIREDNESS)
Kita memiliki hidung berlubang disebelah kiri dan disebelah kanan. Apakah fungsinya sama untuk menarik dan membuang nafas ?
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan bedanya, sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas ) dan sebelah kiri mewakili bulan (mengeluarkan dingin ).
Jika sakit kepala , cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit , sakit kepala akan sembuh .
Jika anda merasa lelah , tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan . Lakukan ulang-alik . Tak lama kemudian, anda akan merasakan segar kembali. Sebab lubang hidung sebelah kanan mengeluarkan panas, sehingga banyak sekali panas , lubang hidung sebelah kiri mengeluarkan dingin .
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri , sehingga hatinya cepat menjadi dingin . Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan , sehingga cepat sekali marah .
Apakah anda pernah memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ? Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat , anda akan merasa sangat lelah . Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas , anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Pada suatu malam, saya duduk bermeditasi dan menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafas dengan lubang hidung sebelah kiri . Dalam kurang dari satu minggu , sakit kepala saya sembuh . Saya teruskan melakukannya selama 1 bulan, sejak malam itu sampai sekarang , sakit kepala saya tidak berulang lagi..
Ini adalah pengalaman saya sendiri . Saya beritahukan hal ini kepada orang lain, jika sakit kepala, cubalah cara tersebut kerana sangat efektif buat saya. Banyak orang lain telah mencubanya dan berhasil . Ini adalah terapi alam, tidak seperti makan ubat dalam jangka panjang yang memungkinkan ada kesan sampingannya. Jadi kenapa anda tidak mencubanya ?
Dengan mempraktikkan terapi pernafasan ini secara betul (menarik dan mengeluarkan nafas), keadaan tubuh anda akan sangat tenang.
Kaherah, 11 Jun - 5 pelajar perubatan Kaherah terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari Ain Sokhna selepas Maghrib malam semalam. Tujuan asal mereka ke sana untuk meninjau tempat sempena Rehlah Gen6 28 Jun ini.
Kenderaan yang dinaiki mereka diceritakan terbabas sewaktu cuba memotong sebuah lori akibat hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan dan terbalik. 3 mangsa yang berada di bahagian belakang cedera parah.
Allahyarham Muhammad Ammar b Zulkifli, meninggal dunia di tempat kejadian manakala 2 lagi cedera parah. Mangsa-mangsa dibawa ke Hospital Suez Al-Am sebelum dihantar ke Hospital Kasr El Ainy kerana kekurangan kemudahan.
Abdul Rahman b Ramdzan dilaporkan telah sedarkan diri manakala Akram Abdul Kadir masih koma. Abdul Rahman patah lengan kanan, dan Akram didapati mempunyai darah beku di bahagian otak. Kedua-dua mereka dimasukkan ke bilik pembedahan jam 8 pagi tadi.
Jenazah Ammar tiba di Hospital Zahra' Abbasiah pagi tadi untuk diuruskan. Solat jenazah akan diadakan di Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah selepas Zohor nanti. Allahyarham akan dihantar pulang ke Malaysia esok pagi. Mereka yang mempunyai sebarang hutang piutang diharapkan dapat menuntut daripada waris Allahyarham dan dihalalkan segala salah dan silap.
2 lagi mangsa, Muhamad Fitri Tokiran dan Saif Jamaluddin hanya mengalami kecederaan ringan dan dibenarkan pulang. Saif masih ditahan di balai polis Suez untuk soal siasat dan akan dibenarkan pulang ke Kaherah tengah hari nanti
SEMAKIN banyak pihak menimbangkan kesahihan perlucutan V Sivakumar daripada jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan pengundian pengganti beliau, R Ganesan, bekas Adun Sungkai, dan juga dua lagi usul.
Peguam dan juga Presiden Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (Hakam) Malik Imtaz Sarwar tidak bersetuju dengan pandangan Dato' Hafarizam Harun dan Dato' Muhammad Shafee Abdullah, yang dilaporkan berkata bahawa usul yang diluluskan 7 Mei adalah sah.
"Saya tidak bersetuju dengan pandangan Hafarizam dan Shafee. Saya tak nampai bagaimana it boleh menjadi sah," jelas Malik Imtaz kepada Malaysian Insider.
Prosidur diragui
Dia mendapati terlalu banyak persoalan berhubung prosidur di dalam ruang dewan, mengakibatkan kesahihannya diragui.
"Pertama, bagaimanakah persidangan itu boleh sampai ke peringkat di mana Hee mengambil alih persidangan?" beliau mempersoalkan, merujuk kepada Hee Yit Foong, Adun Jelapang merangkap Timbalan Speaker.
"Sekiranya Sivakumar berada di situ secara sah, bagaimana dia (Hee) boleh mengambil alih (tugas Speaker)?" tambah beliau, merujuk kepada penjelasan Hafarizam yang membuat rujukan kepada Perkara 36A(1)(b) Peraturan Persidangan yang membenarkan Timbalan Speaker mengambil tempat menggantikan Speaker. Versi bercanggah
Kata Imtaz, dia mendengar versi yang bercanggah-canggah mengenai peristiwa 7 Mei, termasuk dakwaan kononnya pada satu ketika Sivakumar tidak berada di dalam kamar dewan sewaktu persidangan berlangsung.
Beliau juga mempersoalkan kehadiran pegawai polis berpakaian biasa di dalam kamar dewan.
"Polis tidak sama sekali mempunyai kuasa dalam kamar dewan," kata Imtaz, dan merujuk kepada kenyataan terdahulu oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Negara pada Mac lalu selepas Ahli Parlimen Pakatan Rakyat Karpal Singh dikasari di Parlimen.
Syed Hamid dan Musa Hassan menegaskan bahawa pihak polis tidak boleh campur tangan dalam kamar dewan walaupun sekiranya terdapat pergaduhan dan hanya petugas dewan (sergeant-at-arms) mempunyai kuasa menangkap.
Polis bukan agen parti politik
"Polis telah bertindak tanpa kuasa. Mereka sebenarnya menjadikan diri mereka sebagai agen kepada sebuah parti politik dan bukan sebagai pelaksana bebas undang-undang," kata Imtaz, sambil menekankan bahawa Sivakumar adalah masih Speaker yang sah ketika itu.
Sementara menekankan pandangannya bahawa tidak bermakna Adun Pakatan Rakyat bebas daripada apa-apa perlakuan salah, Imtaz menolak penjelasan Dr Zambry Abdul Kadir yang mengatakan BN tidak mempunyai pilihan kecuali memanggil polis apabila keadaan menjadi semakin tegang.
"Mereka mengatakan mereka tidak ada pilihan tapi itu tidak benar. Mereka boleh sahaja memfail untuk mendapatkan perintah mahkamah dan menyebut Sivakumar sebagai menghina mahkamah. Mereka tidak melakukan demikian tetapi memilih untuk membantu diri-sendiri tetapi membantu diri-sendiri tidak dibenarkan di bawah sistem perundangan kita," jelas Imtaz lagi dengan nada marah.
"Bahkan, cara paksaan terpaksa digunakan - dengan menggunakan polis untuk memaksa Sivakumar keluar dari kamar dewan tanpa sebarang alasan-� ini adalah merupakan penunjuk yang mencukupi bahawa BN tidak mempunyai penyelesaian politik mahupun perundangan terhadap kesulitan yang mereka sendiri mulakan."
Beliau juga mempersoalkan: "Pada saat manakan persidangan sebenarnya bermula?"
Bila sidang bermula?
"Sekiranya perasmian persidangan bermula selepas titah Raja Nazrin, bagaimanapula mereka menjalankan sebarang urusan sebelum itu?" tanya Imtaz.
Beliau menekankan, Raja Muda Perak yang sepatutnya membuka persidangan, memasuki kamar dewan hanya pada kira-kira jam 3.00 petang, setelah berlaku perebutan kerusi Speaker dan setelah tiga lagi usul - pemilihan Ganesan sebagai Speaker, anggota baru untuk jawatankuasa sampingan dan kelulusan pengisytiharan pembatalan sidang Pakatan Rakyat terdahulu yang diadakan di bawah sebatang pohon.
Imtaz juga menegaskan persidangan tersebut juga melanggar beberapa lagi konvensyen, termasuk tidak mengadakan upacara mengangkat sumpah untuk Ganesan selaku Speaker. Ini, tegasnya, biasanya diadakan dalam satu upacara di masa lain di hadapan raja.
Terus buntu
"Inilah antara perkara yang menyebabkan saya merasa ragu tentang kesahan usul yang diluluskan," kata peguam yang baru-baru ini menjadi penerima anugerah hak asasi manusia antarabangsa.
"Akhirnya, terdapat kebuntuan di sini," katanya, dan menambah sekiranya Perdana Menteri Najib Razak "ikhlas tentang Satu Malaysia, dia tidak boleh membenarkan BN melakukan tindakan tersebut."
Bagi pensyarah undang-undang Perlembagaan Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Abdul Aziz Bari, "semuanya begitu jelas dan terpampang."
Katanya, dia bersetuju dengan Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bahawa persidangan 7 Mei adalah "haram dan tidak berperlembagaan".
Cara salah pilih Speaker
"Bagi saya, cara mereka memilih Speaker adalah salah. Speaker masih Sivakumar," jelas ahli akademik itu.
Beliau memerhatikan bahawa urutan peristiwa dari 5 Februari sehingga semalam - dari perbuatan melompat parti yang dilakukan wakil rakyat yang dipilih sehinggalah kepada keputusan mahkamah membatalkan keputusan Sivakumar untuk menggantung kehadiran Adun BN - membuatkan kesahihan usul cukup meragukan menurut pandangannya.
Seperti juga Malik Imtiaz, Presiden Majlis Peguam Malaysia Ragunath Kesavan bersetuju situasi di Perak sudah tiba pada titik di mana tidak ada jalan lain kecuali Sultan Perakmembubarkan dewan undangan dan membuka jalan untuk pilihan raya umum baru bagi membersihkan kemelut yang berlaku.
Undang-undang tak boleh selesai masalah
"Bagi kita, cara perundangan tidak akan dapat menyelesaikannya kerana setiap peguam mempunyai pendapat berbeza," katanya.
"Secara peribadi, saya rasa terdapat hujah yang memihak kepada kedua-dua pihak. Satu daripadanya bilakah persidangan itu sebenarnya bermula? Satu lagi apakah Speaker mempunyai kuasa untuk menolak usul yang hendak dibentangkan?"
"Tapi kini Pakatan Rakyat adalah pihak minoriti dan BN mempunyai majoriti stabil dengan 28 campur tiga bebas," jelasnya.
Ragunath menekankan cara terbaik untuk keluar dari permasalahan tersebut ialah membenarkan pengundi membuat keputusan.
"Saya tak fakir dalam demokrasi, untuk kembali semula kepada rakyat setelah baru sahaja mengadakan pilihan raya umum merupakan satu masalah," katanya.
----
Tulisan dari The Malaysian Insider ini diterjemah oleh Shirzad Lifeboat _
Aduh, bingit rasanya bila membaca kenyataan artis negara kita yang semakin hari semakin biadab terhadap hukum islam. Sebelum ini dikecohkan tentang penghinaan isteri Rasulullah S.A.W. Kini, berpelukan " tidak menjejaskan ekonomi negara ". Itulah yang dipaparkan dalam sebuah laman web berita (dalam Malaysia).
Mungkin tajuk itu hanya sekadar lawak jenaka, tetapi ketika saya membaca penulisan wartawan dalam berita itu, banyak perkara yang perlu kita sama-sama fikirkan. Lagi-lagi menyentuh isu hukum. Bila mana kita sebut tentang hukum, bermakna ia sudah merangkumi adab dan kemasyarakatan. Mungkin ayat dibawah tidak disenangi oleh segelintir masyarakat. Tapi rasanya inilah selembut ayat yang mampu diberikan untuk pembaca dan tuan empunya badan. Segala nasihat bukanlah ditujukan sebulat-bulatnya kepada dia dan artis yang lain, tapi untuk diri saya sendiri yang kadan-kadang lupa dan lalai.
Kerana sikap artis yang semakin hari semakin menampakkan ceteknya ilmu membuatkan amarah yang disimpan selama ini membuak-buak untuk diluahkan. Semakin lama semakin mencontohi barat. Yang paling menyedihkan orang islam pula, lagi-lagi berbangsa melayu. Jangan sampai bangsa lain maju, barulah nak salahkan orang melayu
Jom kita redah apa kata artis ini!!!!!
Tidak dirancang dan tidak menyesal. -Adakah dikeranakan sesuatu yang tidak dirancang itu boleh dianggap tidak sengaja? -Alangkah kasihan seorang muslim yang berbangsakan melayu tidak menyesal atas kelakuan yang tidak beradab.
-Adakah kerana sifat sayangnya membolehkan dia berpelukan dengan wanita lain? -Adakah kerana sifat sayang membolehkan dia berpelukan dengan tempat yang kena? Just for infomation, hanya ikatan perkahwinan sahaja membolehkan anda berpelukan dengan wanita yang dihalal untuk dikahwini. Itu pun dilarang berpelukan dikhalayak ramai.
ha, yang ini lagi jawapan yang sengal..
Saya bukan melakukan kesilapan yang besar!!!! -Oh, my Allah!!!! ungkapan apa ini???? Jahil sangat ke artis kita dalam pemahaman agama???
Wahai saudara, jika kurang ilmu agama sekali pun, tolonglah jangan ungkapkan ungkapan yang boleh menyentuh sensetiviti umat islam. Segala-galanya mencerminkan pemikiran saudara ditahap mana. Sememangnya saudara 'raja lawak',tetapi tiada lawak dalam menjalani hukum Allah.
Kepada pengundi 'raja lawak' dan Anugerah Bintang popular, andalah semua yang akan dipertanggungjawabkan dihadap Allah kelak. Dia menang atas tangan anda.. dan dia melakukan ini atas kemenangan yang anda telah berikan. Sebab itu, sekecil mana pun anda lakukan, ia tetap dinilai oleh Allah SWT. Mengundi untuk kebaikan ia akan diberikan pahala di sisi Allah dan balasannya adalah syurga, manakala mengundi kepada kemunkaran adalah disebaliknya.
Hangat! Hangat! Hangat pilihanraya di Malaysia semakin kencang melalui 2 kawasan Dun dan 1 Parlimen pada 7 April 2009. Walau diri ini jauh diperantauan, keadaan semasa negara sendiri wajar diambil kisah demi persiapan untuk pulang ke tanah air tidak lama lagi, insya allah.
Kemelut politik di Malaysia semakin hangat diperkatakan ekoran rampasan kuasa yang berlaku di Perak. Maka timbullah isu ' saya mohon derhaka ' kerana keengganan YB Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak beralasankan dan berdasarkan undang-undang ' Sultan tidak boleh memecat Menteri Besar dan Speaker YDP Negeri Perak dan istilah ' MB haram ' kerana terdapat 2 MB dalam satu negeri. Sememangnya ini adalah sejarah melayu yang pertama telah berlaku. Jika ia pernah berlaku sebelum ini, mungkin pemabaca boleh memberikan komen diruangan yang disediakan.
Peralihan kuasa pula berlaku diantara Pak Lah dengan DS Najib Tun Razak sebelum pilihanraya kecil berlaku. Tun Mahathir pula yang sebelum ini melakukan kejutan keluar daripada UMNO kini kembali ke pangkal jalan menyertai UMNO semula. Najib yang sebelum ini ada kuasa untuk menegur penggantungan Harakah dan Suara Keadilan mengembalikan kuasa akhbar itu diterbitkan semula, yang lebih menggegarkan 13 tahanan ISA dibebaskan. Walaubagaimanapun, apakah tanggapan rakyat yang kini lebih matang dan peka terhadap politik negara semenjak kes Anwar Ibrahim pada beberapa tahun yang lalu? Najib Tun Razak, perdana menteri ke-6 kemungkinan rasa resah dan gelisah rentetan apa yang berlaku pada ketika ini. Ini dikeranakan, sebelum menjadi PM, dialah orang yang paling bertungkus lumus memastikan kemenangan ke atas UMNO / BN di Permatang Pauh dan K.T'ganu, kini dia menjadi PM beberapa hari saja, Bukit Gantang dan Bukit Selambau pula jadi taruhan. Apa yang telah terjadi, semua yang berlaku berpihak kepada Pakatan Rakyat, yang lebih mengkagumkan majoriti kemenangan PR lebih besar berbandingkan pada PRU-13. Cuma mengubat kelukaan, Batang Ai masih kekal milik BN, tetapi bukan UMNO.
Saya lebih suka menumpukan perhatian di kawasan Bukit Gantang ekoran rampasan kuasa berlaku baru-baru ini dan PM kita pula merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. MB Nizar telah dipilih untuk bertanding di kawasan tersebut mungkin menjadi taruhan PAS untuk memperlihatkan adakah Nizar seorang yang masih boleh diterima rakyat atau lebih berkeyakinan yang kononnya kerajaan baru Perak lebih berkualiti.
Rakyat Perak sudah bersuara semalam, kemenangan berpihak kepada Nizar, dan dia bakal ke Parlimen. Adakah ini membuktikan rakyat marah kepada UMNO/BN? Rakyat Perak kini'mohon derhaka' kepada sultan, rakyat Perak mohon Dun dibubarkan demi menyelesaikan kemelut di negeri itu dari kemelut politik. Di harap sultan lebih peka terhadap rakyatnya dan saya yakin, tiada sultan sanggup melihat rakyatnya dilanda kesusahan.
Ini adalah cabaran pertama untuk PM ke-6 kita, sebelum membentangkan kabinetnya, ini yang berlaku. Pembangkang pula mendesak agar beliau menyaman akhbar luar negara yang menyetuh isunya yang pernah berjumpa dengan Altantuya bagi membuktikan dia berpihak yang benar sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mahfuz Omar.
Ini adalah pendapat peribadi saya, dan saya wajar bersuara dan memberi pandangan kepada pembaca kerana saya adalah anak kelahiran Perak. Saya merasakan diri ini bertanggungjawab memastikan negeri kelahiran saya berada dalam keadaan aman dan damai. Saya juga yakin, pendapat ini juga sama seperti pengundi rakyat Perak seramai 21,860 orang. Semoga negeriku berada dalam stabil semula.