Ahad, 24 Februari 2008

KEMPEN SIBER: DI MANA KEBERKESANANNYA?

Pilihanraya ke-10 pada tahun 1999 telah memberikan satu momentum semangat kepada gabungan Barisan Alternatif. Lonjakan penguasaaan yang diperolehi melalui pemerintahan negeri Kelantan dan Terengganu, termasuk dengan mengurangkan majoriti Barisan Nasional di parlimen dan kebanyakan negeri telah menandakan masyarakat boleh dan bersedia untuk berubah jika maklumat-maklumat mampu dicapai oleh mereka. Kewujudan gelombang penyebaran maya pada ketika itu memberikan kekuatan baru kepada Barisan Alternatif dalam menyalurkan maklumat dari sisi yang telah ditutup rapat oleh media perdana. Kelahiran laman web seperti mahazalim dan laman reformasi telah banyak membongkarkan segala kehancingan serta mendedahkan kebusukan sang pemerintah Barisan Nasional (BN).

Lebih 9 tahun berlalu, gelombang maya kembali semula dalam wajah-wajah baru yang lebih sistematik. Kuasa sebaran percuma yang diperolehi melalui tapak blog dan audio video serta peningkatan akses masyarakat kepada internet menawarkan sekali lagi ruang untuk mendapatkan momentum yang sama. Malah sebelum pilihanraya di umumkan lagi, proses penyaluran maklumat alternatif telahpun berlaku sehinggakan pihak pemerintah BN berusaha keras untuk memalitkan contengan buruk kepada para bloggers yang banyak mengancam kedudukan BN. Asalkan masyarakat terus beku dengan maklumat yang hanya berlegar di sekitar media perdana, BN boleh tersenyum puas kerana gula-gula mereka telah mengelabui sekali lagi mata masyarakat.

Jika media massa perdana telah dikuasai oleh BN tanpa rasa malu, sejauh manakah manfaat ruang alternatif untuk maklumat siber telah digapai oleh Barisan Rakyat? Jika analisa keberkesanan akses dilakukan, rasa kebimbangan pasti akan timbul kerana persaingan maklumat di alam siber tidak juga memberikan untung banyak kepada penyebaran kempen Barisan Rakyat. Statistik mudah dari laman Alexa.com yang dilakukan mungkin dapat memberikan bayangan awal kemenangan pertarungan di alam maya.

PERBANDINGAN ANTARA HARAKAHDAILY, MALAYSIAKINI, MALAYSIATODAY, TRANUNGKITE DAN UTUSAN ONLINE
klik gambar untuk pembesaran

klik gambar untuk pembesaran

klik gambar untuk pembesaran

Tiada ulasan: