Warga Malaysia yang berada di Mesir pada hari ini (24 Januari 2009) menerima khabar duka dengan pemergian seorang mahasiswa tahun satu, Mohd Hatta bin Mohd Hanafi berasa dari Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah jam 12.35 pagi tadi (waktu Mesir) di Hospital Damardasy, Abbasiyah.
Arwah meninggal dunia setelah disyaki mengidap penyakit TB atau radang paru-paru berair setelah mengadu ketidakselesaan kesihatan sejak seminggu yang lalu.
Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi adalah penuntut tahun satu di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah.
Arwah sebelum ini adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu [MTANT], Padang Midin. Beliau baru sahaja menjejakkan kaki di Bumi Mesir ini sekitar 3 bulan.
Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Malaysia dalam jangkaan masa yang terdekat esok. Solat jenazah pula akan dilaksanakan pada 25 Januari di Dataran Hayyu Asyir jam 10.30 pagi.
Arwah sebelum ini sempat memduduki 4 kertas peperiksaan di kuliah yang sama.
JENAZAH SELAMAT DIABADIKAN
HAYYU ASYIR, 25 Januari - Jenazah Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi 21, pelajar tahun 1 Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah yang meninggal dunia semalam telah selamat disembahyangkan di Dataran Hayyu Asyir disini sekitar jam 11.45 pagi tadi.
Jenazah Allahyarham dibawa ke Dataran Hayyu Asyir setelah dimandi dan dikafankan di Hospital Damarsash, Abbasiyyah.
Jenazah tiba kira-kira jam 11.19 pagi dengan diiringi bersama Pengarah JPMK, Prof Madya Jamil Hasyim, Pegawai Atase Kedutaan Malaysia, Encik Zainuddin Abd Rahman beserta YDP KPT, Ustaz Syafizi Ismail.
Dalam pada itu, Solat Jenazah telah dimamkan oleh Mufti dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Alias yang berbetulan sedang berkhusus disini.
Hadir sama Pegawai-Pegawai Rumah Negeri, Pegawai Kedutaan Malaysia beserta AJK Badan Pengurus PMRAM disamping para palajar di sekitar Hayyu Asyir. Turut sama kelihatan ketika solat jenazah tersebut ialah As-Syeikh Habib Umar Zain.
Sejurus selepas itu, jenazah dibawa terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk urusan penerbangan ke Malaysia.
Jenazah dijangka tiba di KLIA jam 9 malam Isnin waktu Malaysia. Turut serta dalam penerbangan tersebut ialah abang kepada Allahyarham, Mohd Hambali Mohd Hanafi beserta Pengarah JPMK, Prof Madya Jamil Hashim sebagai juruiring di sepanjang perjalanan tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan