Sabtu, 28 Mac 2009

PMRAM dituduh - gajah di depan mata tidak kelihatan

Hari ini dikejutkan dengan satu berita panas bila menyentuh isu PMRAM di dalam media. Ekoran saya sendiri merupakan ahli PMRAM justeru itu perlulah saya mempertahankan walau hujah dan benteng yang dikeluarkan tidaklah sekuat mana. Paling tidak, Allah SWT akan mengira kebajikan seseorang hambanya walau sekecil zarrah. Pendapat yang saya utarakan ini bukanlah berasaskan politik kerajaan atau pembangkang, tetapi untuk kita bersama-sama berfikir di mana letaknya pemikiran yang waras dalam melabelkan sesuatu.

Tuduhan melulu terhadap PMRAM yang dikatakan label dan pusat melakarkan penyokong pembangkang merupakan tuduhan lapuk dan basi yang sejak dulu lagi. Kini ia kembali semula sebagai satu langkah untuk menghapus nama PMRAM dimuka bumi Mesir ini. Alangkah kasihan bila saya melihat tuduhan ini seperti orang yang sudah tiada akal dan waras bahkan nampak tertekan bila kelab umno di Mesir ini sudah tidak dapat sambutan yang amat menggalakkan.

Saya ingin menyingkap sejarah Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir ( BKASM ) yang dulu pernah dibekukan ekoran kerajaan negeri Selangor pada masa itu yang dipimpin oleh YB Khir Toyo telah menyekat pelajar dari menerima wang zakat dan menghalau pelajar dari asrama Selangor. Kehadiran MB pada satu ketika untuk menziarahi anak-anak Selangor dalam masa yang sama telah memberi bantuan kepada Kelab Umno Selangor sedangkan pada masa itu Badan Anak Selangor (BAS) masih dipimpin oleh pelajar-pelajar Selangor langsung tidak dihiraukan. Beralasankan untuk memberi dana untuk meningkatkan mutu prestasi bahasa arab, adakah BAS tidak releven untuk meningkatkan mutu ini? Tidakkah ini dinamakan berat sebelah? Kerana Kelab UMNO Selangor merupakan rangkaian dari Parti UMNO, maka Kelab UMNO Selangor berhak dapat, begitu?Persoalannya sekarang, adakah PMRAM (bukan pemeram) merupakan pusat untuk mengajar mahasiswa Mesir menyokong pembangkang? Timbul soalan dalam kepala kita, pernahkah PMRAM menganjurkan apa-apa program ceramah politik untuk melawan kerajaan? Pernahkah PMRAM mengibarkan bendera pembangkang di pejabat PMRAM? Minta hampun minta mahap... selama saya duduk di sini, Kelab UMNO sendiri yang terlalu bangga dengan meletakkan lambang UMNO di dalam Mesir ini. Kat mana? Asrama anak negeri Pahang. Sekarang ini, saya memikirkan, siapa persatuan bermain politik sekarang?

Jika ahli PMRAM menyokong pembangkang sekalipun, adakah itu pendapat PMRAM? Sudah tentu itu pendapat ahli. Adakah kerana pendapat ahli, kita ingin katakan PMRAM satu wadah perjuangan pembangkang? Kebanyakan mahasiswa di Mesir merupakan penuntut di bidang agama, dan apa yang diajari itulah yang mereka amalkan. Jika apa yang perjuangkan sama dengan pembangkang.. ha, pandai-pandailah semua fikir..

Anak yang kecil jika sudah tahu air itu panas di dalam gelas, mereka akan cerdik berfikir dan tidak akan menyentuh air itu. Apatah lagi mahasiswa yang sudah cerdik dan celik bila sudah ada ilmu.

Ekoran kenyataan memburukkan PMRAM di bumi Mesir ini, saya yakin, banyak mahasiswa di Mesir akan bangkit demi mempertahankan persatuan yang sudah menjangkau 80 tahun menjaga anak-anak Malaysia.

jom ke laman PMRAM untuk melihat lebih dekat -> klik di sini

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ketua PeMUDA: PMRAM yang dituduh alat pembangkang, tidakpun menggunakan nama mana-mana parti politik pembangkang. Tetapi mereka bebas pula menubuhkan kelab yang jelas kelab politik iaitu Nadi Umno.Bagaimana kita nak memaksakan ke atas mahasiswa supaya belajar agama mesti jadi Umno, sedangkan yang mereka temui dalam pengajian mereka, Umno itu pewaris gerakan Sekular yang sangat bahaya. Apa budak Umno luar Negara ini ingat, mahasiswa pergi Mesir pakai duit Umno? Mereka anak peneroka, mereka anak penoreh getah, mereka anak pengait sawit, mereka anak nelayan dan pekerja kilang…ingat Umno bayar tambang tiket mereka? “Jangan jadi Fir’aun dan Kamal Attaturk kedua. Cukuplah sekat orang memahami Islam “