Hangat! Hangat! Hangat pilihanraya di Malaysia semakin kencang melalui 2 kawasan Dun dan 1 Parlimen pada 7 April 2009. Walau diri ini jauh diperantauan, keadaan semasa negara sendiri wajar diambil kisah demi persiapan untuk pulang ke tanah air tidak lama lagi, insya allah.
Kemelut politik di Malaysia semakin hangat diperkatakan ekoran rampasan kuasa yang berlaku di Perak. Maka timbullah isu ' saya mohon derhaka ' kerana keengganan YB Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak beralasankan dan berdasarkan undang-undang ' Sultan tidak boleh memecat Menteri Besar dan Speaker YDP Negeri Perak dan istilah ' MB haram ' kerana terdapat 2 MB dalam satu negeri. Sememangnya ini adalah sejarah melayu yang pertama telah berlaku. Jika ia pernah berlaku sebelum ini, mungkin pemabaca boleh memberikan komen diruangan yang disediakan.
Peralihan kuasa pula berlaku diantara Pak Lah dengan DS Najib Tun Razak sebelum pilihanraya kecil berlaku. Tun Mahathir pula yang sebelum ini melakukan kejutan keluar daripada UMNO kini kembali ke pangkal jalan menyertai UMNO semula. Najib yang sebelum ini ada kuasa untuk menegur penggantungan Harakah dan Suara Keadilan mengembalikan kuasa akhbar itu diterbitkan semula, yang lebih menggegarkan 13 tahanan ISA dibebaskan. Walaubagaimanapun, apakah tanggapan rakyat yang kini lebih matang dan peka terhadap politik negara semenjak kes Anwar Ibrahim pada beberapa tahun yang lalu?
Najib Tun Razak, perdana menteri ke-6 kemungkinan rasa resah dan gelisah rentetan apa yang berlaku pada ketika ini. Ini dikeranakan, sebelum menjadi PM, dialah orang yang paling bertungkus lumus memastikan kemenangan ke atas UMNO / BN di Permatang Pauh dan K.T'ganu, kini dia menjadi PM beberapa hari saja, Bukit Gantang dan Bukit Selambau pula jadi taruhan. Apa yang telah terjadi, semua yang berlaku berpihak kepada Pakatan Rakyat, yang lebih mengkagumkan majoriti kemenangan PR lebih besar berbandingkan pada PRU-13. Cuma mengubat kelukaan, Batang Ai masih kekal milik BN, tetapi bukan UMNO.
Saya lebih suka menumpukan perhatian di kawasan Bukit Gantang ekoran rampasan kuasa berlaku baru-baru ini dan PM kita pula merupakan Pengerusi Perhubungan UMNO Perak. MB Nizar telah dipilih untuk bertanding di kawasan tersebut mungkin menjadi taruhan PAS untuk memperlihatkan adakah Nizar seorang yang masih boleh diterima rakyat atau lebih berkeyakinan yang kononnya kerajaan baru Perak lebih berkualiti.
Rakyat Perak sudah bersuara semalam, kemenangan berpihak kepada Nizar, dan dia bakal ke Parlimen. Adakah ini membuktikan rakyat marah kepada UMNO/BN? Rakyat Perak kini'mohon derhaka' kepada sultan, rakyat Perak mohon Dun dibubarkan demi menyelesaikan kemelut di negeri itu dari kemelut politik. Di harap sultan lebih peka terhadap rakyatnya dan saya yakin, tiada sultan sanggup melihat rakyatnya dilanda kesusahan.
Ini adalah cabaran pertama untuk PM ke-6 kita, sebelum membentangkan kabinetnya, ini yang berlaku. Pembangkang pula mendesak agar beliau menyaman akhbar luar negara yang menyetuh isunya yang pernah berjumpa dengan Altantuya bagi membuktikan dia berpihak yang benar sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Mahfuz Omar.
Ini adalah pendapat peribadi saya, dan saya wajar bersuara dan memberi pandangan kepada pembaca kerana saya adalah anak kelahiran Perak. Saya merasakan diri ini bertanggungjawab memastikan negeri kelahiran saya berada dalam keadaan aman dan damai. Saya juga yakin, pendapat ini juga sama seperti pengundi rakyat Perak seramai 21,860 orang. Semoga negeriku berada dalam stabil semula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan