Sabtu, 2 Januari 2010

TAWAS (Tabung Warisan Anak Selangor)

Sebelum ni saya tercari-cari bagaimana kerajaan negeri Selangor memberi RM100 setiap anak yang lahir di negeri Selangor. Lalu saya mencari di dalam internet melalui ayat berikut ' cara membuat tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran di negeri selangor '. Kini, barulah saya paham bahawa pemberian RM100 itu dimasukkan ke dalam tabung dan boleh dituntut selepas ulang tahun yang ke 18 dan memperolehi RM1500. Alhamdulillah, itu salah satu jalan alternatif yang terbaik daripada sebelum ini yang tiada.

Jika orang seperti saya ini sukar nak mencari berita seperti itu, saya mengambil jalan alternatif untuk berkongsi maklumat bersama pembaca dalam blog saya.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan TAWAS?
TAWAS adalah singkatan kepada Tabung Warisan Anak Selangor. Tabung ini diwujudkan selaras dengan tawaran Kerajaan Negeri untuk membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.

2. Apakah faedah yang akan diterima daripada tabung ini?
Faedah-faedah yang akan diterima adalah seperti berikut:-
a) Setiap anak kelahiran akan diberi RM100 melalui pelaburan di dalam tabung ini.
b) Anak-anak akan dilindungi insurans sehingga berusia 18 tahun.
c) Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500 seorang hasil daripada caruman di dalam pelaburan dana ini.

3. Apakah syarat-syarat permohonan tabung ini?
Syarat-syarat permohonan adalah seperti berikut:-
a) Permohonan adalah terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja dan tertakluk kepada tafsiran anak Selangor. Bagi tujuan TAWAS tafsiran anak Selangor adalah seperti berikut:-
“Anak Selangor” bermaksud rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor yang memenuhi kriteria seperti berikut:-
• Warganegara Malaysia; dan
• Lahir di Negeri Selangor atau di luar Negeri Selangor; dan
• Ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor; atau
• Ibu atau Bapa lahir di Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
b) Kelahiran mulai 1 Januari 2008 adalah layak untuk memohon. Permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh kelahiran dan bagi kelahiran sebelum tarikh pelancaran, permohonan hendaklah dikemukakan dalam tempoh 6 bulan dari tarikh pelancaran.

4. Bagaimana prosedur permohonan tabung ini?
Prosedur permohonan adalah seperti berikut:-
a. Pendaftaran bagi setiap anak adalah RM10.

b. Di peringkat permulaan, Pusat Pendaftaran akan dibuka pada waktu pejabat (8.00 pagi – 4.30 petang) di Tingkat 5, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

c. Setiap pendaftaran hendaklah dibuat oleh Ibubapa/penjaga dengan menyertakan dokumen sokongan (asal dan salinan) berikut:
(i) Sijil kelahiran / Mykid anak; dan
(ii) Kad Pengenalan Ibubapa/penjaga.

d. Setiap pendaftaran akan diberi Sijil Pelaburan yang perlu disimpan dengan baik sebagai bukti
caruman di dalam Tabung ini.

5. Bagaimana sekiranya pemohon ingin membuat tuntutan atau mencairkan pelaburan?
Tuntutan boleh dibuat seperti berikut:-
a. Setiap pencarum boleh memilih untuk mencairkan pelaburan pada:
(i) Ulangtahun Pertama pada jumlah RM110.00;

ATAU

(ii) Ulangtahun ke-18 pada jumlah RM1,500.00.

b. Bagi Ibubapa/penjaga yang memilih pilihan (ii), pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) akan menghubungi pencarum pada ulangtahun ke-18 untuk urusan bayaran caruman berjumlah RM1,500.00.

c. Pihak Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) juga berkemungkinan akan mengumumkan pembayaran bonus pada setiap 5 tahun selama tempoh caruman di dalam Tabung ini.

d. Bayaran akan dibuat kepada pencarum dengan hanya mengemukakan Sijil Pelaburan sebagai bukti caruman di dalam Tabung ini.

6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?
31 Ogos 2008

7. Di mana mendapatkan borang pendaftaran? baru
i. Borang boleh diperolehi dari kaunter Project TAWAS di Bangunan Darul Ehsan, Shah Alam

8. Siapakah urusetia yang boleh dihubungi untuk pertanyaan selanjutnya? baru

Projek TAWAS
Tingkat (LG), Bangunan Darul Ehsan (bersebelahan Plaza Alam Sentral)
No. 3, Jalan Indah, Seksyen 14,
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel : 03-55103498 / 03-55103499

Kemaskini pada 7 April 2009

sumber : klik di sini

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam..baru saya tahu Selangor ada buat tabung begini untuk rakyatnya.Saya tiada anak lg tapi saja mahu bertanya.
Kiranya kita hanya bayar rm 1o jer ke masa pendaftaran??
Ke kita macam menabung dalam TAWAS nih?
Means,kalau ada duit,kita masukkan dalam tabung nih.Macam tuh ke?

admin berkata...

admin,
salam kepada tanpa nama. maaf sebab lewat membalas..sebab saya pun baru sedar ada komen tersirat dalam ni.

masa pendaftaran saya tak pasti kena bayar atau tidak. tetapi atas pemahaman saya, selepas kita mendaftar, kerajaan negeri selangor akan memberikan RM100 dan dimasukkan ke dalam tabung. dengan rm 100 itu, ia akan dilaburkan sehinggalah sampai tempoh yang ditetapkan.

setelah ditetapkan, barulah anak tersebut boleh memiliki wang dengan jumlah yg berganda sebagaimana tercatat dalam kenyataan mereka.