Rabu, 31 Oktober 2007

Mesti baca: Jawapan PMRAM Terhadap Tuduhan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo.

Oleh: Hairul Nizam Bin Mat Husain
(Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) )


Berdasarkan penelitian terhadap klip video, berikut adalah antara ucapannya;
“Banyak pelajar kita yang terlibat dengan aktiviti luar pelajaran yang tidak utama pelajaran. Walaupun saya dikutuk, saya ramai sembahyang hajat suruh saya mati cepat macam-macam. Saya kata anak saudara tidak boleh libatkan di dalam mana-mana aktiviti luar daripada konsep pelajaran. Ha, PMRAM marah saya, sembahyang hajat, sms saya mati cepat..”

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dimaklumkan ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Badan Anak Selangor Mesir pada 4 September 2007 bertempat Dataran Haiyu ‘Asyir Kaherah, Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo telah mengucapkan beberapa kenyataaan yang pastinya tidak benar sama sekali.

PMRAM tidak pernah menganjurkan solat hajat sepertimana yang didakwa. Begitu juga PMRAM tidak pernah meminta agar ahli menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) berbentuk kecaman terhadap mana-mana individu walaupun setelah pelbagai tekanan telah menimpa mereka.

Dengan ini, PMRAM menafikan kenyataan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo tersebut yang disifatkan sebagai fitnah menjatuhkan kredibiliti PMRAM dan mengusik sensitiviti serta kesatuan mahasiswa melayu yang berada di Mesir.

Penafian ini tidak bermakna PMRAM mengecam Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo. *****a inisiatif tersebut diharap dapat membetulkan salah tanggap yang timbul.

PMRAM berharap agar pihak Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo dapat memastikan kesahihan sumber berita yang berkait dengan PMRAM agar berita dan maklumat berkenaan PMRAM yang sampai ke peringkat pengetahuan Y.A.B. Dato' Seri tidak berupa berita palsu yang sengaja diada-adakan demi untuk memburukkan PMRAM pada kaca mata para pimpinan di Malaysia.

Diharap kepada ahli-ahli PMRAM dapat bersatu membawa wadah perjuangan mahasiswa-mahasiswi yang berada di perlembahan Nil ini agar terus maju ke hadapan memikirkan prioriti yang sepatutnya.

copy :http://sensasi.freephpnuke.org

Rabu, 24 Oktober 2007

Burung Kakak Tua Baca Surah Al-Quran



Pengajaran dari video ini :
-haiwan juga pandai melafazkan kalam Allah, alangkah hinanya manusia yang tidak pandai melafazkannya
-secara bathinnya, haiwan sentiasa meminta pengampunan kepada Allah untuk hamba-hambanya yang menuntut ilmu, justeru itu, walau apa pun kerjaya kita, jangan lupa untuk menuntut ilmu.
-didiklah anak untuk membaca Al-Quran sejak dari kecil dan tanamkan minat mereka untuk cinta kepada Al-Quran sehinggalah dia mati.

Isnin, 22 Oktober 2007

Lagi Kematian Pelajar Al-Azhar,Mesir


21 Oktober 2007 (Kaherah, Mesir) - "kalau saya mati, kebumikan saya di sini", Demikian gurauan yang dibuat oleh Allahyarham Zaid bin Muhamad dihadapan sahabat-sahabat dua hari sebelum kemalangan ngeri yang menimpa arwah. Kejadian berlaku di lebuh raya Solah Salim bersebelahan dengan jalan Darrasah. Allahyarham dikatakan sedang dalam perjalanan pulang daripada Masjid Syeikh Zaki Ibrahim selepas selesai menghadiri majlis tadarus Al-Quran yang dijemput oleh Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Allahyarham adalah mahasiswa muadalah (twinnig-program KIAS dan Al Azhar) yang baru sahaja sampai ke Mesir. Merupakan pelajar muadalah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) jurusan Syariah dan berasal daripada jitra Kedah. Berumur 22 tahun dan telah pun menduduki peperiksaan tahdid mustawa samada berada di tahun 3 atau 4 jurusan Syariah Islamiah, Kaherah. Allayarham Zaid bin Muhamad tiba di Mesir pada tanggal 18 Septembar 2007 bersama rombongan KIAS, Nilam puri.


Kemalangan berlaku selepas solat Zohor. Allahyarham dilanggar sebuah chevrollet ketika cuba melintas jalan bersama dengan seorang teman yang bernama Mohd Ridhuan Abdul Razak. Allahyarham dikatakan bersungguh-sungguh mengajak kawannya melintas lebuh raya Solah Salim meninggalkan kawan-kawan yang lain yang sedang berjalan dibelakang bersama Syeikh Abdul Azim Sulthan Sya'aban.

Ketika melintas Allahyarham memegang tangan Mohd Ridhuan dan apabila berada ditengah-tengah jalan besar tersebut beliau melepaskan tangan sahabatnya dan sedikit terkebelakang daripada sahabatnya Mohd Ridhuan. Ketika itulah datang sebuah Chevrollet yang dipandu laju lalu melanggar allahyarham sehingga melayang 10 meter dari tempat kejadian. Allahyarham Zaid Muhamad meninggal dunia serta-merta sejurus kemalangan di tempat kejadian akibat hentakan kuat dikepala.

Jenazah allahyarham dibawakan ke tempat bedah siasat di Muqattam 2 jam selepas kejadian. Jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam A'syir dan disembahyangkan di dataran Kompleks Melayu Hayyul A'sir selepas solat Zohor, keesokan harinya.

copy : http://kalam-ummah-home-v02-5165.blogspot.com/

Ahad, 21 Oktober 2007

Malaysia bukan 'boleh' tetapi 'bodoh' - akhbar Australia

KUALA LUMPUR, 17 Okt: Sebuah akhbar Australia bukannya menyifatkan Malaysia sebagai "boleh" tetapi "bodoh" apabila membelanjakan RM95 juta untuk menghantar rakyatnya di angkasa lepas.

Kolumnis akhbar The Age, Melbourne, Michael Backman dalam tulisannya menyifatkan para pemimpin Malaysia sering berbangga dengan pencapaiannya tetapi apabila ditanya kepada orang luar Malaysia, di manakah Malaysia? mereka tidak akan tahu pun negara kecil itu.

"Thas not Malaysia "boleh", that's Malaysia "bodoh" (stupid)," tulis Backman mengakhiri tulisannya yang disiarkan 15 November 2006 lagi ketika Malaysia sedang mengwar-warkan akan menghantar rakyatnya ke angkasalepas.

Ia disebarkan secara meluas dalam internet selepas Angkasawan Malaysia, Dr Sheikh Muzaffar Shukur dihantar ke ISS menggunakan kapal angkasa milik Rusia baru-baru ini.

Menurut Backman, pemimpin Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN) sering menunjuk-nunjuk dengan pencapaian yang diperolehi oleh Malaysia.

Antaranya, Malaysia menggunakan syarikat minyak miliknya, Petronas untuk membina Kuala Lumpur City Centre (KLCC), iaitu bangunan yang tertinggi ketika ia dibina.

"Malaysia sangat berbangga dengan bangunan ini. Padahal mereka hanya membuat sedikit sahaja untuknya.

"Duitnya datang dari bumi (minyak Petronas), juruteranya dikontrakkan kepada syarikat Korea Selatan.

"Bahkan, mereka tidak pun menguruskan kompleks perniagaan yang ada di bangunan ini. Ia diuruskan oleh syarikat Australia, Westfield," tulis Backman dalam tulisannya.

Tentang angkasawan, Backman menulis, rakyat Malaysia itu hanya menumpang kapal angkasa milik orang lain dengan membayar kapal itu seumpama teksi sahaja.

"Apa yang Malaysia dapat dengan menggunakan program angkasalepas milik orang lain sebagai teksi? Sah tiada manafaat teknologi yang diperolehi. Tetapi sudah tentu Malaysia sekali lagi akan berkata 'boleh". Masalahnya mereka tidak, ini bukan program angkasawan mereka," tulis Backman.

copy : http://siasahdaily.blogspot.com/2007/10/malaysia-bukan-boleh-tetapi-bodoh.html

Khamis, 18 Oktober 2007

Kemerduan Budak Kecil Membaca Al-Quran

Assalamualaikum...
Di sini saya ingin berkongsi video seorang anak yang amat merdu suaranya dalam pembacaan al quran, justeru itu, marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita agar menjadi pengamal agama Allah..


Sabda Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi Wasallam : Sesungguhnya anak-anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci), maka kedua ibu-bapanya yang me'yahudi'kannya atau me'nasrani'kannya atau me'majusi'kannya.

sumber : jiwang.torrent.

Selasa, 16 Oktober 2007

lawak 1 syawal


Assalamualaikum, 1 syawal pada tahun ini sebenarnya memang memilukan selaku perantau yang mencari ilmu menyambut hari lebaran aidilfitri.. tapi kesedihan itu dapat diubati dengan lawak jenaka bersama kawan-kawan. Jadi di sini saya ingin berkongsi gembira lawak jenaka bersama kawan-kawan khususnya pembaca blog..

ceritanya bermula ketika UNIT MUTAZAWWIJIN ISKANDARIAH (UMI) dijemput untuk memberikan persembahan pada 1 syawal setelah menunaikan solat sunat aidilfitri...kami telah meNYUMBANGkan 2 buah lagu pada persembahan tersebut; iaitu 1) zapin hari raya dan 2) gema takbir... aduiiii.. sakit perut pulak bila nak type sebab teringatkan lawak tu..

pada awal lagu semua suara terlalu rendah, saya terkejut dengan suara yang dikeluarkan oleh kawan-kawan, kenapa tidak? sebab masa latihan mereka dah buat yang terbaik dari persembahan tu.. masa tu lirik lagu ketika di sini--->

(berlalu ramadhan fajar syawal menjelama,
muslimin muslimat menyambut hari raya)

tiba-masa masa suara tinggi, kawan lawakku hafiz yang kami gelarkan sebagai kaber yang sentiasa ceria dimana saja melaungkan suara dia terlalu tinggi menyebabkan saya dan zul fauzi ( yang berdiri sebelah hafiz ) memandang hafiz.. kalau pembaca semua nak tau, hafiz ni tak boleh tengok muka kami, nak dijadikan cerita, hafiz ni terpandang muka saya, apa lagi.. tengah-tengah persembahan tu kami ketawa depan pelajar-pelajar Malaysia. masa tu lirik lagu ketika di sini --->

(takbir dilaungkan.............)

Malu tu tak tau nak kata bagaimana, semua yang berada di depan kami pelajar-pelajar perempuan. Mujurlah persembahan tu persembahan biasa.. kalau tidak!!!! kenangan ni memang akan terpahat sampai bila-bila. Balik rumah, tak sangka isteriku sempat merakamkan video ini selain dari gambar-gambar persembahan ni.. saksikan..

kumpulan nasyid HAIRAN dan (sebelahnya) ini wajah hafiz kaber yang menjadi punca ketawa dalam persembahan kami