Ahad, 30 September 2007

Kalimah Allah Keluar Lagi!!!


Pada hari ini saya ingin berkongsi bersama pembaca blog, kalimah Allah keluar lagi dimuka bumi ini. Kalaulah ia dikatakan secara kebetulan, kenapa perlu kalimah ALLAH? kenapa setiap kali kebetulan keluar kalimah ALLAH? bila baca keterangan dibawah, ternyata, surau yang diimarahkan amat sentiasa diturun keberkatan hatta barang yang berada di masjid diberikan penghormatan oleh Allah untuk memberikan kalimah ta'zim ini.

*Peristiwa ini berlaku pada Subuh 6 Ramadhan -18 sept 2007
*Kejadian berlaku di sebuah surau di taman Tiram,Lunas,Kulim
*Mengikut kata beberapa jemaah yg melihat kejadian ..pada subuh 6 Ramadhan itu beberapa keping mozek meletup dan lekang dari lantai.Tapi anehnya mozek2 itu tidak pecah.Apabila mereka mengangkat dan mengalih kepingan2 mozek ini, alangkah terperanjat mereka melihat kalimah-kalimah yang tertera diatas lantai simen.
*Surau ini sentiasa diimarahkan oleh penduduk-penduduk kampung ini. Tidak kira malam apa, bulan apa. Tazkirah , ceramah dan majlis-majlis ilmu kerap dibuat.

Sabtu, 29 September 2007

Jawapan rasmi Majlis Fatwa Kerajaan Mesir kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir Berkenaan Purdah

Jawapan rasmi Majlis Fatwa Kerajaan Mesir kepada Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) yang telah diterjemahkan ke Bahasa Melayu.


الحمد لله وحده والصلاة والسلام على من لا نبي بعده سيدنا محمد رسول الله
وعلى آله وصحبه ومن تبعه بإحسان إلى يوم الدين

Kami telah meneliti tuntutan yang datang dari pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir bertarikh 29/5/2007 di bawah nombor rujukan 826 bagi tahun 2007 yang berbunyi:
"Kedutaan Besar Malaysia Kaherah di Mesir telah melarang para siswi Al-Azhar daripada berpakaian purdah di dalam bangunan Kedutaan dengan sebab keamanan dan sebagai langkah berjaga- jaga daripada ancaman keganasan (terrorist) sedangkan pihak Kedutaan boleh untuk hanya meminta para mahasiswi Malaysia yang memakai purdah untuk membuka purdah mereka sebelum mereka memasuki bangunan Kedutaan atas tujuan untuk mengenaliidentiti mereka. Adakah pihak Kedutaan dibenarkan dari sudut Syarak untuk memaksa para wanita yang memakai purdah agar para wanita tersebut berpegang dengan satu pandangan yang tertentu di dalam masalah yang berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama seperti masalah 'purdah'? Apakah tindakan yang mesti diambil oleh para
wanita yang memakai purdah apabila berhadapan dengan ketetapan yang telah diputuskan oleh pihak Kedutaan?"


Jawapan

Sudah dikenali bahawa masyarakat Malaysia secara umumnya berpegang dengan Mazhab Al-Imam Al-Syafie Radiallahu `Anhu. Di dalam mazhab ini, wanita yang merdeka yang telah baligh diwajibkan untuk menutup wajahnya daripada dilihat oleh lelaki yang
bukan mahramnya.

Di dalam kitab Hasyiah Al-Jamal `Ala Syarh Al-Manhaj, ada satu petikan yang turut ada di dalam kitab Syarh Al- Mahalli `Ala Minhaj Al-Nawawi yang berbunyi:

Adapun aurat wanita ketika dia bersama dengan wanita muslim yang lain………..Adapun aurat wanita ketika dia bersama golongan lelaki yang bukan mahramnya, maka auratnya adalah seluruh badan.

Di dalam kitab Hawasyi Al-Syarwani `Ala Tuhfat Al-Muhtaj yang dikarang oleh Ibnu Hajar `Ala Minhaj Al-Nawawi, dinyatakan bahawa:

Diketahui daripada ulasan ini bahawa wanita yang merdeka mempunyai tiga aurat:

• Aurat semasa solat iaitu: sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini
• Aurat dari sudut apabila orang lelaki yang bukan mahram melihat kepada si wanita tersebut iaitu: Seluruh badannya sekalipun muka dan dua tapak tangan berdasarkan pandangan yang muktamad
• Aurat apabila si wanita berseorangan diri dan semasa bersama dengan mahram: iaitu seperti aurat seorang lelaki

Di dalam kitab Hasyiah Bijirmi `Ala Al- Khatib dinyatakan bahawa:

Adapun aurat wanita (yang baligh dan merdeka) di luar solat dari sudut pandangan lelaki yang bukan mahram terhadapnya, maka aurat wanita tersebut adalah seluruh badannya sekalipun wajah dan dua tapak tangan, sekalipun aman daripada fitnah.

Berdasarkan petikan di atas, maka berdasarkan situasi yang dinyatakan di dalam soalan, pihak yang berkuasa berhak untuk mengambil langkah-langkah untuk menjamin keselamatan, menyelidik, memerhati dan membuat pemeriksaan bagi memastikan keselamatan pihak berkuasa.

Antara langkah-langkah tersebut adalah meminta wanita yang berpurdah untuk menzahirkan wajahnya ketika wanita tersebut ingin masuk ke dalam bangunan pihak berkuasa tanpa pihak berkuasa memaksa wanita-wanita yang berpurdah untuk menanggalkan niqab mereka setelah mana mereka berada di dalam bangunan Kedutaan. Ini kerana bangunan kedutaan adalah tempat awam yang boleh dimasuki oleh setiap warganegara
(Malaysia).

والله سبحانه وتعالى أعلم

Panel Fatwa

30/5/2007.

Jumaat, 28 September 2007

Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak Di Rogol & Cabul



Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.


Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM


Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)

Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM

Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, *****a jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, *****a jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.

FAKTA: Kes culik, rogol dan bunuh
 18 Mei 1999 - Mayat pelajar berusia 17 tahun, Audrey Melissa Bathinathan berhampiran Sekolah Perempuan Methodist Kuala Lumpur. Mayat mangsa ditemui berhampiran sekolahnya. Bedah siasat mendapati beliau dipukul di kepala, dirogol dan dijerut lehernya.
 7 Oktober 2000 - Mayat gadis berusia 24 tahun, Noor Suzaily Mukhtar ditemui di Taman Bukit Tinggi, Klang. Mangsa dirogol dan bunuh dalam sebuah bas ekspres dan mayatnya dicampak di sebuah jalan di kawasan pembinaan Taman Bukit Tinggi, Klang.
 23 Oktober 2000 - Nor Shuhada Borak, 6, ditemui mati dalam tangki air di bumbung bangunan kediaman tiga tingkat jenis townhouse di Selayang dalam keadaan separuh bogel dan lebam pada muka dan tangan.
 14 Februari 2001 - Gadis berusia 17 tahun, Farrah Deeba Rustam dirogol dan di bunuh di bawah jambatan jalan masuk ke Kampung Tersusun Batu 2, Jalan Lama Bidor-Tapah. Mangsa mati akibat dicekik menggunakan tali lebar seperti tali pinggang keledar.
 13 Ogos 2001 - Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun dirogol sehingga terkeluar usus oleh dua remaja berusia 19 tahun tahun ketika merompak keluarga mangsa di rumahnya di Taman Bukit Maluri, Kepong.
 8 Oktober 2002 - Pelajar sekolah menengah ditolak dari atas jejantas, ditendang dan dicekik sebelum dirogol di bawah jejantas Jalan Reko, Kajang antara jam 2.35 petang dan 4 petang. Mangsa mengalami patah tulang belakang dan nyaris meninggal dunia. Kaki dan tangan mangsa juga diikat ke belakang dan badannya ditutup dengan plastik hitam, mulut disumbat dengan stokin dan diikat dengan sapu tangan sebelum ditinggalkan
 6 November 2002 - Kanak-kanak berusia dua tahun, Siti Nurliyana Shamimi Rosdi, diculik, dirogol dan dibunuh, dijumpai dalam keadaan bogel di tebing Sungai Kedah, kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kampung Seberang Terus. Bedah siasat mendapati ada kesan koyak pada kemaluan mangsa, selain

lebih 40 kesan luka pada badan dan perdarahan dalam otak mangsa, dipercayai akibat dipukul dengan benda keras.
 5 Disember 2003 - Pembunuhan wanita berusia 22 tahun,Noritta Samsudin di Kondominium Puncak PrimaGalleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur menimbulkan kontroversi kerana didakwa dirogol sebelum dibunuh.
 13 Jun 2003 - Canny Ong lay Kian dilarikan dari Bangsar Shopping Center. Mayat mangsa ditemui separuh rentung di dalam sebuah longkang tepi jalan, di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.
 8 Januari 2004 - Kanak-kanak berusia 10 tahun, Hasirawati Saridi ditemui mati dipercayai dibunuh dan dirogol ketika dalam perjalanan ke sekolah di Kampung Ratau, Menggatal, Kota Kinabalu, Sabah, 8 Januari lalu.
 17 Januari 2004- Kanak-kanak berusia 10 tahun, Nurul Huda Abdul Ghani dirogol, diliwat sebelum dibunuh di stesen pencawang TNB Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor.
 23 November 2004 - Pembunuhan Mazny Abdullah di Junjung, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
 17 September 2007 - Mayat kanak-kanak ditemui dalam beg di Petaling Jaya sebelum disahkan Nurin Jazlin Jazimin yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos 2007 selepas keluar dari rumahnya di Seksyen 1, Wangsa Maju untuk ke pasar malam. Bedah siasat menunjukkan kanak-kanak berusia lapan tahun itu mengalami penderaan seksual yang menjadi punca kematiannya.

Khamis, 27 September 2007

Cerpen Mesti Baca: Gelang Zamrud

Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang.

Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati.


Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang penuh ceria.

"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi salam. Marni tersentak.

"Abang!Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah didahi Marni.

"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar bunyi pintu dibuka pun?"

"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Marni. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Marni. "Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?"

"By air...", ringkas jawapan Hazif.

"Habis kereta abang?"
"Pada Salleh...", jawab Hazif.

"Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi mereka yang ke empat.

"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu....", tanya Marni. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.

"Nanti dia datang.......", ujar Hazif.

"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif. "Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main basikal satu pagi."

"Basikal?", tanya Hazif.

"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..", jawab Marni sambil meletakkan milo ais kegemaran Hazif didepannya.

"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?" "Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...", senyuman Marni melerek. "Kari Kapitan?", teka Hazif. " Apa lagi......" "Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."

"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni.

"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucap dahi isterinya lagi. Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang penyayang.

Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi di saat ini mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.

Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Marni. "Bang... kenapa ni...?"

Hazif mengangkat muka, memandang Marni. "Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif, lembut.

"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan, Mar dah siapkan tu..."

"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif.

Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya Hazif berangai pelik seperti ini.

"Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi. "Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif sambil menyeluk pokek seluarnya.

"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.

"Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati Hazif melihat keriangan di wajah Marni. "Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.

"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai masa di Komtar? Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Mar. Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli..."

Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.

"Terima kasih bang....", Marni memeluk suaminya.

"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik Hazif ke telinga Marni.

"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Amran agaknya tu....", bisik Hazif.

"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun melepaskan pelukannya.

"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni.

"I love you...very very much.....", Hazif mengucup tangan Marni, penuh kasih.

"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya.

Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan rambut yang kusut masai.

"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik Marni.

Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melebuhkan punggungnya di sofa.

"Mar...can you please sit down..", pinta Amran.

Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni agaknya?, detik hatinya.

"Please...I have something very important to tell you...", pinta Amran lagi.

Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut Amran.

"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain dibenak Marni. "Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat diselamatkan Mar...", tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran.

Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran lakunkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini.

"Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas Marni.

"I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri.."

Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya.

"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia..."

"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya.

Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Hazif pulang ke rumah?

"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah balik...", Marni mengejutkan Amran dari khayalannya.

"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal dipangkuan Am Mar..."

"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil dia....", Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran menceritakan yang bukan-bukan padanya? Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Hazif mungkin ke sana. Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni terduduk di ruang makan.

Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya ditangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Amran sampaikan? Mimpikah dia?

Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian benar dia melihat Marni ber lari ke sana-sini mencari Hazif yang dikatakan sudah pulang.

"Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud.

Terlopong mulut Marni.

"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am cari, tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari mulur Amran.

Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.

"Ini ke Am?", tanyanya perlahan.

Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakap Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi ALLAH ini tiada yang mustahil dengan izinNya.

Marni hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima kenyataan ini.

Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.

Sabtu, 22 September 2007

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil



Ahad, 5 Ogos 2007

Pohon Para Syuhada Di Bint Jbeil, Nama Baru Untuk Bint Jbeil:
"Ibukota Yang Dipenuhi Keajaiban Allah"

(Bint Jbeil- Ratusan para pelawat terus menyerbu Bint Jbeil, sebuah bandar di Selatan Lebanon yang digelar sebagai sebuah ibukota kepada Perjuangan Islam, datang daripada seluruh pelusuk Lebanon dan dunia untuk menyaksikan sendiri 'Pohon Para Syuhada', sebatang pohon yang dipotong pada tahun 2005 dan dipamerkan di dalam dewan utama bandar itu sebagai mengingati para pejuang yang telah syahid dalam peperangan dengan Israel)


Pada hari Rabu 1 Ogos 2007, pohon tersebut mengejutkan penduduk bandar tersebut apabila dedaunan hijau semulajadi tumbuh daripada dahan-dahannya. Dahan-dahan itu juga dikelilingi oleh titisan-titisan yang harum baunya yang keluar daripada sebuah garisan keretakan secara tiba-tiba wujud pada pohon tersebuh.
Pohon tersebut dipenuhi dengan kepingan-kepingan kayukecil yang terukir nama-nama para syuhada' di atasnya dan ia dicat dengan warna coklat gelap. sebagai simbolik kepada warna tanah dikawasan itu yang telah menyerap darah-darah para syuhada'. Selepas perang dengan Israel pada Julai 2006 yang lepas, sejumlah 43 lagi kepingan kayu tersebut ditambah pada pohon itu yang terukir di atasnya nama-nama para syuhada' yang syahid dalam peperangan yang terbaru ini.

Para imigran Lebanon telah menempah tiket-tiket penerbangan daripada Amerika, Kanada, dan Australia, sementara yang lain daripada kawasan-kawasan yang berlainan di Afrika dan rantau teluk, telah memenuhi badan ini untuk melihat sendiri monumen itu.Bint Jbeil telah telah digelar sebagai ibu kota perjuangan dan pembebasan, ibu kepada para syuhada dan sebuah kota para pelaksana revolisi,"komen daripada penduduk yang lain, " kini ia mempunyai nama baru : Ibukota yang dipeunhi keajaiban Allah. Semoga Allah melimpah rahmatnya ke atas bandar yang suci ini dan para syuhada'nya serta para pejuangnya dan semoga Allah merahmati sesiapa sahaja yang mempunyai sebuah hati yang murni dan yamg mahu mengambilnya pengajaran daripadanya.

ALLAHU AKBAR !!!!! ALLAHU AKBAR !!!!! ALLAHU AKBAR !!!!!

Selasa, 18 September 2007

Luahan Hati Mahasiswa Selangor Di Mesir

Sememangnya Kelab UMNO yang terlibat sengaja beraksi untuk menguasai gerakan mahasiswa di Mesir dengan melakukan persaingan berat sebelah. Ada program yang telah lama dirancang awal oleh BAS seperti aktiviti bahasa Arab kepada anak-anak Selangor, tetapi penyelarasan program tersebut ditukar sewenang-wenangnya oleh pegawai HEP menjadi program anjuran Kelab UMNO. Begitulah terdesaknya Kelab UMNO untuk mencipta pengaruh di kalangan mahasiswa baru Selangor. Hal ini turut sama dirasai oleh persatuan-persatuan mahasiswa dari negeri lain seperti di Terengganu. Pegawai HEP Terengganu, En. Mat Ropi Busu pernah menyebut ; ..Kalau En.Idris boleh berlaku jahat kepada anak-anak Selangor, saya boleh buat lebih jahat daripada itu.. Inilah kenyataan telah diungkapkannya kepada salah seorang mahasiswa al Azhar disini, mereka sendiri mengiktiraf perbuatan mereka sebagai perbuatan jahat.

Meninjau kegiatan setiap kerajaan negeri di Mesir, memang sejak dahulu lagi usaha-usaha untuk menghakis kesatuan anak-anak negeri melalui teknik bervariasi telah dilakukan. Bermula dengan pengislahan apartment-apartment yang menelan ratusan ribu ringgit, penarikan semula pengiktirafan badan organisasi yang sebelum ini mengetuai kebajikan pelajar, sikap double standard pegawai di setiap kerajaan negeri, seterusnya tohmahan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka sebagai anti kerajaan atau pro-pembangkang. Kelab UMNO yang wujud pula sebenarnya tiada kepentingan lain, selain menyuburkan kerja-kerja mendoktrin mahasiswa-mahasiswi baru dengan haluan kuasa daripada pegawai HEP.

Oleh azzati
Buletin Online

Nadi UMNO (Kelab UMNO) bukanlah gerakan tajdid yang ditubuhkan di tengah-tengah bumi Mesir ini, tetapi ia adalah sebuah kelab murahan yang ditubuhkan atas dasar memperkasa parti induk mereka iaitu UMNO.

Pada awalnya, Nadi UMNO ini lebih dikenali sebagai Kelab UMNO tetapi setelah berlaku kekeliruan pada kalimah ’kelab’ yang digunakannya kepada bangsa Arab di sini.

Maka, nama Kelab UMNO telah ditukar kepada Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM). Sekalipun tidak mendapat restu pengiktirafan daripada Republik Arab Mesir, mereka tanpa segan silu terus menjaja pertubuhan mereka di bumi perantauan ini. Menjadi tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi melatih diri untuk menghormati tetamu, tetapi jika tetamu tersebut cuba untuk menganggu hubungan kekeluargaan dan keakraban mereka, nescaya mereka akan bangkit tidak teragak-agak untuk menghambat dan menghalau tetamunya dengan kayu.


Lampiran 1 – Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara

Di sini terdapat beberapa butiran, rentetan daripada kewujudan Kelab UMNO yang akan membawa kepada kesan-kesan negatif kepada integriti mahasiswa al Azhar;

1) Perpaduan & ukhuwwah sesama pelajar Melayu yang telah sedia terjalin selama ini sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi akan tergugat. Kewujudan Kelab UMNO menyebabkan majoriti ahli cenderung untuk mempertahankan survival persatuan masing-masing. Ini kerana, Kelab UMNO begitu bernafsu untuk mengumpulkan seramai mungkin ahli dengan melakukan penjajahan material. Seterusnya menjatuhkan kumpulan atau individu lain yang tidak seragam dengan mereka.

2) Sikap suka menyebarkan berita-berita palsu untuk memburukkan persatuan induk di Mesir kepada pimpinan-pimpinan di Malaysia. Contohnya seperti SMS fitnah yang menyatakan bahawa terdapat persatuan induk mahasiswa di Mesir, telah melakukan satu solat hajat beramai-ramai mendoakan kematian Y.A.B Dato’ Seri Khir Toyo. Hal ini sebenarnya adalah berita fitnah yang sama sekali tidak pernah diarahkan oleh pimpinan-pimpinan persatuan induk ini.


Video – Lampiran

Ini satu tuduhan melulu yang dilakukan Y.A.B Sato’ Seri Khir Toyo dan ia jelas merupakan berita yang digembar-gemburkan kerana perasaan dendam yang menyala kepada persatuan induk pelajar di sini. Dalam keadaan masyarakat yang telah mengalami pencemaran akhlak dan moral yang begitu teruk, sepatutnya semua tuduhan perlu kepada pemastian yang rapi, bukannya menerimanya secara bulat-bulat.

3) Kelab UMNO turut melakukan kerjasama daripada sudut kewangan dan kuasa dengan beberapa pegawai HEP negeri demi memenuhi kepentingan peribadi. Ini menyebabkan majoriti pegawai HEP di Mesir lebih senang melaksanakan tugas tanpa sistem yang tertib dan telus. Pegawai lebih senang jika wang yang sepatutnya disalurkan kepada kebajikan pelajar, turut berhak diperuntukkan juga ke poket sendiri. Hampir di semua sektor berlaku penyelewengan seperti ini, bermula dari penguasaan wang sehinggalah kepada usaha-usaha memulaukan pelajar-pelajar yang semakin celik di atas perbuatan diktator pegawai HEP.

4) Kebanyakan program-program Kelab UMNO tidak membantu pelajar sama ada dari aspek kecemerlangan potensi pendidikan mahupun sahsiah diri. *****a di akhir-akhir ini, mereka agak lari daripada tabiat buruk tersebut. Bagaimanapun, kemunculan Kelab UMNO menyebabkan lahirnya intelek yang tidak jujur, tidak mempunyai prinsip akademik yang jelas, dan tidak mempunyai idealisme sendiri kerana setiap tindakan mereka lebih mengutamakan misi kepartian daripada amanah ilmu yang dicapai di sini.

Apabila berlakunya senario di atas ini, pembaca tidak perlu hairan tentang wujudnya golongan ustaz yang tidak merokok dan yang merokok, golongan ustaz yang mengambil cakna mengenai urusan kuliah dan juga golongan yang tidak mengambil tahu tentang kuliah-kuliah di al Azhar. Kenyataan ini bukan usaha untuk aib-mengaib, tetapi inilah hakikat yang tidak dapat diselindungkan lagi apabila kita bersama dengan masyarakat siswa di bumi Mesir. Kekalutan jati diri mahasiswa al Azhar yang semakin bercempera dalam arus globalisasi dunia hari ini. Menandakan semua di kalangan kita perlu bersikap tegas merencana, berfikir, meneliti dan menangani punca-punca sebenar masalah tersebut.

Jika diamati sedalam-dalamnya, kewujudan badan-badan kebajikan di setiap negeri sebenarnya sudah melengkapi matlamat dan hasrat kerajaan Malaysia. Malah usaha kebajikan yang dikendalikan oleh setiap persatuan anak-anak negeri lebih serius dari proses sampai ke Mesir hingga ke saat pulang dari aktiviti pengajian, urusan penyediaan rumah, urusan pengajian serta kebajikan material dan spritual ahli. Persatuan anak-anak negeri juga mewakili setiap kesepaduan mahasiswa di sini tanpa mewakili apa-apa parti pun yang mereka pegang. *****a mutakhir ini, proses kebajikan yang dilakukan oleh persatuan anak-anak negeri kerap menerima ugutan dan sekatan daripada para pegawai yang dilantik. Apatah lagi ada di antara persatuan anak-anak negeri yang tidak memiliki hak perlembagaan organisasi setelah sekian lama membantu gerakan kebajikan pelajar.

Bukti paling hampir untuk saya nyatakan di sini adalah apa yang berlaku kepada episod malang Badan Anak Selangor (BAS). Lebih malang lagi, rekod pegawai HEP (Hal Ehwal Pelajar) Selangor yang dilantik untuk memantau seluruh pergerakan anak-anak Selangor di Mesir sebenarnya amat buruk sekali. Masalah disiplin dan sikap sebenar pegawai HEP Selangor, Hj. Idris b Mastor bukan lagi satu rahsia bahawa dia cukup dikenali oleh kebanyakan rakyat Selangor. Baru-baru ini, sikap kepala batunya telah menekan usaha baik BAS untuk mewujudkan perlembagaan secara rasmi. Pegawai ini sememangnya enggan untuk mewujudkan perlembagaan BAS kerana khuatir ia akan menyusahkannya. Akhirnya mahasiswa Selangor terpaksa akur dan pasrah bahawa BAS tidak mempunyai prinsip kekal yang boleh digubal dan dilakarkan ke dalam undang-undang tubuh organisasi mereka.

Setiap pertubuhan, hatta persatuan di sekolah menengah sekalipun memiliki undang-undang tubuh sendiri sebagai garis panduan untuk mengawal disiplin ahli-ahli yang menganggotainya. Sayugia ingin saya jelaskan di sini bahawa amalan musyawarah dan toleransi tidak dibenarkan untuk hidup subur dalam suasana tertekan mahasiswa-mahasiswi Selangor, kerana pegawai yang hadir ingin memonopoli seluruh keputusan yang dibuatnya. Bagaimanakah kerajaan Selangor boleh sibuk mengutarakan slogan Selangor Maju 2005, tetapi masih terbukti gagal mengambil keputusan terbaik dalam hal-hal pengurusan seperti ini? Mahasiswa Selangor dipaksa untuk menjadi robot, menerima segala sistem yang tidak menepati prasarana negara maju. Pada kemuncaknya, mereka yang angkuh dengan keputusan tidak membenarkan perlembagaan diwujudkan terus membiarkan sahaja label-label kepartian seperti Kelab UMNO untuk menghantui akal mahasiswa Selangor.

Acapkali pegawai Selangor secara sinis membayangkan wujudnya gerakan parti pembangkang yang cuba menguasai pelajar di Mesir, tetapi seolah-olah terlupa bahawa Kelab UMNO sedang berada di celah ketiaknya. Buktinya, pegawai Selangor ini telah menempatkan beberapa individu berkepentingan di dalam Kelab UMNO ke dalam rumahnya. Setiap langkah dan pemergian pegawai dituruti dengan iringan penuh dedikasi oleh anak didiknya daripada Kelab UMNO. Pada masa yang sama, pegawai tidak ragu-ragu untuk menengking dan menggertak mantan YDP BAS, Ustaz Norhan b Hamsi secara sesuka hati apabila tindakannya tidak dipersetujui. Hal tersebut berlaku sehingga menimbulkan peristiwa penyerahan surat letak jawatan YDP BAS kepada pegawai Selangor.

Tindakan dan sikap pegawai HEP yang tidak mempunyai masalah untuk berkrompomi dengan Kelab UMNO, secara tidak langsung menjadi punca kepada medan perpecahan mahasiswa Selangor. Ia sekaligus meledakkan konflik sosial secara terbuka bila mana sikap pegawai HEP membahagikan situasi menangani mahasiswa Selangor dengan adanya golongan anak emas dan golongan anak tiri di sini. Syukur kepada Allah kerana kita telah dapat menyambut kemerdekaan negara yang ke-50 bulan lalu. Begitu hebat perayaan yang kita sambut, juga pelbagai falsafah di sebalik sambutan kemerdekaan diungkapkan masih terasa kehangatannya. Namun, nilai kemerdekaan ini tidak sepatutnya mahasiswa-mahasiswi menjadi mangsa amalan feudalisme atau kasta pegawai HEP Selangor.

Sememangnya Kelab UMNO yang terlibat sengaja beraksi untuk menguasai gerakan mahasiswa di Mesir dengan melakukan persaingan berat sebelah. Ada program yang telah lama dirancang awal oleh BAS seperti aktiviti bahasa Arab kepada anak-anak Selangor, tetapi penyelarasan program tersebut ditukar sewenang-wenangnya oleh pegawai HEP menjadi program anjuran Kelab UMNO. Begitulah terdesaknya Kelab UMNO untuk mencipta pengaruh di kalangan mahasiswa baru Selangor. Hal ini turut sama dirasai oleh persatuan-persatuan mahasiswa dari negeri lain seperti di Terengganu. Pegawai HEP Terengganu, En. Mat Ropi Busu pernah menyebut ; ..Kalau En.Idris boleh berlaku jahat kepada anak-anak Selangor, saya boleh buat lebih jahat daripada itu.. Inilah kenyataan telah diungkapkannya kepada salah seorang mahasiswa al Azhar disini, mereka sendiri mengiktiraf perbuatan mereka sebagai perbuatan jahat.

Meninjau kegiatan setiap kerajaan negeri di Mesir, memang sejak dahulu lagi usaha-usaha untuk menghakis kesatuan anak-anak negeri melalui teknik bervariasi telah dilakukan. Bermula dengan pengislahan apartment-apartment yang menelan ratusan ribu ringgit, penarikan semula pengiktirafan badan organisasi yang sebelum ini mengetuai kebajikan pelajar, sikap double standard pegawai di setiap kerajaan negeri, seterusnya tohmahan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka sebagai anti kerajaan atau pro-pembangkang. Kelab UMNO yang wujud pula sebenarnya tiada kepentingan lain, selain menyuburkan kerja-kerja mendoktrin mahasiswa-mahasiswi baru dengan haluan kuasa daripada pegawai HEP.


Lampiran 2 - Matlamat Kelab UMNO?


Lampiran 3 – Ikrar Kelab UMNO Luar Negara

Meskipun terdapat daripada matlamat penubuhan mereka yang cuba dijelaskan di dalam sebahagian kertas kerja dan buku direktori tersebut terdapat salah satu subset yang terkandung dalam gerak kerja kesatuan yang dikehendaki oleh Islam, tetapi ianya seolah-olah tiada keselarasan malah kita yang melihat hanya tertipu dengan analogi syiar-syiar Islam mereka. Adakah selama beberapa tahun, sebahagian mahasiswa yang mencacatkan diri di dalam pertubuhan seperti Kelab UMNO ini telah dapat mengubah dasar UMNO kepada nilai dan dasar Islam yang sebenar? Apakah reaksi Kelab UMNO apabila hiburan semahu-mahunya dihidangkan kepada masyarakat Malaysia? Apakah tindakan Kelab UMNO apabila tokoh pemimpinnya menyentuh bahu gebu Dato’ Michelle Yeoh? Bagaimana sikap Kelab UMNO apabila elemen-elemen MTV, Amerikanisasi, gila populariti mencemar budaya pribumi dibawa masuk ke Malaysia? Apakah pula perubahan yang telah dilakukan oleh Kelab UMNO apabila rasuah menjadi bahan pelaburan pemimpin politik UMNO?

Kewujudan Kelab UMNO tiada langsung memiliki disiplin yang tegar untuk mendaulatkan nilai murni dan cita-cita Islam. Jika pelapis agamawan seperti ini yang dikehendaki oleh UMNO, kita risau penegakan syiar Islam di Malaysia hanya akan menjadi utopian. Maka, kerana itulah saya berpendapat bahawa terdapat kekeliruan telah dilontarkan kepada para pencinta Islam yang membawa syiar Islam Hadhari ini. Dalam kaitan ini, pegawai Selangor yang bekerjasama dengan Kelab UMNO turut menyekat kewangan aktiviti berunsurkan dakwah seperti program Ihya’ Ramadhan anjuran anak-anak Selangor. Di akhir peristiwa, anak-anak Selangor terpaksa memberikan sumbangan duit poket peribadi agar aktiviti Ihya’ Ramadhan dapat dijalankan dengan sebaiknya.

Kaedah penindasan yang dilakukan terhadap BAS ini, persis (resemblance is undeniable) nasib yang sama ditimpakan kepada penduduk Palestine. Tahun lepas Presiden Amerika, Bush telah mengeluarkan arahan agar mana-mana aset pertubuhan kemanusiaan yang mengutip dana bagi membantu rakyat Palestine dibekukan. Ketika itu banyak pertubuhan yang gulung tikar menjadi lesu akibat arahan tersebut. Mujurlah Universiti al Azhar ini merupakan harta wakaf milik rakyat Mesir, jika ia milik Kelab UMNO sudah tentu berlaku bermacam-macam angkara yang menyakitkan hati para mahasiswa tempatan dan antarabangsa.


Lampiran 5 – Fasal 6 punca pendapatan


Lampiran 6 – Kertas kerja minta peruntukan RM 27500.00

Apakah wajar ribuan demi ribuan dihabiskan untuk keuntungan organisasi seperti Kelab UMNO? Jumlah peruntukan RM 27,500.00 daripada MB Selangor ketika sesi lawatannya ke Mesir pada awal September lalu merupakan satu pembaziran yang sangat dahsyat. Dengan wang sumbangan tersebut, Kelab UMNO boleh membeli dan memaksa seluruh anak Selangor mendaftarkan diri ke program Kelab UMNO. Sebaliknya jika berlaku penafian terhadap arahan tersebut, penerimaan wang zakat anak-anak Selangor akan ditarik balik. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula turut memberikan dana kewangan kepada Kelab UMNO untuk menjalankan aktiviti kebajikan mahasiswa-mahasiswi baru yang hadir ke Mesir. Pengagihan dana tersebut merupakan bukti ketidakadilan telah dilakukan kepada persatuan berautoriti, BAS untuk menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir. Budaya pandang bulu dan amalan diskriminasi inilah yang akhirnya akan menghancurkan kesatuan mahasiswa al Azhar di sini.

Tuntasnya, menjaga kebajikan pelajar bukanlah matlamat kewujudan Kelab UMNO yang sebenar. Kewujudan mereka langsung tidak memberikan manfaat kepada pelajar, kecuali telunjuk lurus kelingking UMNO yang memaksa mereka untuk terus wujud meneruskan agenda kepartian di Mesir ini. Di mana logiknya penubuhan Kelab UMNO ini untuk memastikan kedaulatan syiar Islam tidak dapat dilihat. Di mana juga pengamalan feqh dakwah mereka juga tidak dapat diketahui. Apa yang pasti, kewujudan, asakan, penjajahan dan juga hasutan mereka telah berjaya melemahkan kualiti unggul masyarakat al Azhar. Saya yakin, angan-angan Dato’ Seri Ahmad Badawi untuk mencari pelapis Imam as Syafie dan Imam al Ghazali di dalam ungkapan sajaknya dahulu tidak akan kesampaian.

Rakyat Malaysia
Tolong selamatkan kami
dari belenggu Kelab UMNO dan pegawai HEP

Wassalam"

Ahad, 16 September 2007

Apa Yang Berkaitan Dengan Ramadhan


Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhan)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi juadah berbuka mendapat banyak pahala
9) Bulan keampunan
* doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
* juga doa pada sepertiga malam.
10) 10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - dibebaskan dari api neraka.


Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10) Sahur diwaktu akhir
11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12) Mandi Janabat sebelum Imsak
13) Kurangkan tidur
14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15) Tunaikan Solat Dhuha
16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17) Tunaikan solat Rawatib
18) Jaga pacaindera
19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20) hadiri majlis ilmu
21) Buat baik pd ibubapa
22) Isteri hendaklah taat pd suami
23) Banyakkan bersedekah
24) Berbuka dgn 3 biji kurma
25) Berbuka bersama org tua
26) Jemput tetamu berbuka
27) Kurangkan berat badan
28) Banyakkan i'tikaf di masjid
29) Baiki hubungan suami isteri
30) Baiki hubungan jiran
31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32) Elakkan berbelanja berlebihan
33) Kuatkan kesabaran
34) Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42) Melazimkan solat waktu
43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44) Elakkan banyak berhutang
45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46) Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
* Baca ayat akhir surah Al Baqarah
* Baca ayat Kursi
* Baca surah Yaasin
* Baca surah Al Zalazah
* Baca surah Al Qafirun
* Baca surah Al Ikhlas

3) Bagi orang yamg kuat dan cergas
* Bangunkan isteri dan anak
* Mandi
* Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran

NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
* Tarikh turunnya Al Quran
* Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amalan yg baik

Wallahua'lam.
SELAMAT BERPUASA

Jumaat, 14 September 2007

TARAWIH : 8 RAKAAT ATAU 20 RAKAAT

isu berkenaan dengan bilangan rakaat bagi solat tarawih adalah perkara khilafiyyah yang sering diperdebatkan dikalangan “ustaz-ustaz kampong” dikala kedatangan Ramadhan yang mulia.

Perbincangan berkenaan dengan perkara khilafiyyah ini sudah lama berlaku, tetapi di panaskan perdebatannya dikalangan umat. memelikkan perdebatan sebegini dibesar-besarkan, sedangkan dalam masa yang sama, ramai manusia yang tidak menunaikan solat, yang selalunya menimpa kepada budak-budak muda, bahkan ianya menimpa juga kepada “budak-budak tua”.



Walaubagaimanapun, aku tetap mengambil jalan tengah dalam menyatakan bahawa, bilangan rakaat dalam solat tarawih adalah perkara khilafiyyah dikalangan ulama.

Di sini, aku akan mengemukakan kedua-dua pendapat disertai hujjah dipihak masing-masing. Tujuannya adalah agar semua umat Islam dapat merasakan bahawa perkara khilafiyyah ini bukan bermakna pihak yang tidak berserasi dengan mereka itu tidak mempunyai dalil dan hujjah, bahkan kadangkala hujjah golongan yang menyanggahi mereka itu lebih bertepatan dengan kehendak hujjah dan dalil.

Walaubagaimanapun, aku tidak akan mentarjih salah satu dari kedua-dua pendapat ini disebabkan aku bukan manusia yang berkeahlian dalam mentarjih pendapat ulama-ulama yang hebat ini.

GOLONGAN 20 RAKAAT

Bagi golongan ini, mereka berpendapat bahawa, menunaikan solat tarawih dengan 20 rakaat adalah sunat muakkad. Mereka mendakwa, amalan ini dipelopori oleh Rasulullah SAW sendiri.

Dalil mereka adalah seperti berikut;

Hadis Yazid bin Ruman;

كان الناس يقومون في زمن عمر في رمضان بثلاث وعشرين ركعة
Maksudnya;“Manusia sentiasa mendirikan (solat tarawih) dalam bulan ramadhan
di zaman Omar sebanyak 23 rakaat[1]”


Hadis Ibni Abbas;

أن النبي صلّى الله عليه وسلم كان يصلي في شهر رمضان عشرين ركعة
Maksudnya;“Sesungguhnya Nabi SAW sentiasa menunaikan solat dalam bulan
Ramadhan sebanyak 20 rakaat[2]”


Begitujuga dilihat kepada perbuatan Omar yang telah menghimpunkan manusia supaya menunaikan solat tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Ubai bin Kaab sebanyak 20 rakaat[3].

Dari hadis-hadis yang dinyatakan di atas, didapati bahawa, Baginda SAW beserta sahabat-sahabat menunaikan solat tarawih dengan bilangan 20 rakaat. Walaubagaimanapun, ulama fiqh ada menyatakan kadar bilangan solat tarawih seperti berikut;

a. kebanyakkan ulama menyatakan, berdasarkan kepada amalan Muhajirin dan Ansar, solat tarawih ditunaikan dengan bilangan 20 rakaat.
b. Di zaman Khalifah Omar Bin Abdul Aziz, solat tarawih di tunaikan dengan bilangan 36 rakaat tanpa disertai solat witir. Pendapat ini diamalkan oleh ahli Madinah qadim[4].

GOLONGAN 8 RAKAAT

Golongan ini mendakwa bahawa, Rasulullah SAW tidak pernah melebihi bilangan rakaat solat tarawih dari 11 rakaat.

Sandaran mereka dalah hadis seperti berikut;

عن أبي سلمة بن عبد الرحمن أنه سأل عائشة رضي الله عنها كيف كانت صلاة رسول الله صلى الله عليه وسلم في رمضان فقالت : ما كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يزيد في رمضان ولا في غيره على إحدى عشرة ركعة

Maksudnya;
“daripada Abi Salamah bin Abd Ar-Rahman, sesungguhnya dia bertanya Aisyah RHa; bagaimanakah solat Rasulullah SAW dalam bulan Ramadhan? Menjawab Aisyah RHa; Rasulullah SAW tidak pernah melebihkan dari 11 rakaat dalam bulan Ramadhan dan yang lain darinya[5]”

Hadis yang diriwayatkan oleh Imam muslim dan Ibnu Abi Syaibah:
كانت صلاته في شهر رمضان وغيره ثلاث عشر ركعة بالليل منها ركعتا الفجر
Maksudnya;“Solat (nabi SAW) didalam bulan Ramadhan dan lainnya pada waktu malam adalah 13 rakaat. 2 rakaat daripadanya (yakni daripada 13 rakaat) tersebut adalah solat fajar[6]”


Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dan lainnya;

عن جابر بن عبد الله رضي الله عنه قال : صلى بنا رسول الله صلى الله عليه وسلم في شهر رمضان ثمان ركعات وأوتر فلما كانت القابلة اجتمعنا في المسجد ورجونا أن يخرج فلم نزل فيه حتى أصبحنا ثم دخلنا فقلنا يا رسول الله اجتمعنا البارحة في المسجد ورجونا أن تصلي بنا فقال : إني خشيت أن يكتب عليكم

Maksudnya;
“daripada Jabir bin Abdillah RA berkata; Rasulullah SAW solat bersama kami dalam bulan Ramadhan sebanyak 8 rakaat dan juga melakukan witir. Ketika kedatangan hari selanjutnya, kami berhimpun dalam masjid dan kami berharap agar Baginda SAW keluar (untuk menunaikan solat tarawih). Didapati Nabi SAW tidak keluar hinggalah kami berpagi-pagi berjumpa dengan Nabi SAW lalu kami berkata; Ya Rasulullah SAW, kami berhimpun semalam didalam masjid, dan kami berharap agar kamu solat solat bersama kami. Lalu bersabda Nabi SAW; sesungguhnya aku bimbang (solat tarawihh itu) diwajibkan keatas kamu[7]”

Dari beberapa hadis yang dinukilkan, didapati bahawa, perbuatan Rasulullah SAW menunaikan solat ramadhan adalah tidak melebihi dari 11 rakaat. Ianya memberi maksud, 8 rakaat untuk solat tarawih dan 3 rakaat berbaki adalah solat witir.

PENUTUP

Diperhatikan kepada kedua-dua golongan ini didapati bahawa kesemua mereka mempunyai hujjah masing-masing.

Maka dengan demikian, tidak perlu diperdebat panjang dalam isu ini. Barangsiapa yang ingin melakukan 8 rakaat, maka silakan. Dan begitujuga, dipersilakan bagi mereka yang ingin melakukan solat tarawih dengan 20 rakaat.

Apa yang lebih penting untuk diperdebatkan adalah, bagaimana hendak mengajak dan berusaha untuk mengajak mereka yang tidak menunaikan solat tarawih disamping meninggalkan solat fardhu yang diwajibkan oleh Allah SWT agar mereka menunaikan tuntutan Ilahi ini.

Sekian
Wallahu ‘Alam

Al-Bakistani
http://laptopdarulfiqh.blogspot.com/
email : abu_abdillah_azzam@yahoo.com


[1] Muwatta’ Imam Malik : 1/342 : hadis no : 233.
[2] Musannif Ibni Ibni Syaibah : 2/285 : hadis no : 227 (1).
[3] Musannif Ibni Abi Syaibah : 2/285 : hadis no : 227 (5) hadis ini dinyatakan oleh Syaikh Albani sebagai hadis doif Jiddan yang tidak boleh dijadikan hujjah (lihat kitab “Solat At-tarawih” : 1/22). Menyatakan hadis ini sebagai doif jiddan juga adalah Imam As-Sayuti didalam kitabnya “Al-Hawi li Al-Fatawa dengan alasan, dalam hadis ini terdapat Abu Syaibah Ibrahim bin Osman yang dilihat oleh Al-Hafiz sebagai “متروك الحديث” lihat Al-Hawi lil Al-Fatawa : 2/73”.
[4] Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh : 2/251.
[5] Muwatta’ Imam Malik : 1/355 : hadis no : 243.
[6] Sunan Al-Kubra lil Baihaqi : 3/7
[7] Al-Mu’jam As-Saghir Li At-Tabarani : 2/127 : hadis no : 526.

Sabtu, 8 September 2007

22 Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Rahsia pemakanan genius-genius Islam

Formula pemakanan genius-genius Islam silam yang menjadi rahsia keajaiban daya intelek mereka. Formula ini terpendam di dalam kitab-kitab tradisional dalam bahasa Arab. Tersembunyi dari pengetahuan orang Arab dan umat Islam sendiri. Namun akhir-akhir ini ada usaha-usaha untuk mengetengahkan kembali kepada umum. Sekarang semacam ada kecenderungan di kalangan ilmuan Islam dan bukan Islam untuk mengkaji dan menguji keabsahan formula ini.


Ini didorong oleh penemuan - penemuan saintifik yang membuktikan kebenarannya, khususnya terhadap susu, madu dan telur. Berikut adalah formula pemakanan genius - genius Islam yang telah terbukti berupaya meningkatkan kepintaran dan kekuatan daya ingatan


MADU
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat. Al-Quran mengiktirafkannya sebagai "shifa'" iaitu penyembuh penyakit. Manisan madu digelar "Raja Ubat", dapat menyembuh kebanyakkan penyakit. Ia adalah makanan untuk kesihatan keseluruhannya. Ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental individu. Madu juga mengandungi pelbagai zat galian yang penting seperti kalsium, sulfur, fosforus, zat besi, karbon, magnesium, potassium (kalium), kuprum, silika, klorin, mangganese dan belerang untuk memupuk tenaga dan kesihatan fizikal-mental. Rasullullah s.a.w bersabda, "Siapa ingin hafal, hendaklah ia minum manisan madu". Madu didapati berkesan untuk merawati penyakit - penyakit mental di mana ia boleh menghindarkan kepenatan kerja otak seperti berfikir, membaca, merancang dan bermesyuarat.

CARA MINUM : 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam.
PANTANG : Jangan makan tembikai semasa menggunakan madu. Sangat merbahaya

KISMIS
Mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, lembab dan mengalami kelemahan dalam berfikir.

CARA MAKAN :
i)Menghadap Kiblat
ii)Baca "Bismillah" dan selawat ke atas nabi (3 kali)
iii)Baca doa penerang hati
iv)Makan secara kemam seperti makan gula-gula. Tidak berkesan jika dikunyah seperti makan kacang.
v)Makan sebiji-biji sebanyak 21 biji setiap hari.

3) SUSU SEGAR
Susu berguna untk kesihatan otak, mempertajamkan ingatan, membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Susu adalah makanan yang paling lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi enam kelas makanan yang amat diperlukan oleh tubuh iaitu karbohidrat, lemak, protein, semua jenis vitamin, mineral dan air. Ia berkhasiat untuk merawati kesihatan umum dan merupakan penawar kelupaan yang berkesan. Rasullullah s.a.w menerangkan susu boleh menguatkan belakang, menambahi akal, memperbaiki penglihatan dan menghindari penyakit lupa. Susu yang terbaik untuk ketajaman minda ialah susu kambing, biri - biri dan lembu yang segar. Susu hidup lebih berkhasiat dari susu debu.

CARA MINUM :
i)Sekurang-kurangnya segelas pada sebelah pagi dan malam
ii)Baca "Bismillah" dan doa minum susu seperti yang dibaca oleh Rasullullah s.a.w

4) TELUR
Bermanfaat untuk menambah kekuatan otak, badan dan menjaga kesihatan keseluruhannya. Ahli - ahli kesihatan mengakui ia merupakan makanan yang lengkap dan berkhasiat. Ia mengandungi protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Sabda Nabi s.a.w, "Sesungguhnya seorang nabi a.s mengadu kepada Allah (kerana dia)lemah badan. Maka Allah s.w.t memerintahkannya supaya memakan telur". Telur terutama telur kuning, berupaya mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda sekaligus. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung dan yang masih baru.

5) HALIA
Ianya sangat mujarab untuk gejala kelupaan. Ia boleh dimakan mentah atau dibuat halua. Halua ialah halia yang dijadikan manis - manisan dengan merebus dan mencampurkannya dengan gula.

CARA MAKAN : Dimakan sedikit sahaja pada waktu pagi.

6) LIMAU OREN : Berkhasiat untuk mengemaskan urat-urat jantung dan menambah kekuatan fikiran menurut hadis Nabi s.a.w. Limau - limau jenis lain juga elok untuk diamalkan.

7) BUAH DELIMA
Untuk penerang hati. Sabda Nabi s.a.w, "Barangsiapa yang memakan buah delima keseluruhannya, sesungguhnya Allah menerangkan hatinya selama 40 hari."

8) DAGING BURUNG MERPATI
Ianya banyak digunakan oleh bijak pandai Islam dan Melayu dahulukala. Ia mengandungi protein, lemak, kalsium, fosforus dan kalori. Sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutama kanak - kanak. Kaedah ini sangat popular dan berkesan. Kanak - kanak yang diberi telur burung merpati didapati dapat bercakap lebih awal dari kebiasaannya.

9) OTAK AYAM
Boleh dibuat sup dan dicampur dengan halia. Otak ayam yang segar juga boleh dibuat penawar sementara bagi gigitan ular. Perlu diamalkan memakannya.

10) DAGING AYAM
Berbanding dengan semua jenis daging, ayam dianggap mengandungi kadar zat pemakanan yang paling tinggi. Daging ayam betina dara terutamanya berkhasiat meningkatkan prestasi otak dan membaiki darah. Abu Musa r.a meriawayatkan bahawa Nabi s.a.w memakan daging ayam betina.

11) DAGING BIRI-BIRI
Menambah darah, sesuai untuk orang aktif dan bekerja berat serta dapat meningkatkan kekuatan hafazan.

12) HATI
Terutamanya hati ayam dan lembu. Mengandungi pelbagai jenis vitamin dan bermanfaat untuk kesihatan mental dan fizikal.

13) KEKACANG
Beberapa jenis kacang seperti gajus, berangan, kacang soya, pistachio dan lain-lain. Kacang pistachio dipercayai sangat efektif untuk meningkatkan kecerdasan terutamanya kanak-kanak. Memakan kacang pistachio merupakan amalan pemakanan seorang pelajar genius berbangsa Melayu yang tinggal di Melaka. Kekacang mengandungi nilai protein yang tinggi.

14) BUAH BADAM
Untuk meningkatkan kecerdasan.

15) ZA'FARAN : Sejenis bahan berambu merah. Dimakan sedikit sahaja. Dijual di kedai-kedai runcit India dan sesetengah kedai runcit Melayu.

16) KEMENYAN PUTIH : kemenyan serani/luban/kundar)
Ditumbuk halus-halus dan dimakan dengan gula.

17) BUNGA KOBIS
Terdapat sejenis asid amino untuk tenaga mental.

18) BUNGA CENGKEH
Ditumbuk sehingga halus lalu diamakn sedikit sahaja.

19) LABU
Berfaedah menambahkan keupayaan fikiran dan akal. Sabda Nabi s.a.w., "Makanlah labu kerana ia mencerdaskan akal". Baginda juga berkata, "Jika kamu membuat sup (atau kuah), dianjurkan memasukkan labu ke dalamnya kerana ia menambahkan kemampuan fikiran dan akal.

20) BUAH KEDEKAI (MAJALAWI)
Menguatkan hafalan dan menguatkan kekuatan badan.

21) MINYAK SAPI
Dimakan terus atau dicampurkan dengan masakan dalam kuantiti yang kecil.

22) SAYUR-SAYURAN DAN BAUH-BUAHAN SEGAR
Juga membantu meningkatkan akal dan memori