Sabtu, 15 Disember 2007

IBADAT KORBAN



Definisi
Apa yang disembelih daripada unta, lembu, kambing atau kibas semata-mata menghampirkan diri kepada Allah pada hari raya. Asal disyarakkan ibadat korban ini melalui firman Allah dalam ayat 2 surah al-Kauthar yang bermaksud : Maka dirikanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan berkorbanlah. Maksud "nahr" dalam ayat ini mengikut pandangan yang paling ramai dan sohih adalah membawa maksud korban binatang-binatang korban.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim yang bermaksud bahawa nabi S.A.W telah mengorbankan dua kibas yang mempunyai tanduk yang besar. Baginda menyembelih keduanya dengan tangan baginda sendiri. Baginda menyebut nama(Allah) dan bertakbir. Baginda meletakkan kedua luntut baginda di atas bahagian (berhampiran) tengkok keduanya.

Hikmat daripada pensyariatan ibadat korban

1.Ibadat korban sama sebagaimana ibadat yang lain adalah untuk menghampirkan diri kepada Allah.
2. Menghidup dan mengingatkan semula pengorbanan yang dilakukan oleh nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.
3. Menghidupkan suasana bantu-membantu antara yang kaya dan miskin dengan ketibaan hari raya dengan sedikit bantuan daripada daginmg-daging korban yang disedekah.
4. Mengeratkan lagi ukhwah Islamiah yang terbina dan menyiramkan ruh bermasyarakat.

Hukum ibadat korban

Hukumnya adalah sunat muakkad(digalakkan) tetapi ia akan menjadi wajib dengan 2 sebab iaitu :

Pertama : Dia mengisyaratkan kepada binatang yang berada di bawah peliharaannya yang baik untuk dikorbankan maka dia berkata : "Ini adalah binatang korbanku" atau "Aku akan berkorban dengan kambing ini" sebagai misalnya. Jika dia berkata sebagaimana tersebut maka dia diwajibkan berkorban.

Kedua : Dia mewajibkan dirinya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan korbannya seperti katanya : "Untuk Allah atasku untuk berkorban". Maka dengan ini maka dia diwajibkan berkorban yang mana ia menjadi hukum sebagaimana orang bernazar.

Mereka yang disuruh untuk melakukan ibadat korban

Disunatkan melakukan ibadat korban ini kepada mereka yang mempunyai syarat-syarat berikut :
1. Islam dan tidak diminta kepada orang kafir
2. Telah baligh dan berakal yang mana tidak dituntut kepada yang belum baligh atau pun gila
3. Mempunyai kemampuan yang mana mempunyai kewangan yang berlebihan daripada nafkah untuk dirinya sendiri dan mereka yang berada di bawah tanggungannya samada makanan, tempat tinggal dan pakaian sepanjang hari raya dan hari-hari tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Binatang yang disyarakkan untuk dijadikan korban

Tidak sah untuk dijadikan binatang korban selain daripada unta, lembu(termasuk kerbau), kambing(termasuk biri-biri dan kibas dan seumpamanya). Ini adalah berdasarkan kepada maksud firman Allah dalam ayat 34 surah al-Haj : Dan bagi setiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternakan yang telah direzekikan oleh Allah kepada mereka. Maka Tuhanmu ialah Tuhan yang Maha Esa kerana itu berserahlah dirimu kepadaNya. Dan berilah khabar gembira kepada mereka yang tunduk dan patuh(kepada Allah). Binatang ternakan(al-An'am) tidak terkeluar daripada maksud jenis binatang yang tiga tadi. Ini kerana tidak pernah diriwayatkan samada daripada nabi S.A.w sendiri atau pun sahabat tentang binatang korban yang selain daripada tiga jenis tadi.
Mengenai binatang yang paling utama dari segi kelebihannya ada ulama' yang mengatakan unta kemudian lembu dan seterusnya kambing dan ada pula yang berpendapat kambing yang lebih afdhal.
Dibolehkan melakukan ibadat korban dengan berkongsi tujuh bahagian daripada seekor unta atau pun lembu tetapi bagi kambing hanya untuk seorang sahaja.Ini adalah mengikut kepada perbuatan Rasulullah S.A.W dalam hadis yang diriwayatkan oleh imam Muslim daripada Jabir telah berkata : Kami telah melakukan ibadat korban bersama Rasulullah S.A.W pada tahun Hudaibiah seekor unta daripada tujuh bahagian dan lembu daripada tujuh bahagian.
Kita juga diharuskan berkongsi satu daripada tujuh bahagian samada daripada seekor unta atau lembu walau pun dengan niat yang berbeza seperti ada yang berniat korban, ada yang berniat aqiqah, ada untuk dijual dan ada untuk nazar dan sebagainya. Cuma hukum untuk daging tersebut mengikut apa yang diniatkan oleh seseorang.

Syarat binatang korban

Pertama : Umur
-Bagi unta mesti genap enam tahun dan setengah berpendapat sudah cukup hanyan lima tahun.Manakala lembu atau kerbau apabila berumur tiga tahun dan setengah berpendapat cukup dua tahun. Sementara kambing dan seumpamanya telah genap dua tahun atau pun bersalin gigi iaitu gugur gigi depannya walaupun belum cukup dua tahun iaitu biasanya enam bulan.
Dalilnya sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh oleh imam Ahmad daripada Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sebaik-baik binatang korban itu ialah kambing yang telah bersalin(gigi).

Kedua : Selamat daripada sebarang penyakit
- Iaitu mesti selamat daripada sebarang aib yang boleh menyebabkan kurangnya daging. Tidak sah korban kambing yang gila, tempang yang jelas, mempunyai kecacatan atau penyakit dan terpotong sebahagian daripada badannya.
Imam Tarmizi dan Abu Daud telah meriwayatkan daripada al-Barra' bin 'Azib daripada nabi S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Empat perkara yang tidak dikira pada binatang korban : keaiban yang jelas keaibannya, sakit yang jelas penyakitnya, tempang yang jelas ketempangannya dan sakit gila.
Diqiaskan daripada empat kecacatan atau keaiban tadi maka dikira apa yang seumpamanya merupakan perkara yang boleh menyebabkan korban tidak dikira.

Waktu korban

Bermula daripada selepas terbitnya matahari hari raya eidil Adha dengan kadar cukup untuk menunaikan dua rakaat hari raya dan dua khutbah hari raya. Waktu ini berterusan sehinggalah terbenam matahari hari tasyriq iaitu hari 11,12 dan 13 Zulhijjah.
Waktu yang paling afdhal (lebih baik) untuk melakukan penyembelihan binatang korban adalah sebaik selesai menunaikan solat sunat hari raya eidil Adha sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim: Permulaan apa yang kami mulakan dengannya hari ini adalah solat, kemudian kami pulang maka kami sembelih korban. Maka sesiapa yang melakukan demikian maka dia telah menurut sunnah kami. Dan sesiapa yang sembelih sebelum itu maka sesungguhnya ia merupakan daging yang diberikan kepada ahlinya bukannya daripada ibadat pada sesuatu....Makna khabar ini ialah sesiapa yang sembelih binatang korban sebelum masuk waktu solat hari raya eidil Adha dan berlalunya masa yang memungkinkan dia melakukan solat padanya maka sembelihannya tidak dikira ibadat korban tetapi menjadi sembelihan biasa sahaja.
Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Habban daripada Jubir bin Mut'im telah berkata : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Dan setiap hari-hari tasyriq merupakan hari sembelih...
Apa yang perlu dilakukan dengan daging korban
Pertama : Sekiranya korban itu wajib seperti nazar maka daging korban itu tidak boleh dimakan oleh oarng yang melakukan korban itu dan juga semua ahli keluarga yang berada di bawah tanggungannya. Sekiranya ada dikalangan mereka tersebut makan daripada daging korban itu maka dia wajib menggantikannya samada dengan daging lain atau pun harga daging dengan kadar yang telah dimakan.
Kedua : Sekiranya korban sunat maka dia boleh memakan daging korbannya lebihan daripada apa yang telah disedekah.Yang lebih afdhal dia makan sedikit daripada daging korban itu sebagai mengambil berkat dan disedekahkan yang selebihnya. Untuk makan satu pertiga, satu pertiga untuk disedekah kepada orang miskin dan satu pertiga selebihnya untuk dihadiahkan kepada sahabat handai dan jiran-jirannya walaupun mereka kaya.Tetapi pemberian kepada mereka yang kaya untuk dimakan bukannya untuk jualan berlainan dengan pemberian kepada orang miskin adalah sebagai pemilikan samada untuk dia makan atau dibuat apa sahaja yang boleh memberi manfaat kepada mereka.
Asal daripada hukum tersebut menurut kepada maksud ayat 36 surah al-Haj : Dan telah Kami jadikan untuk kamu unta-unta itu sebahagian dari syiar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak padanya, maka sebutlah olehmu nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri , Kemudian apabila telah roboh (mati) maka makanlah sebahagiannya dan berikanlah makan oarng yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta-minta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur.
Bagi mereka yanmg melakukan korban juga diminta memberi sedekah kulit binatang korbannya atau pun dia sendiri yang menggunanya. Dia dilarang menjualnya atau pun memberinya kepada penyembelih sebagai upah bukannya sedekah. Ini adalah kerana perkara itu boleh menyebabkan berlakunya kekurangan daripada binatang korban dengan merosakkannya pada perkara yang dilarang. Apa yang diriwayatkan oleh imam al-Baihaqi daripada nabi S.AW telah bersabda yang bermaksud : Sesiapa yang menjual kulit sembelihan maka tidak dikira korban baginya.

Biografi
1. Al-Quranul karim
2. Feqhul Minhaji karangan Doktor Mustafa Khan dan sahabat, Darul Qalam

Sabtu, 8 Disember 2007

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam

Musim cuti di Malaysia sekarang ni mesti sibuk dengan kenduri walimatul urus atau lebih dikenali dengan kenduri kawin.. sempena pula seorang adik sedang bertanyakan kenapa persandingan dilarang di dalam islam.. saya tersentuh untuk melampirkan kenapa ia diharamkan dan bagaimana persandingan ini harus dilakukan.. diharap bagi mereka yang akan berkahwin tidak lama lagi akan mendapatkan pengajaran yang sebaiknya..

Hukum Bersanding Mengikut Perspektif Islam


1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu.
Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua
: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras kunyit pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.

Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras Kunyit: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat, maka ia adalah syirik--bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beri'tikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing."

Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian: Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)

Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:


1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.

Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".

Selasa, 4 Disember 2007

Doa Sakit Gigi

DOA INI DIBACA DENGAN CARA..
-LETAKAN JARI TELUNJUK TEMPAT SAKIT
-KETIKA HABIS BACA DOA INI, TARIK JARI DARI TEMPAT GIGI YANG SAKIT...
-DIULANGI SEDEMIKIAN SEBANYAK 3 KALI
-BACA DOA NI DENGAN PENUH PENGHARAPAN AGAR DISEMBUHKAN SAKIT GIGI...
-PERBANYAKKAN ISTIGHFAR

بسم الله الرحمن الرحيم . آلمص . كهيعص . حمعسق . لا إله إلا هو ربُّ العرشِ العظيمِ . أسكُنْ أيها الوجعُ بالذى إن يشأ يُسْكِنِ الريحَ فيَظْلَلْنَ رواكدَ على ظَهْرِه إن فى ذلك لآيات لكل صبار شكور وله ما سكن فى الليل والنهار وهو السميع العليم وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

DIBACA DENGAN WAJAH BERIKUT :
bismillahirrahmanirrahim.
alif laaaaaamm miiiiiim soooood.
kaaaaaaf ha ya aiiiiin soooood.
ha miiiiiim aiiiiin siiiiiin qaaaaaaf
laaaaailaaha illa hua rabbul 'arsyil 'azim
uskun ayyuha waj'u billazi in yasya' yuskinir riiha
fayazlalna rawakida 'ala zahrihi
inna fii zaalika la-aa-yatil likulli sobbarins syakuur
walahuu maa sakana fil laili wannahaari
wahuwas samii'ul 'aliim
wasalalahu 'ala sayyidina muhammadiw wa'ala aalihi wasahbihi wasallam

tulisan melayu ini bukan untuk diambil bulat-bulat, sila rujuk kepada orang yang bertauliah bagi menulis baris

Merawat Penyakit Cara Islam

Hari ini memang sejarah dalam kehidupan, inilah sakit gusi kali pertama tika saya berada di Mesir. YA ALLAH, sakit tidak terhingga... sudah lah klinik di Mesir ni bukak waktu malam... menahan sakit seharian tak tau nak kata bagimana. Kali pertama saki gusi ni semasa 3 hari selepas melangsungkan perkahwinan.. tapi tidak seteruk ini, ada orang anjurkan ubat herba china, sekali telan terus kena hantar hospital... maklumlah orang alergik ubat... apa lagi kena tahan sehari.. (hahahahahah pecah rahsia aku)

Mentang-mentang ada internet, apa lagi.. cari resepi tradisional la nak surutkan bengkak gusi ni... ahamdulillah terjumpa... DAUN JARAK .. ada rupanya kat mesir.. kawan saya Shah Tanta telah memperkenalkannya bahawa ia ada di perhentian keretapi Sidi Gabir, Alexandria..

Jadi kat sini, saya ingin berkongsi laman web cara perubatan tradisional yang saya jumpa dalam laman web...

MERAWAT PENYAKIT CARA ISLAM

1. PENYAKIT ASMA ATAU LELAH - Cari daun kecubung dan bunganya, di tumbuk hingga halus kemudian dijemur sampai kering. Setelah kering di curahkan air hujan sedikit lalu di panggang. Setelah kering lagi dibuat campuran tembakau untuk merokok bagi penderita penyakit asma tersebut tiap-tiap hari sekali. Cara yang lain - Tangkap seekor keluang lalu sembelih. Setelah di kupas kulitnya cuci dagingnya yang bersih dengan air kapur agar tidak berbau, sesudah itu buatlah resepi menurut kesukaan. Ulang 3 hari berturut-turut dalam tempoh 3 bulan. InsyaAllah.

2. BISUL PADA LEHER - Penyakit yang bengkak pada kelenjar leher dapat di cegah dengan cara menghindarkan makanan yang lazat dan tidak meminum susu terlalu banyak dan tidak makan jenis makanan yang bergula. Penyakit ini dapat di ubati dengan perahan limau nipis, perahan kunyit dan madu murni. Minymlah sedikit demi sedikit sampai 2 atau 3 sudu makan. Selain itu usahakanlah mandi air hangat sambil membaca Bismillah 7 kali sampai mengeringat/peluh keluar. Ulangi beberapa kali. InsyaAllah.

3. AIR SUSU IBU BERLEBIHAN - Ambil segenggam bunga melati atau bunga mawar kemudian tumbuklah bunga tersebut hingga lembut kemudian taruhlah pada kapas, maka tempelkanlah pada payudara sebelum mandi. InsyaAllah.

4. MUDAH MELAHIRKAN ANAK - Pada waktu anda hamil 6 bulan, minumlah sesudu minyak kelapa seminggu 3 kali, dan apabila kandungan anda sudah berumur 9 bulan lakukanlah setiap hari. Dan jangan lupa berdoa dengan penuh keyakinan setiap hari dan setiap malam.InsyaAllah.

5. AIR SUSU SUPAYA LANCAR - Makan setiap hari kulup dari daun kecipir atau daun ketela yang berwarna merah, atau juga daun betik. InsyaAllah.

6. BUANG AIR BESAR DARAH - Pesakit harus banyak berihat, kemudian ambil beberapa lembar daun jambu yang muda, dan biji buah oisang(pisang yang banyak biji). Setelah mengupas kulitnya, parutlah pisang itu lalu campur dengan daun jambu yang muda dan tumbuk sampai halus, munim air perahan pisang berserta daun jambu tersebut. Ulangi beberapa kali. InsyaAllah.

7. PENYAKIT KURANG DARAH - Ambil 3 kerat lempuyang sebesar jari tangan, Gula jawa secukupnya, kunyit secukupnya, Caranya parut lempuyang dan kunyit tersebut lalu dibubuhi gula jawa da di perah. Kunyit dan lempuyang tersebut jangan di kelupas kulitnya. Kemudian redbutlah dengan air sebanyak 3 gelas, Apabila dicuba kurang manis, maka tambahlah gula jawa secukupnya. Biarkanlah sampai mendidih hingga airnya tinggal 1 gelas, setelah dingin minumlah sampai habis. Dan setiap hari harus membuat 1 gelas, minum apabila hendak tidur. Dan ulang beberapa kali dalam tempoh empat bulan. InsyAllah.

8. MABUK KENDERAAN. - Sebelum naik minumlah dulu madu yang murni di campur dengan garam sedikit, dengan cara minum 3 sudu madu yang dibubuhi sedikit garam tadi. InsyaAllah.

9. TERKENA AIR PANAS. - Sapulah segera dengan ubat tapal gigi, maka bahagian yang terkena panas tersebut tidak akan mengembang dan tidak terasa panas lagi . InsyaAllah.

10. LUKA MEMAR(luka membiru). - Luka seperti kena pukul, kena benda yangg keras, tersepit pintu, jatuh. maka caranya ambil sebuah gosokan kayu cendana atau kayu cendana, bawang merah dan putih secukupnya, daun jambu muda 3 lembar, di tumbik halus bawang merah, bawang putih dan daun jambu, tersebut dan campurkan dengan gosokan kayu cendana bersama ir, tunggu apabila sudah berubah warna kecoklat-coklatan, ambil kapuk kapas celupkan pada air tersebt dan balutkan pada yang luka. InsyaAllah.

11. SAMAK GIGITAN ATAU JILATAN ANJING - Anjing adalah satu binatang digolongkan buas, dalam ajaran Islam barangsiapa yang digigit anjing pasti terkena najis, Adapun cara menyucinya ialah; dibasuh sampai tujuh kali termasuk satu air yang bercampur dengan tanah yang suci. Sekiranya luka gigitan tersebut parah cara mengubatnya ialah; ambil buah atau biji yang nama permukaannya memakai huruf B, M T dan A, contoh Bawang putih, bawang merah, melinjo atau daunnya temu lawak daunnya atau tunggaknya. Semuanya itu di tumbuk halus dan dibubuhi dengan minyak pirtus, lalu balutkan pada yang luka. InsyaAllah afiat.

12. LEMAH ALAT KELAMIN - Ambil buah delima yang kecut perah dan ambil airnya kira-kira 100% kemudian gula 50% jadikan di atas api hingga mengental seperti madu, setelah dingin baru di makan. InsyaAllah.

13. BENGKAK-BENGKAK MERAH DI BADAN - Ambil sepotong kunyit kemudian parut kunyit tersebut lalu bubuh kapur sirih dan air. Kemudian panaskanlah ramuan itu di atas api, setelah dingin sapukan pada bahagian yang bengkak-bengkak. InsyaAllah.

14. BISUL - Ambil tangkai daun sirih dan tumbuk perlahan-lahan lalu celupkan pada minyak kelapa, kemudian bakar tangkai daun sirih tadi sehingga panas untuk di tempelkan pada bahagian yang bisul. Seterusnya sapukan tangkai daun sirih yang telah di bakar pada bahagian yang membengkak, dengan membubuh kapur sirih sedikit pada bahagian yang luka beberapa kali. InsyaAllah.

15. BENGKAK GUSI - Ambil 5 lembar daun jarak, 1 liter air biasa & di tambah 1 sudu air kapur. Rebus ramuan tersebut sampai mendidih , kemudian setelah dingin air rebusan dari ramuan itu di minum, dan dibuat berkumur-kumur. InsyaAllah.

16. BARAH - Ambil kapur secukupnya, daun sirih secukupnya, madu secukupnya. campur semua hingga sampai lumat, sesudah lumat oleskan pada yang sakit sehari 3 kali, InsyaAllah.

17. BATUK GATAL - Ambil 5 biji kencur, kemudian kuoas dan cuci hingga bersih, setelah itu kunyah dengan di campur garam sedikit, lakukan berulang-ulang kali . InsyaAllah.

18. TEKANAN DARAH TINGGI - Gunakan taring 3 taring bawang putih yang kecil sahaja, di tumbuk alau di sedu dengan air masak kemudian minum sesudah sarapan pagi selama seminggu berturut-turut. InsyaAllah.

19. TERKENA KACA - Ambil daun betik kemudian di tumbuk halus dan di bubuhi garam sedikit., tempelkan pada luka yang kena kaca lalu balut dengan kain yang bersih. InsyaAllah.

20. SAKIT GIGI - Ambil beberapa keping kulit pohon mangga, setelah di cuci masukan kedlama belanga dibubuhi air kira 2 gelas lalu rebus sampai mendidih, dan di perkirakan airnya tinggal 1 gelas, setelah panasnya menurun , pakailah berkumur-kumur sehari 3 kali, insyaAllah.

21. GAGAP - Setiap hari Jumaat menjelang petang bawa pesakit(kanak-kanak) itu keluar rumah dengan berdoa kepada Allah SWT agar anak tersebut dihindarkan dari kegagapan, lalu disertai dengan pukulan-pukulan pada mulutnyadengan daun sirih. nsyaAllah, lakukan dengan sungguh-sungguh dan bertawakal kepada Allah SWT.

22. GATAL-GATAL KERANA GIGITAN SERANGGA - Ambil 2 buah kemiri dan sepotong kunyit sebesar jari kelingking. Pangganglah 2 bahan tersebut lalu tumbuklah sampai halus, kemudian sapukan keseluruhan bahagian yang gatal. Dengan cara dan khasiat dari ramuan tersebut maka keesokan harinya gatal-gatal itu akan hilang. Ulangi sehingga berjaya. InsyaAllah.

23. GIGI BERLUBANG YANG BERDENYUT - Ambil getah buah betik yang masih muda, masukan pada gigi yang berlubang dengan memakai kapas yang bersih secukupnya. Atau ambil 5 biji buah belimbing kemudian makan belimbing tersebut yang dicampur dengan garam sedikit. InsyaAllah.

24. HIDUNG KELUAR DARAH- Ambil buah delima yang rasanya kecut, pergunakan kulit dan isinya, kemudian masaklah bercampur dengan madu, sampai sungguh-sungguh menjadi minyak. Titiskan pada hidung yang kena penyakit tersebut. InsyAAllah.

25. JERAWAT - Ambil sebungkus kecil daun teh, kemudian seduhlah dengan air secukupnya yang benar-benar telah mendidih, lalu panaskan muka anda yang berjerawat itu dengan wap air seduhan teh tadi. Lakukan berulang-ulang. Atau ambil sebiji kentang , kupas dan potong tipis-tipis, lalu tempelkan potongan kentang itu ke seluruh muka dan biarkan hingga warna kentang itu menjadi keabu-abuan dan kering. InsyaAllah. Atau Pada malam hari menjelang tidur basuh wajah dengan air hangat, kemudian gosok dengan tamato yang sudah masak betul dan dibelah lebih dahulu, biaekan gosokan tomato itu menjadi kering dengan sendirinya, maka keesokan harinya tinggal membasuh kulit muka dengan air hangat dan bersihkan. Ulangi bebarapa kali. InsyaAllah.

26. KURAP ATAU PANAU - Ambil belirang secukupnya, ditumbuk halus, minyak kepala secukupnya, air limau nipis secukupnya, setelah itu campur dan lumatkan dengan sungguh-sungguh, lalu sapu pada penyakit kurap atau panau tersebut dan ulangi beberapa kali, InsyaAllah.

27. SAKIT MATA - Ubati dengan air rebusan daun sirih, dicampur sedikit garam. Cara membuatnya, ambil 3 helai daun sirih yang bertemu urat setelah dicuci, rebus dan campurkan garam sedikit. Setelah dingin tapis dengan kain putih yang bersih lalu cucilah mata dengan air sirih tersebut, dengan cara mengelip-ngelipkan kelopak mata di dalam air. Lakukan berulangkali. Telah di bukti kemujarabannya. InsyaAllah.

28. TERCUCUK PAKU BERKARAT - Ambil segera seulas bawang merah yang masih berdaun, kupas kulitnya, kemudian celupkan kedalam minyak kelapa, lalu panggang di atas perapian. Setelah bawang merah itu menjadi panas ( kira-kira kulit dapat menahan kepanasan ), tempelkan pada bahagian yang terluka berulang-ulang. Ulangi 2 kali sehari. InsyaAllah.

29. MEREDAKAN SAKIT JANTUNG - Ambil sebiji buah pala. Mula-mula parut pala itu, kemudian masukkan kedalam gelas dan bubuhi gula secukupnya, tuang air mendidih kedalam gelas itu, apabila airnya menjadi dingin, minumlah samoai habis, lakukan berulang ketika sakit. InsyaAllah.

30. MENCEGAH RABUN MATA - Mata rabun ada 2 macam, rabun dekat dan rabun jauh. Rabun dekat biasa dialami oleh orang yang berusia 40 tahun keatas. Tetapi rabun jauh menyerang segala umur. Dan biasanya rabun jauh adalah pembawaan sejak lahir. Untuk mengubati penyakit demikian, orang dapat menambah vitamin A di dalam dirinya dengan cara memakan lobak putih. Disamping itu harus pula banyak melihat pemandangan yang serba hijau di pagi hari, misalnya sawah-sawah, gunung-gunung dan lain sebagainya.

Sabtu, 1 Disember 2007

Tunjuk Perasaan Bantu Ubah Kemungkaran Kepada Kebenaran

Pendahuluan: Tunjuk perasaan merupakan satu cara menyatakan sikap terhadap sesuatu perkara yang mungkar supaya ia boleh diubah kepada kebenaran. Ia amat penting dalam menyatakan kekuatan hak bagi menghentikan kezaliman golongan tertentu, agar mereka menginsafi segala kesalahan menggunung kepada satu keadaan yang memberangsangkan semua pihak.

Tunjuk perasaan diharuskan selagi ia tidak bercanggah dengan hukum syarak. Malah ada ketikanya ia menjadi wajib, sekiranya tiada cara lain untuk merubah kemungkaran yang dijana oleh pihak berkuasa atau pemerintah yang berkuasa di sesebuah negara melainkan dengannya.

Perkara ini juga pernah dilakukan oleh segelintir pada ulama pada zaman silam tanpa sebarang bantahan daripada pihak lain yang seakan-akan bersetuju dengan tindakan mereka itu.

Sebuah hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Sebaik-baik jihad di sisi Allah adalah perkataan yang benar di hadapan pemerintah yang zalim.

Menyatakan perkataan yang benar adalah wajib, perkara ini telah ditegaskan oleh Allah SWT menerusi ayat 70-71 surah al-Ahzab yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berkata dengan perkataan yang benar. Nescaya (dengannya) Allah akan memperbaiki amalan kamu dan mengampunkan dosa-dosa kamu, sesiapa yang mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya dia telah mendapat kemenangan yang besar

Justeru, bagaimana pula dengan berhimpun dalam satu tunjuk perasaan bagi menyatakan sikap mempertahankan hak sebagai warganegara khususnya dalam pilihan raya dan juga bagi menyatakan sokongan terhadap saudara-saudara seagama yang dizalimi, diseksa, dibunuh dengan kejam seperti di Palestin, selatan Thailand dan Filipina dan seumpamanya oleh rejim Yahudi dan ejen-ejen musuh Islam?

Ia menjadi wajib, sepertimana menghadapi kezaliman kerajaan yang tidak membela nasib rakyat jelata dengan pelbagai kenaikan harga barangan dengan pelbagai alasan dan menipu untuk kekal sebagai kerajaan dalam proses pilihan raya dijalankan, maka rakyat berhak untuk menyatakan rasa tidak puas hati mereka dengan berhimpun dalam satu tunjuk perasaan, kerana mereka tidak diberikan peluang untuk mengkritik kerajaan sama ada melalui stesen televisen, radio ataupun surat khabar.

Amalan rasuah, konspirasi bagi menjatuhkan orang lain, tipu dalam pilihan raya, memperbanyakkan program maksiat serta premis-premis perjudian dan sebagainya adalah tindakan yang menyalahi tuntutan agama Islam khususnya dan pegangan agama lain amnya, kesemua itu adalah untuk meraih sokongan pihak tertentu dan untuk kekal berkuasa walaupun matlamat tidak menghalalkan cara.

Kepentingan tunjuk perasaan adalah disandarkan kepada Sirah Nabi Muhammad s.a.w. dan amalan para ulama berdasarkan kaedah-kaedah syarak. Antara elemen yang dikenal pasti mengesahkan kebenaran tunjuk perasaan adalah seperti berikut:

Kesan tunjuk perasaan terhadap musuh
Ini pernah terjadi pada tunjuk perasaan pertama antara barisan umat Islam pimpinan Rasulullah s.a.w. dan Quraisy, di mana pihak Islam diketuai oleh Sayidina Hamzah dan di pihak musuh adalah Omar.

Akhirnya pihak Quraisy mengarahkan pasukan tenteranya supaya berundur dari peperangan setelah melihat kehebatan tentera Islam.

Tunjuk perasaan menyatakan keburukan perbuatan mungkar


Ia berlaku ke atas saudara-saudara Islam di negara-negara umat Islam termasuklah pembunuhan ke atas kanak-kanak yang tidak berdosa, kaum wanita dan orang-orang tua, di mana Islam menganggap ia sebagai perbuatan mungkar yang patut dibantah menerusi saluran tunjuk perasaan besar-besaran agar dihentikan segera tindakan rakus pihak musuh di serata dunia.

Tunjuk perasaan bagi menyatakan kekuatan orang Islam
Ia juga berlaku pada setiap mukaddimah peperangan yang disertai baginda Rasulullah s.a.w., baginda mengarahkan sekurang-kurangnya tiga orang sahabat untuk melawan pedang sebelum peperangan meletus, bagaimanapun para sahabat berjaya mengalahkan lawan masing-masing dan menyemarakkan anggota tentera yang lain.

Satu bukti yang pernah terjadi di Perancis pada 2004, apabila dua orang adik beradik iaitu Laila, 18, dan adiknya Lina, 17, dilarang masuk pekarangan sebuah universiti atas alasan mereka berdua memakai tudung kepala dan berpurdah.

Kedua-duanya telah menunjuk perasaan di sebatang jalan raya di kota Paris bagi menyatakan rasa tidak puas hati kerana dilarang berbuat demikian, akhirnya mereka disokong oleh orang awam termasuk yang beragama Kristian yang menyifatkan tindakan larangan itu menyalahi hak asasi manusia, apatah lagi mereka berdua adalah warganegara Perancis.

Dengan tunjuk perasaan yang disertai ribuan orang itu, akhirnya Kementerian Pendidikan Perancis menarik balik larangan tersebut. Akhirnya tindakan mereka berdua itu menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar perempuan lain yang terus bebas mengenakan tudung kepala.

Ia merupakan roh Syariat Islam

Kehadiran Syariat Islam di tengah-tengah masyarakat umat manusia, adalah untuk merealisasikan keagungan dan kemuliaan Islam dalam segenap aspek.

Ia dapat dilihat menerusi solat jemaah (umpama tunjuk perasaan dengan memohon kekuatan daripada Allah SWT), solat Jumaat, solat dua hari raya, pelaksanaan manasik haji dan sebagainya. Semuanya tidak dapat dijayakan melainkan dengan berjemaah.

Hukum tunjuk perasaan pada asalnya adalah harus

Tunjuk perasaan merupakan wasilah untuk sampai kepada matlamat yang mulia, seperti mendedahkan kejahatan dan kezaliman manusia durjana seperti Yahudi. Semua jenayah yang dilakukan itu patut didedahkan agar boleh bertindak bagi menyekatnya.

Tunjuk perasaan seumpama ini dibenarkan kerana tidak ada nas yang menegahnya daripada dilakukan oleh rakyat yang dahagakan keadilan dan kesaksamaan pemerintah yang bergelumang dengan pelbagai penyelewengan dan memperbodoh-bodohkan rakyat.

Justeru, rakyat telah mencipta satu sejarah yang akan dikenang sampai bila-bila dalam perhimpunan anjuran bersih pada Sabtu, 10 November 2007 bagi menuntut pilihan raya bersih, ia bagi memastikan calon yang menang dalam pilihan raya juga mendapat hasil wang pendapatan yang bersih lagi halal untuk menyara keluarga agar menjadi sebahagian masyarakat yang berdisiplin dan berhemah tinggi.

Dengan sebab proses pilihan raya di Malaysia ini amat menjijikkan dengan penipuan, jika tidak tipu mereka tidak akan menang, justeru tunjuk perasaan bertujuan membuka mata semua pihak termasuk masyarakat antarabangsa.

Tunjuk perasaan hari ini umpama separuh peperangan

Menyatakan suara melalui media massa atau apa sahaja alat sebaran berhubung jenayah, kejahatan atau kezaliman yang dilakukan oleh pihak tertentu, diterima oleh segenap lapisan masyarakat yang cintakan kedamaian.

Ia tidak dapat dibuktikan melainkan dengan membantah dari sudut penerangan, sama ada akhbar, siaran berita dan lain-lain yang disifatkan sebagai bantahan tunjuk perasaan media massa.

Tunjuk perasaan boleh jadi haram jika berlaku kemudaratan

Jika tunjuk perasaan dianjurkan atas sebab-sebab yang telah disebutkan di atas, ia diterima dan sah mengikut peraturan Islam dan undang-undang dunia.

Akan tetapi jika ia dianjurkan hingga merosakkan harta benda awam, tercetus rusuhan hingga berlaku pertumpahan darah, pada ketika itu tunjuk perasaan menjadi haram dari dianjurkan. Ia patut dihentikan seberapa segera bagi mengelak pelbagai kemungkinan yang tidak terduga akan berlaku.

Bukti pendekatan yang dilakukan para ulama

Sejarah telah membuktikan bahawa para ulama menganjurkan tunjuk perasaan seperti yang pernah berlaku di Kuwait, Algeria, Syria yang memenuhi jalan-jalan raya untuk menyatakan sikap penentangan terhadap penjajah.

Di Mesir, tunjuk perasaan yang diterajui oleh al-Marhum Syeikh Rasyid Reda bertujuan mengusir penjajah Perancis keluar dari bumi Mesir.

Ia juga pernah dilakukan oleh para ulama Universiti al-Azhar dalam tunjuk perasaan menentang penjajahan British pada 1919, tidak seorang pun mengeluarkan fatwa mengatakan tunjuk perasaan adalah haram ketika itu.

Tunjuk perasaan dikongsi oleh Muslim dan non-Muslim

Apabila sesuatu tindakan pihak tertentu menjurus kepada penganiayaan yang menindas golongan yang lebih rendah (bawahan), maka pada ketika itu, orang ramai bertindak untuk berhimpun dalam satu tunjuk perasaan menyatakan sikap ketidak-puasan hati mereka terhadap apa yang dihadapinya.

Ia bukan sahaja berlaku di negara-negara yang bukan Islam, malah masyarakat di negara-negara Arab dan Islam juga bertindak melakukan demikian, kerana fenomena percanggahan antara hak dan batil tetap berlangsung sepanjang masa, justeru ia diperlukan bagi meredakan keadaan.

Natijah tunjuk perasaan membuahkan hasil positif


Tidak dinafikan oleh pihak yang cintakan keharmonian, tiada cara lain untuk menyatakan sikap membendung perkara negatif, melainkan ia dapat diatasi dengan adanya tunjuk perasaan secara aman tanpa melibatkan pihak-pihak yang sepatutnya dipelihara hak mereka seperti kanak-kanak kaum wanita, orang-orang tua dan jauh dari melakukan kerosakan terhadap harta benda awam dan mengancam nyawa manusia. - lanh

copy : http:www.harakahdaily.net