Isnin, 18 Jun 2007

Keadaan Rumah Mangsa Pembunuhan (13/6/2007)Pelajar Al-Azhar Mansurah, Mesir (dicopy dari http://bloodyrains.blogspot.com)


HARAP MAKLUM, GAMBAR KEJADIAN DI RUMAH MANGSA TERPAKSA DIPADAM.. GAMBARAN SEBELUM INI HANYA UNTUK TATAPAN SEMENTARA.. HARAP MAAF

KUALA TERENGGANU 17 Jun – ‘‘Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,” luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.

‘‘Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.

‘‘Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.

Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.

Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.

Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.

Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.

‘‘Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,’’ ujarnya.

Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.

Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.

Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.

‘‘Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.

28 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ni manusia ke syaitan punya keja

tintaHati berkata...

Salam tuan rumah...

datang singgah utk melihat gambar kes pembunuhan seperti yg ter'link' di bloh geng al watary..

cukup menyayat hati! sekali pun mangsa ada buat kesalahan besar pd suspek tp siapalah kita sebagai hamba utk menghukum sesama manusia sehingga begitu kejam sekali.

barangkali syaitan telah merasuk sehingga amarah menjadi meluap2 begitu.

kekadang terfikir bagaimana tangan yg bersih dari berbuat dosa tetiba boleh membunuh satu nyawa dgn begitu kejam. tdk terbitkan rasa perkemanusiaan ketika itu??

apa pun moga Allah ampunkan dosa mereka.

P/s: maaf komentar pjg sedikit. melayan emosi!

ahmadiy hannaniy berkata...

wsalam tintahati,
mmg betul apa yg dikatakan, kita bukanlah besar untuk hukumkan mereka yg bersalah.. apa yg berlaku pasti ada hikmahnya..kite yg hidup kena amik pengajaran yg penting dalam hidup kita..

kita tgk org lain membunuh.. kite esok macam mana? itu yg perlu kita koreksi diri kita, moga allah jauhi perkara terkutuk dalam diri kita..
amin ya rab

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum,

tumpang lalu singgah bace pasal artikel yang dikirim email..

sungguh kejam sungguh..

Alfatihah kepada arwah.

Tanpa Nama berkata...

Hutang nyawa di bayar nyawa. Pembunuh tak berhak ke atas nyawa org lain atau memutuskan untuk mengambil nyawa sesiapa saja yang dia mahu. Dia mesti menjalani dan merasai apa yang telah dia buat ke atas mangsa. Baru dia tahu betapa seksa mangsa. Gangguan mental bukan alasan. Orang macam nilah yang buat menyemak kat dunia ni, hidup takde guna.........

Tanpa Nama berkata...

Suspek memang banyak kes jenayah di Mesir, memang dah tiba masanya suspek di adili se adil adilnya, kerana jenayah yang lalu mungkin kecil tapi bila dah sanggup membunuh tak perlulah nak fikir dari psikologi suspek lagi, tak payah nak selidik masalah yang dia hadapi, nak bersimpati terhadap suspek sebab dia mental atau nak kaji apa kesalahan yg mangsa buat pd suspek. Suspek tu memang bersalah, nyawa setiap manusia tu milih Allah, dan Dia saja yang berhak utk mengambilnya dan bukan suspek yang mentalll tu... biar dia kena hukum bunuh juga...

dan kalau dia redha, insyallah "hutangnya" terbayar

Tanpa Nama berkata...

salam utk sumue..

ni sume mesti ade rahmatnye..

btw, tuhan itu maha adil..

semoga rohnye dicucuri rahmat..

amin..

Tanpa Nama berkata...

BUATAN SAITAN NI......
KOS HASAD DENGKI,SEJARAH QABIL DAN NABIL KOT...

Tanpa Nama berkata...

ini adalah manifestasi kelaku budak2 kita yang bengong...lihat saja di mana2 kita akan mengumpat kawan2 kita..kita tak jaga hati mereka...kita rasa kita lebih baik dari orang.....lebih2 lagi pmram...suka cari gaduh dengan pelajar2...mengikut cerita yang di carinya abdul kadir...kenape abdul kadir itu di cari?mesti die itu bermasalah.....die itu mesti tak reti jaga adab2 dalam bersahabat...

Tanpa Nama berkata...

Takziah kepada keluarga mangsa, Allah Maha Mengetahui apa jua yg terjadi pada hari tersebut...

Semoga si pelaku akan mendapat pembalasan yg setimpal..

Eja Azlan berkata...

Subhanallah, hanya Allah dapat membalas perbuatan kejam syaitan tu. Binatang pun tak macam tu. Mental ke gila ke bukan satu justifikasi di atas kezaliman yg dah dibuat.Semoga Allah cucuri rahmat pd arwah

Tanpa Nama berkata...

Astagfirullah,

entah apa yg ada dalam fikiran suspek pada ketika kejadian. Walaupun berpelajaran agama namun suspek tidak akan membunuh kalau sempurna imannya.
Walaupun tinggi ilmu agamanya namun , ketinggian ilmu tak dapat mengawal nafsu ammrah suspek. Apakah beliau telah meletakan diri beliau seperti haiwan ternakan malah lebih hina dari itu ?

walau apa pun, cara kematian, Pemilik nyawa telah meminta untuk dipulangkan. Apa yang ada hanyalah pinjaman hatta nyawa kita sekalipun bukan milik kita. Tiada apa yang kekal. Semuanya milik Allah jua.
Allah Maha Besar
Moga Allah memberikan kesabaran dan keredaan yang tinggi buat keluarga Pn Zaharah. Mudah2an Allah kurniakan Jannah buat Mohammad Ishak dan diberada bersama-sama para syuhada..

Tanpa Nama berkata...

hukum islam berlaku bagi mereka yang berakal sihat. bile seseorang tidak berkala sihat, maka hukum taklifi tidak berlaku padanya. INGAT ITU!!

PEMBUNUHAN adalah dosa pertama yang terjadi di atas bumi ini. INGAT ITU!!

Dalam islam ada qishash. kita tak sepantasnya memaki dan mencerca. kita belum tahu apa yang akan terjadi pada diri kita. harga diri seorang muslim harus di jaga oleh muslim yang lain. Wajib bg kita menjaganya, seperti menjaga jiwa, harta, dan harga diri ('irdh) sesama muslim). INGAT ITU!!

SYAITAN adalah musuh manusia hingga kiamat. jika kita ridak bisa mengawal emosi kita, nafsu ammarah kita, dengan menghina dan memaki saudara kita, samalah kita menjadi teman syaitan. "apakah kamu suka memakan daging saudaramu...".

JIKA penjenayah bertaubat sebenar taubat, lalu Allah mengampuninya, dan memasukkannya ke syurga-Nya, apakah kita lebih baik dari penjenayah?. hari Akhir yang menentukan. KITA MASUK syurga atau malah ke neraka?. INGAT ITU!!!

BUKAN maksud hati membela penjenayah, tapi mengajak kita semua berfikir jernih. menilai dari dua sisi... BAIK dan BURUK...

intanurlemsha berkata...

Astaghfirullah..mengucap panjang kite tgk gambar nih....sedey....

Tanpa Nama berkata...

salam...
alfatihah..buat yg telah kembali...
kejadian yg amat menyayat hati...sehingga kami yg tggl berdekatan dapat merasakan kesakitan yg dialami oleh arwah...takziah buat kelaurga ALLAHYARHAM MUHAMMAD ISHAK...semoga beliau bersama para solihin..ameen..
Kami harap Sidqi dihantar pulang sekiranya dia terlepas dr hukuman sewajarnya...janganlah kami students ALAZHAR Mansurah dibiarkan trauma dengan kejadian tersebut...kami datang kesini dgn harapan keluarga untuk belajar;...

Tanpa Nama berkata...

ni mesti kesan ajaran sesat neh. akibat nak carik jalan mudah, belajar tarekat yg bukan2 kat arab tu. pastu kene rasuk syaitan la tuh. manusia sakit jiwa pun tak sanggup wat camtu. ni plak budak tu bukan bodoh, dpt belajar kat arab, bukan calang2 org dpt belajar kat sana.

Tanpa Nama berkata...

assalammualaikum...

kalau mcm ni la perangai pelajar yg belajar agama, tak hairan la kalau duit baitulmal pun korang nak baham.. buang duit kerajaan je hantar pi belajar jauh²!
tak hairan jugak kalo genting highland jadi pusat judi paling besar.. jadi ulamak tapi bisu...
harap janggut mcm bapak kambeng..

Unknown berkata...

al fatihah buat allahyarham

bler nafsu menguasai akal... hilang la iman..

pada semua... jgn krn nila setitik... nk rosak kan susu sebelanga...

Ini Qada' & Qadar. Kita yg beriman kene percaya & terima semua ini dgn redha. Ade hikmah di debalik semua ini.

Tanpa Nama berkata...

Terkejut aku bile tau bende ni, walaupun kite tatau perkara sbenanye tapi bagi aku kalo yg kene bunuh tu bapuk aka maknyah aka pondan takper la itu mmg dilaknat diorang munafik dan munafik patut dibunuh tapi ni yg kene bunuh tu kawan sendiri, yg sama2 blaja agame, membawa impian cita2 ibubapa dan rakyat malaysia yg perlukan ulamak! sakit jiwa atau tidak tu daripada diri sendiri kalo iman tak kuat mental lemah semua org pun akan jadi sakit jiwa, aku betul kecewa, marah ngan pembunuh, tak dpt aku nak bayang mcmana parents dia kat kampung tu nak berhadapan dengan masyarakat.. astaghfirullah..

Tanpa Nama berkata...

Bila terdetiknya hati, bersulamnya debar, di situlah mulanya KELIRU antara badan & fikiran..tengoklah dengan MATA, lihatlah dengan HATI, renunglah dengan AKAL, fikirlah dengan IMAN..Semoga kita semua selamat sejahtera di bawah lembayung ILAHI.
Last but not least, see the beauty in others regardless..most probably, this might avoid us to easily misjudge people..

Tanpa Nama berkata...

al-fatihah buat si mati..
semoga ada hikmah di sebalik kejadian..sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui apa yg tersurat dan tersirat di sebalik setiap kejadian..berdoalah semoga si mati dicucuri rahmat..amin..

Tanpa Nama berkata...

Aku melihat ada yg komen berdasarkan emosional..bagi aku biarlah kita menilai dengan pertimbangan yg benar-benar wajar dan bebas dari pengaruh perasaan.

Sekalipun si pembunuh tu dah melakukan satu maksiat yg besar di sisi Allah dan juga kepada keluarga si mangsa, seeloknya biarlah kita semua mendoakan dia mendapat hidayah dan insaf dgn perbuatannya. Tidak perlulah kita mengutuk dia. Ya, memang kita berasa kasihan kepada mangsa dan keluarganya, dan memang patut pun si pembunuh dibalas dengan balasan yg sewajarnya, tetapi kita juga perlu mengambil kira perasaan ahli keluarga si penjenayah tersebut..maksudnya kita janganlah terlalu menghamburkan kata-kata nista kpd si penjenayah, kerana kesannya turut dirasai oleh ahli keluarganya yang tak bersalah dalam hal ini.

Apabila ada sesetengah pengkomen yang menyatakan cemuhan kepada para pondan aka bapuk dll, dan menyifatkan mereka tidak mengapa jika dibunuh, aku rasa sangat pelik!! memang tak masuk akal..sangat melampau. Tak pernah aku jumpa fatwa yang menghalalkan bunuh bapuk ni? Memandai-mandai jer kata diorang munafik. Macam lah kau tu tak munafik? sesedap rasa je mengutuk org..

Ada jugak yg tuduh bukan2.Masuk tarekat sesat la, belajar ilmu salah la, dan apa2 lagi la..korang jgn la nak judge membuta tuli..janganlah mengadili sesuatu itu dgn sebelah mata, pandanglah dari pelbagai sudut..dan nilailah dengan bijaksana.sekian..wassalam

Tanpa Nama berkata...

hmmm... macam mane lah pembunuh makin ramai, dah ramai yg backup rupenye.... tekanan mental lah, ape lah... alasan...

Tanpa Nama berkata...

Salam kepada tuan rumah serta semua pengunjung blog.

Al-Fathihah kepada Alyarham Muhammad Ishak..semoga rohnya di cucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan mereka yang soleh..Kepada keluarga Allahyarham, banyak-banyak lah bersabar..semua ini adalah ketentuan-Nya..

Tanpa Nama berkata...

Kerdillah diri apabila kita pulang ke sana...

Bergelumang tanah, di atasnya subur bunga-bunga...

Wahai ALLAH (S.W.T)...
Terimalah kepulanganku hambaMu.

tun teja berkata...

waaa..sedih nye tengok. tun bace kat harian metro online. baru tahu kes nih. sian parents dia..waaa..

HUSSIN BIN ISHAK berkata...

assalamualaikum...salam ukhuwah buat semua sahabat.alfatihah buat arwah adik ana yg sudah sebulan lebih dikebumikan...tetapi saspek masih belum dihukum,doakan moga mendapat keadilan sewajarnya.keluagar ana masih bersedih seolah baru je berlaku,yg terkilannya..keluarga saspek takpernah call keluarga kami meminta maaf,walaupun kami sekeluarga sedia menerima kemaafan.ala kullihal semoga dipermudahkan segala urusan.dan kalau bleh..hentikan segala cerita yg takde dalil kukuh tentang arwah adik ana.mohon kemaafan.

Tanpa Nama berkata...

salam kpd sume...kisah pembunuhan pelajar mesir ni mmg sedih..al fatihah buat arwah dan semoge rohnya dicucuri rahmat hendaknya..dan smoga suspek di ampunkan dosanya..kte bukan sesiape pun untuk menilai orang dgn ape2 tohmahan..setiap manusia xsame,kekuatan berbeza2..mungkin die xkuat,jd kte sbg saudara perlu mendoakannya,smoga allah mengampunkan dosanya..smoga die tenang mengharungi hari2 mendatang..sentiasa ingat tuhan sbg kuasa yg maha besar..hanya Dia yang tahu sgalanya..dan hanya Dia yang blh membantunya..amin..
cume yg menjadi satu persoalan saya skrg,ape yg tlh terjadi pd suspek,adakah kes masih dalam siasatan,die dah dibawa ke muka pengadilan, atau belum?di manakah die ditempatkan skrg?di penjara mana?
perlu bg saya sgala maklumat tentangnya krn saya sdg membuat satu kajian tntg kes ini..dari sudut undang-undang,sosial,masyarakat dan sebagainya...di harapkan kpd sume,sesiapa yg tahu dpt memberi maklumat..terima kasih.