Sabtu, 23 Jun 2007

Raudhah Hannaniy Dapat Adik

Bismillah ar-rahman ar-rahim...

Tanggal 22/06/07 merupakan hari kebahagian dalam rumah tanggaku dengan kehadiran seorang putera yang bakal menjadi pejuang Allah insya allah. Di lahirkan di Hospital Mubaraa Asafirah, Iskandariah, Mesir pada jam 9:15 pagi. Berat 3.2 kg dan panjang 5.2cm... lebih panjang dari kakak dia Raudhah Hannaniy...
Isteriku sudah mengadu sakit selepas solat Subuh tapi masih dapat menahan dalam tempoh yang lama. Kat sini bukan macam Malaysia, kalau sakit boleh masuk wad. Kat Mesir ni selagi jalan tak bukak 10cm.. mmg doktor suruh balik dulu. Jadi kami amik keputusan pergi dalam keadaan lewat memandangkan kami sudah pun pengalaman menghadapi anak yang pertama.

Lebih kurang jam 8.30pg isteriku sudah mula merasakan tidak selesa dalam jangka masa pendek, sempat jugak la telepon keluarga di Selangor dan Perak. Kami tunggu teksi untuk ke Hospital, tapi sayang, masa nak cari teksi masa tu lah takde bendanya. Nak dikatakan Allah permudahkan jalan, seorang pakcik arab bawa kami dengan kenderaannya ke hospital.
Sampai di hospital, atas pertolongan rakan Mohd Nor Azle, isteriku terus di bawa ke bilik persalinan dalam jam 9 pagi setelah diperiksa oleh doktor perempuan. Aku, adik ku dan teman rumah adik ku hanya menunggu di bilik patient tingkat 4 bilik 402, sambil membaca Al-Quran Surah Yasin dengan harapan Allah permudahkan segalanya. Bacaan Yasin kali ke-3, nurse panggil aku ke bilik persalinan, cuak jugak la bapak machow ni... ingatkan ada masalah.. rupanya dia nak bagi senarai ubat yang harus dibeli. Bila ditanya 'isteri saya dah selesai ke doktor' dia jawab alhamdulillah lelaki.. alhamdulillah isteri dan kandungan selamat dilahirkan pada jam 9:15pagi.
Kami pulang ke rumah pada jam 6 ptg atas urusan dan bantuan Bukhari dan Nawawi untuk keluarkan surat keluar dari hospital, surat keterangan kelahiran dan resit pembayaran. Alhamdulillah semua selesai dalam keadaan yang mudah dan berjalan lancar.
Kakaknya Raudhah sudah mula menunjukkan ketidak senangan hati pada awal kandungan.. sekarang ni dia cuba nak suruh orang ambil perhatian kepada dia.. hehehehhe.. biasalah, anak kecil.. pengalaman yang baru diriku sebagai seorang bapa dengan kehadiran anak ke-2 perlu ditempuhi..
Terima kasih kepada isteri yang tercinta kerana melahirkan seorang putera untuk menambahkan lagi kecerian rumah tangga, semoga ia akan menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan serta rezeki daripada Allah. Untuk anak anak WALID (bapa), walid sayang semua anak anak walid, tiada kurang dan tiada lebih, cuma manja dan keprihatinan mungkin ada lebih dah kurangnya. Semoga anak anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah serta cerdik, pintar, berilmu dan mengamalkannya dalam penghayatan. AMIN....

teladan untuk pembaca:
- anak adalah kurniaan daripada Allah yang amat tidak ternilai, kadang-kadang tanpa disedari kita sendiri sedang menumpang rezekinya.. mafhum hadis rasulullah ; ketika ditiupkan roh ke dalam jasad maka disertakan 4 perkara: 1) rezeki 2) ajal 3) jodoh 4) amalan baik dan buruknya. Maka dari itu, jangan kita terlalu marah anak ikut hawa nafsu, didiklah ia sebagaimana diajar oleh agama
- Title ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditafsirkan. Hanya mereka yang sudah bergelar ibu dan bapa sahaja yang akan mengetahui perasaan ibu bapa ayah kita. Jika sudah berkahwin masih lagi melawan ibu bapa seperti mana bujang dahulu, tertanya mereka masih belum menghayati makna ibu dan bapa. Anda semua akan menyesal dengan apa yang anda lakukan terhadap ibu bapa semasa anda belum berkahwin. Ternyata ibu bapa mmg tiada tandingan.
- rezeki adalah milik Allah, jangan sesekali anda berniat untuk mengelak dari rezeki Allah lebih lebih lagi kurniaan seorang anak, jerit payah dalam mendidik anak sambil belajar mmg tidak dinafikan. Tapi jika difikirkan, sambil belajar kita menguruskan rumah tangga, maka rahmat Allah merupakan 2 dalam 1.. segala jalan kemudahan hanya Allah saja yang dapat membantu atas usaha dan jerit payah kita.

ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan moral dan fizikal dari mula kandungan sehinggalah sekarang,
serta pertolongan dari awal sehingga pulang ke rumah, anda semua adalah keluargaku.
tidak lupa kepada mahasiswa/wi yang banyak memberikan pertolongan melalui pembelian barang niaga ku, khsusnya mahasiswa/wi di ISKANDARIAH dan umumnya di MESIR. Tanpa anda semua, aku takkan mampu dapat membayar segala kos perubatan di hospital.
yang paling penting buat adik adik ku yg sentiasa di sisi dalam keadaan senang mahu pun susah. Jerit payah kamu memang abg chik takkan lupakan, semoga Allah memberikan kejayaan yang cemerlang dalam apa apa ujian dan peperiksaan.
yang terutama sekali keluarga di malaysia yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami di luar negara. Kepercayaan diberikan harap dapat memberikan semangat yang kuat kepada kami di sini...

Wassalam

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah abg long ucap kan pada Faizal kerana dapt sorang putera,
Ingat kan putera Faizal lahir pada 30hb Jun ni rupa-rupa nye awal lak dia lahir ya,kalau tak sam le ngan abg long tapi tak pe lah dah ditentukan oleh nye kan.
Yang penting semuanya selamatkan.
Dulu masa pergi ke Mesir bertiga sekarang ni dan berempat esok balik berapa lak berlima ke?................
Walau macam mana pun abg long sekeluarga doakan moga Fazail sekeluarga sihat sejahtera di sana dan pulang membawa kejayaan.Pesanan abg tengok kan adik-adik kita disana ye anyway TAHNIAH.

Wassalam

ahmadiy hannaniy berkata...

terima kasih di atas ucapan yang diberikan dari a.long di malaysia.. hehehehe.. 4 atau 5 biarlah dia yg tentukan, rasanya dah berkawan sudah memadai untuk anak anak tidak rasa sunyi di mesir ni...
insya allah segala nasihat akan ditunaikan.. ws

Tanpa Nama berkata...

Mabruk....semoga mereka menjadi anak-anak yang soleh....ana doakan kalian sekeluarga dilimpahi rahmat olehNya......

ahmadiy hannaniy berkata...

terima kasih kepada ustaz zaki dan ustazah rashidah mendoakan kebahagiaan rumah tangga kami.. tanpa pertolongan ustaz dan ustazah mungkin kami tak sampai ke 2 cahaya mata :)

tuan umah berkata...

seronok baca blog awak.saya dpt dr mak sedara.saya duk UK.oo..sana kena tgu 10cm..hish..lgi dasyhat dr msia ni...tak dpt bygkan camna isteri awk tahan sakit.dh berapa tahun duk mesir?

ahmadiy hannaniy berkata...

untuk org kg..
terima kasih di atas kunjungan.. jika awak suka.. saya lagi suka..oo dapat dari mak sedara.. mak sedara dapat dari mana lak?? heheheh.. sakit sekejap je org kg.. pas subuh tu takdela sakit sangat, dalam jam 8.30 tu di dah rasa sakit sangat2.. sampai sepital jam 9 terus masuk lobby.. jam 9.15 terus bersalin.. alhamdulillah