Marni menyanyi kecil sambil menumis lauk di depannya. Hari ni dia akan masak "kari kapitan kepala ikan merah" kesukaan suaminya. Setelah dua minggu berada di Penang menguruskan perniagaannya yang dikongsi bersama tiga orang rakannya, malam ini Hazif suaminya yang tercinta akan pulang.
Sengaja Marni mengambil cuti kerja setengah-hari, hari ini.Anak-anaknya, Seri dan Nabil siang-siang sudah dijemput dari rumah ibunya. Dia mahu buat persiapan yang sebaik mungkin untuk Hazif, lelaki yang sudah menjadi suaminya hampir tujuh tahun itu, malah tiga hari lagi, genaplah tujuh tahun usia perkahwinan mereka. Alhamdullilah, walaupun perkahwinannya dengan Hazif mendapat tentangan hebat dari ayahnya pada mulanya, ternyata Marni tidak salah pilih. Ini semua berpunca dari sikap angkuh ayahnya yang sukar menerima hakikat bahawa Marni, anaknya yang berkelulusan universiti, jatuh hati dengan Hazif, yang pada ketika itu hanya seorang kerani biasa berkelulusan sekolah menengah. Marni faham, bukan ayahnya sengaja mahu menentang. Orang tua itu bimbang Hazif tidak akan dapat membahagiakan Marni, anaknya yang cuma seorang itu, dengan gaji Hazif sebagai kerani. Tetapi Marni sudah nekad. Dia tahu Hazif bukan pemuda sebarangan. Dia punya cita-cita dan matlamat hidup yang tinggi. Buktinya, Hazif sanggup menghadiri kelas malam untuk mengambil Diploma. Dan yang paling penting,Hazif menyintainya sepenuh hati.
Perlahan Marni mula memujuk ayahnya. Ternyata ayahnya mengalah juga akhirnya. Dan dengan restu orang-tuanya, Marni diijab kabulkan dengan Hazif dalam majlis yang penuh ceria.
"Assalamualaikum......", kedengaran suara memberi salam. Marni tersentak.
"Abang!Walaikumsalam...", senyumnya melebar melihat Hazif di belakangnya.Tangan suaminya dicium dengan penuh kasih sayang. Sebuah ciuman singgah didahi Marni.
"Terperanjat Mar!Bila abang masuk? Mar tak dengar bunyi pintu dibuka pun?"
"Saje aje. Nak suprisekan Mar!", Hazif membelai lembut rambut isterinya. Bau wangi singgah dihidung Marni. Rasanya baunya lain benar dengan minyak wangi yang selalu di pakai Hazif. Mungkin Hazif beli "perfume" yang baru dari Penang , fikir Marni. "Eh! Kata abang berangkat pagi ni, takkan baru pukul tiga abang dah sampai JB? Abang naik apa?"
"By air...", ringkas jawapan Hazif.
"Habis kereta abang?"
"Pada Salleh...", jawab Hazif.
"Oh patutlah..", Marni hanya menganggukkan kepala. Dia kenal benar pada Salleh, salah seorang rakan kongsi suaminya. Masa bertolak kelmarin pun, Salleh menumpang kereta Hazif. Sementara Amran, rakan kongsi suaminya yang satu lagi itu, menumpangkan Mizi, rakan kongsi mereka yang ke empat.
"Hah!Amran tak ikut abang balik ke? Selalunya kalau balik outstation, dia balik sini. Cari makan dulu....", tanya Marni. Dia sememangnya sudah masak dengan perangai Amran, rakan baik suaminya itu yang masih membujang.
"Nanti dia datang.......", ujar Hazif.
"Mana budak-budak Mar...?", tanya Hazif. "Ada dalam bilik..tidur. Kepenatanlah tu....main basikal satu pagi."
"Basikal?", tanya Hazif.
"Hah ah. Ayah bilakan mereka basikal baru. Tu yang sibuk main tu..", jawab Marni sambil meletakkan milo ais kegemaran Hazif didepannya.
"Abang laparlah..belum makan. Mar masak apa?" "Ah.... Mar masak lauk favourite abanglah...", senyuman Marni melerek. "Kari Kapitan?", teka Hazif. " Apa lagi......" "Bagus jugak tu...Mar siapkan makan. Abang nak tengok budak-budak tu sekejap. Rindu benar abang dengan dia orang...."
"Habis dengan mamanya tak rindu ke?", usik Marni.
"Tersangatlah rindu.....", jawab Hazif lalu mengucap dahi isterinya lagi. Marni tersenyum melihat Hazif berlalu. Kasih-sayang yang sememangnya sudah berbunga di hatinya semakin mekar. Beruntung rasanya bersuamikan Hazif yang penyayang.
Hazif terlebih bersyukur mempunyai isteri yang bukan sahaja cantik tetapi pandai menjaga harga diri sebagai seorang isteri. Apatah lagi di saat ini mereka telah di kurniakan dua orang cahaya mata yang cerdik dan comel. Hazif merenung kedua-dua anaknya yang sedang nyenyak tidur. Di kucupnya pipi mereka bergantiannya. Airmatanya tiba-tiba mengalir. Apalah yang akan jadi pada mereka sekiranya sesuatu terjadi kepadanya? Itulah yang selalu Hazif fikirkan. Dia tahu, Marni seorang wanita yang cekal hatinya. Apa pun rintangan pasti Marni dapat mengatasinya. Namun, nalurinya sebagai seorang suami dan ayah yang bertanggung-jawab menjuruskan fikirannya ke arah persoalan yang sedemikian.
Marni masuk ke bilik anak-anaknya perlahan-lahan. Sempat dia melihat Hazif menyeka airmata. Marni hairan. Tidak pernah selama ini dia melihat Hazif menangis selain selepas waktu mereka sudah siap diijab kabulkan dulu. Itupun kerana kesyukurannya yang tidak terhingga kerana berjaya juga menikahi Marni walaupun mendapat tentangan hebat dari ayah Marni. "Bang... kenapa ni...?"
Hazif mengangkat muka, memandang Marni. "Mar...kalau apa-apa jadi pada abang, Mar jagalah anak-anak kita baik-baik. Pastikanlah mereka mendapat ajaran agama yang secukupnya...", ujar Hazif, lembut.
"Eh....apa abang merepek ni..sudah..mari kita makan, Mar dah siapkan tu..."
"Mar janji dengan abang dulu....", rayu Hazif.
Marni merenung wajah suaminya. Apa pula yang tidak kena dengan Hazif hari ini. Tidak pernah seingatnya Hazif berangai pelik seperti ini.
"Yalah...Mar janji..", akhirnya Marni bersuara, tidak mahu memanjangkan teka-teki ini lagi. "Mar...abang ada belikan Mar sesuatu....", ujar Hazif sambil menyeluk pokek seluarnya.
"Eh......gelang zamrud....", senyum Marni tatkala melihat seutas gelang tangan zamrud yang berkilauan.
"Mar ingatkan gelang ni tak?". Gembira benar hati Hazif melihat keriangan di wajah Marni. "Ingat?", Marni mengerutkan dahi. Sebentar kemudian dia mengeleng. Memang dia tidak ingat langsung pada gelang itu.
"Masa kita pergi honeymoon di Penang dulu. Dekat kedai masa di Komtar? Mar suka sangat tengok gelang tu. Masa tu, abang tak ada duit nak belikan Mar. Tapi abang janji pada diri abang, satu hari, abang akan belikan juga gelang tu untuk Mar. Kebetulan kelmarin, masa jalan dengan Amran, abang terpandang gelang tu. Tulah yang abang beli..."
Terpegun Marni mendengar cerita Hazif. Sungguh tidak disangka,setelah sekian lama, Hazif masih ingatkan gelang zamrud itu sedangkan dia sendiri tidak pernah mengingati gelang itu apatah lagi berangan untuk memilikinya. Kasih-sayang Hazif selama ini sudah cukup buatnya.
"Terima kasih bang....", Marni memeluk suaminya.
"Happy seventh anniversary sayang....I love you...", bisik Hazif ke telinga Marni.
"I love you too..", balas Marni. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Dalam kesyaduan itu, kedengaran bell pintu dipicit orang. "Amran agaknya tu....", bisik Hazif.
"Tak pa. Biar Mar yang buka pintu...", Marni bangun melepaskan pelukannya.
"Mar....",Hazif menyambar tangan Marni.
"I love you...very very much.....", Hazif mengucup tangan Marni, penuh kasih.
"Me too..," jawab Marni pendek. Gelang zamrud dimasukkan ke poket bajunya.
Sebaiknya pintu terbuka, menyongol wajah Amran dengan rambut yang kusut masai.
"Hai..Am. Apa kena dengan kamu? Selalunya "smart" memanjang. Hari ni lain macam aje?", usik Marni.
Amran hanya terseyum tawar. Dia masuk tanpa dijemput dan melebuhkan punggungnya di sofa.
"Mar...can you please sit down..", pinta Amran.
Marni mengerut dahi. Apa kena dengan si Amran ni agaknya?, detik hatinya.
"Please...I have something very important to tell you...", pinta Amran lagi.
Marni semakin hairan. Tetapi dia duduk juga seperti mana yang dipinta. Amran menunduk. Tidak tahu begaimana untuk memulakan perbualannya. "Mar...apa pun yang Am nak sampaikan ni, Am nak Mar sabar dan bertawakal. Terimalah dengan hati yang tenang...", perlahan ayat yang keluar dari mulut Amran.
"Apa yang you merepek ni Am?". Teka-teki terus bermain dibenak Marni. "Mar.......Hazif....Hazif kemalangan. Dia tak dapat diselamatkan Mar...", tersekat-sekat kekata itu keluar dari mulut Amran.
Marni tertawa kecil. Sandiwara apa pulak yang Amran lakunkan? Hazifkan ada di rumahnya tika dan saat ini.
"Apa ni Am...kalau nak bergurau pun biarlah bertempat...", balas Marni.
"I'm serious Mar.....Am yang saksikan sendiri.."
Marni terpegun. Mana mungkin Amran berkata benar sedangkan suaminya yang tercinta berada di rumahnya. Di bilik anak-anaknya.
"Am.....apa yang Am cakap ni...Hazifkan dah balik. Dia ada dekat bilik anak I. I baru berbual dengan dia..."
"Apa? Hazif dah balik?", terbeliak mata Amran. Sungguh dia tidak berbohong. Dia sendiri yang memangku kepala Hazif di saat kawan baiknya itu menghembuskannya nafas yang terakhir. Malah, dia sendiri melihat bagaimana Hazif disambar lori tanah ketika melintas jalan menuju ke keretanya di perhentian Macap tadi. Dan setelah jenazah Hazif dibawa ke hospital dengan diikuti Salleh dan Mizi, dia terus memecut menuju ke Johor Baru untuk ke rumah Hazif. Dia mahu menyampaikan berita buruk ini pada Marni sendiri. Dia tahu betapa wanita ini menyintai suaminya.
Tadipun sebelum masuk ke rumah ini, dia telah menelefon Salleh untuk memastikan segala urusan membawa jenazah Hazif pulang berjalan dengan lancar. Mana mungkin Hazif pulang ke rumah?
"Am...you dengar tak apa Mar cakap? Hazif dah balik...", Marni mengejutkan Amran dari khayalannya.
"Mar...Am tak tahu apa nak cakap. Tapi percayalah, Am sendiri yang melihat kejadian itu. Hazif meninggal dipangkuan Am Mar..."
"Bohong...Hazif dah balik...Nanti biar Mar panggil dia....", Marni semakin binggung. Apa tujuan Amran menceritakan yang bukan-bukan padanya? Pantas dia menjenguk ke bilik anak-anaknya. Hazif tiada disitu. Ah! Tentu Hazif di bilik mereka. Dia menjenguk ke situ juga memanggil nama Hazif. Tiada jawapan. Dia berlari ke dapur pula. Mana tahu Hazif mungkin ke sana. Tiada juga. Akhirnya setelah penat mencari, Marni terduduk di ruang makan.
Di samping makanan yang belum terjamah. Mulutnya ditangkup dengan tangan kanannya. Apakah benar yang Amran sampaikan? Mimpikah dia?
Amran hanya memerhati gerak-geri Marni. Sungguh kesian benar dia melihat Marni ber lari ke sana-sini mencari Hazif yang dikatakan sudah pulang.
"Mar...arwahnya suruh Am sampaikan sesuatu...", Amran menghulurkan kotak berwarna merah. Marni hanya mampu memandang tanpa suara. Dia masih binggung. Namun kotak yang dihulurkan Amran disambut juga. Perlahan dia membuka kotak itu. Didalamnya terdapat sepasang subang zamrud.
Terlopong mulut Marni.
"Rasanya ada barang yang hilang dari kotak tu. Kelmarin masa arwah beli, Am pasti benar ada seutas gelang zamrud bersama subang tu...tapi puas Am cari, tak jumpa juga", sedih suara yang keluar dari mulur Amran.
Marni memandang Amran. Terkedu. Air jernih sudah deras dipipinya. Baru dia teringat akan gelang zamrud pemberian Hazif. Dikeluarkan gelang itu dari poket bajunya.
"Ini ke Am?", tanyanya perlahan.
Amran tersentak. Benar! Itulah yang dilihatnya dibeli Hazif malam kelmarin. Saat itu tidak putus-putus Hazif menyatakan kegembiraannya dapat membelikan gelang itu untuk Marni. Tapi macam mana pula benda itu boleh berada pada tangan Marni? Apakah benar cakap-cakap Marni bahawa Hazif sendiri yang pulang menghadiahkan gelang itu kepada Marni? Kalau benar, bagaimana? Yang nyata di bumi ALLAH ini tiada yang mustahil dengan izinNya.
Marni hanya mampu menangis. Dia memandang "kari-kapitan' yang belum tersentuh dan milo ais yang belum terjamah. Hidangan yang sepatutnya menyambut kepulangan suaminya, terbiar begitu sahaja. Rasanya saat ini seleranya juga sudah tertutup habis. Kalau benar Hazif sudah pergi sebagaimana kata Amran, siapa pula yang datang menghadiahkan gelang zamrud ini padanya? Sungguh sukar untuk Marni menerima kenyataan ini.
Dan ketika ruang rumahnya di penuhi dengan bacaan surah Yassin, Marni masih mengharap akan kepulangan Hazif, sambil memeluk kedua anaknya yang masih terlalu kecil untuk memahami segalanya. Hanya apabila jenazah Hazif tiba di rumah, barulah Marni yakin bahawa suaminya sudah pergi untuk selamanya. Yang tinggal kini hanya seutas gelang zamrud yang menjadi saksi segalanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan