Sememangnya Kelab UMNO yang terlibat sengaja beraksi untuk menguasai gerakan mahasiswa di Mesir dengan melakukan persaingan berat sebelah. Ada program yang telah lama dirancang awal oleh BAS seperti aktiviti bahasa Arab kepada anak-anak Selangor, tetapi penyelarasan program tersebut ditukar sewenang-wenangnya oleh pegawai HEP menjadi program anjuran Kelab UMNO. Begitulah terdesaknya Kelab UMNO untuk mencipta pengaruh di kalangan mahasiswa baru Selangor. Hal ini turut sama dirasai oleh persatuan-persatuan mahasiswa dari negeri lain seperti di Terengganu. Pegawai HEP Terengganu, En. Mat Ropi Busu pernah menyebut ; ..Kalau En.Idris boleh berlaku jahat kepada anak-anak Selangor, saya boleh buat lebih jahat daripada itu.. Inilah kenyataan telah diungkapkannya kepada salah seorang mahasiswa al Azhar disini, mereka sendiri mengiktiraf perbuatan mereka sebagai perbuatan jahat.
Meninjau kegiatan setiap kerajaan negeri di Mesir, memang sejak dahulu lagi usaha-usaha untuk menghakis kesatuan anak-anak negeri melalui teknik bervariasi telah dilakukan. Bermula dengan pengislahan apartment-apartment yang menelan ratusan ribu ringgit, penarikan semula pengiktirafan badan organisasi yang sebelum ini mengetuai kebajikan pelajar, sikap double standard pegawai di setiap kerajaan negeri, seterusnya tohmahan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka sebagai anti kerajaan atau pro-pembangkang. Kelab UMNO yang wujud pula sebenarnya tiada kepentingan lain, selain menyuburkan kerja-kerja mendoktrin mahasiswa-mahasiswi baru dengan haluan kuasa daripada pegawai HEP.
Oleh azzati
Buletin Online
Nadi UMNO (Kelab UMNO) bukanlah gerakan tajdid yang ditubuhkan di tengah-tengah bumi Mesir ini, tetapi ia adalah sebuah kelab murahan yang ditubuhkan atas dasar memperkasa parti induk mereka iaitu UMNO.
Pada awalnya, Nadi UMNO ini lebih dikenali sebagai Kelab UMNO tetapi setelah berlaku kekeliruan pada kalimah ’kelab’ yang digunakannya kepada bangsa Arab di sini.
Maka, nama Kelab UMNO telah ditukar kepada Nadi UMNO Republik Arab Mesir (NUMRAM). Sekalipun tidak mendapat restu pengiktirafan daripada Republik Arab Mesir, mereka tanpa segan silu terus menjaja pertubuhan mereka di bumi perantauan ini. Menjadi tradisi masyarakat Melayu sejak dahulu lagi melatih diri untuk menghormati tetamu, tetapi jika tetamu tersebut cuba untuk menganggu hubungan kekeluargaan dan keakraban mereka, nescaya mereka akan bangkit tidak teragak-agak untuk menghambat dan menghalau tetamunya dengan kayu.
Lampiran 1 – Perlembagaan Kelab UMNO Luar Negara
Di sini terdapat beberapa butiran, rentetan daripada kewujudan Kelab UMNO yang akan membawa kepada kesan-kesan negatif kepada integriti mahasiswa al Azhar;
1) Perpaduan & ukhuwwah sesama pelajar Melayu yang telah sedia terjalin selama ini sejak zaman sebelum kemerdekaan lagi akan tergugat. Kewujudan Kelab UMNO menyebabkan majoriti ahli cenderung untuk mempertahankan survival persatuan masing-masing. Ini kerana, Kelab UMNO begitu bernafsu untuk mengumpulkan seramai mungkin ahli dengan melakukan penjajahan material. Seterusnya menjatuhkan kumpulan atau individu lain yang tidak seragam dengan mereka.
2) Sikap suka menyebarkan berita-berita palsu untuk memburukkan persatuan induk di Mesir kepada pimpinan-pimpinan di Malaysia. Contohnya seperti SMS fitnah yang menyatakan bahawa terdapat persatuan induk mahasiswa di Mesir, telah melakukan satu solat hajat beramai-ramai mendoakan kematian Y.A.B Dato’ Seri Khir Toyo. Hal ini sebenarnya adalah berita fitnah yang sama sekali tidak pernah diarahkan oleh pimpinan-pimpinan persatuan induk ini.
Video – Lampiran
Ini satu tuduhan melulu yang dilakukan Y.A.B Sato’ Seri Khir Toyo dan ia jelas merupakan berita yang digembar-gemburkan kerana perasaan dendam yang menyala kepada persatuan induk pelajar di sini. Dalam keadaan masyarakat yang telah mengalami pencemaran akhlak dan moral yang begitu teruk, sepatutnya semua tuduhan perlu kepada pemastian yang rapi, bukannya menerimanya secara bulat-bulat.
3) Kelab UMNO turut melakukan kerjasama daripada sudut kewangan dan kuasa dengan beberapa pegawai HEP negeri demi memenuhi kepentingan peribadi. Ini menyebabkan majoriti pegawai HEP di Mesir lebih senang melaksanakan tugas tanpa sistem yang tertib dan telus. Pegawai lebih senang jika wang yang sepatutnya disalurkan kepada kebajikan pelajar, turut berhak diperuntukkan juga ke poket sendiri. Hampir di semua sektor berlaku penyelewengan seperti ini, bermula dari penguasaan wang sehinggalah kepada usaha-usaha memulaukan pelajar-pelajar yang semakin celik di atas perbuatan diktator pegawai HEP.
4) Kebanyakan program-program Kelab UMNO tidak membantu pelajar sama ada dari aspek kecemerlangan potensi pendidikan mahupun sahsiah diri. *****a di akhir-akhir ini, mereka agak lari daripada tabiat buruk tersebut. Bagaimanapun, kemunculan Kelab UMNO menyebabkan lahirnya intelek yang tidak jujur, tidak mempunyai prinsip akademik yang jelas, dan tidak mempunyai idealisme sendiri kerana setiap tindakan mereka lebih mengutamakan misi kepartian daripada amanah ilmu yang dicapai di sini.
Apabila berlakunya senario di atas ini, pembaca tidak perlu hairan tentang wujudnya golongan ustaz yang tidak merokok dan yang merokok, golongan ustaz yang mengambil cakna mengenai urusan kuliah dan juga golongan yang tidak mengambil tahu tentang kuliah-kuliah di al Azhar. Kenyataan ini bukan usaha untuk aib-mengaib, tetapi inilah hakikat yang tidak dapat diselindungkan lagi apabila kita bersama dengan masyarakat siswa di bumi Mesir. Kekalutan jati diri mahasiswa al Azhar yang semakin bercempera dalam arus globalisasi dunia hari ini. Menandakan semua di kalangan kita perlu bersikap tegas merencana, berfikir, meneliti dan menangani punca-punca sebenar masalah tersebut.
Jika diamati sedalam-dalamnya, kewujudan badan-badan kebajikan di setiap negeri sebenarnya sudah melengkapi matlamat dan hasrat kerajaan Malaysia. Malah usaha kebajikan yang dikendalikan oleh setiap persatuan anak-anak negeri lebih serius dari proses sampai ke Mesir hingga ke saat pulang dari aktiviti pengajian, urusan penyediaan rumah, urusan pengajian serta kebajikan material dan spritual ahli. Persatuan anak-anak negeri juga mewakili setiap kesepaduan mahasiswa di sini tanpa mewakili apa-apa parti pun yang mereka pegang. *****a mutakhir ini, proses kebajikan yang dilakukan oleh persatuan anak-anak negeri kerap menerima ugutan dan sekatan daripada para pegawai yang dilantik. Apatah lagi ada di antara persatuan anak-anak negeri yang tidak memiliki hak perlembagaan organisasi setelah sekian lama membantu gerakan kebajikan pelajar.
Bukti paling hampir untuk saya nyatakan di sini adalah apa yang berlaku kepada episod malang Badan Anak Selangor (BAS). Lebih malang lagi, rekod pegawai HEP (Hal Ehwal Pelajar) Selangor yang dilantik untuk memantau seluruh pergerakan anak-anak Selangor di Mesir sebenarnya amat buruk sekali. Masalah disiplin dan sikap sebenar pegawai HEP Selangor, Hj. Idris b Mastor bukan lagi satu rahsia bahawa dia cukup dikenali oleh kebanyakan rakyat Selangor. Baru-baru ini, sikap kepala batunya telah menekan usaha baik BAS untuk mewujudkan perlembagaan secara rasmi. Pegawai ini sememangnya enggan untuk mewujudkan perlembagaan BAS kerana khuatir ia akan menyusahkannya. Akhirnya mahasiswa Selangor terpaksa akur dan pasrah bahawa BAS tidak mempunyai prinsip kekal yang boleh digubal dan dilakarkan ke dalam undang-undang tubuh organisasi mereka.
Setiap pertubuhan, hatta persatuan di sekolah menengah sekalipun memiliki undang-undang tubuh sendiri sebagai garis panduan untuk mengawal disiplin ahli-ahli yang menganggotainya. Sayugia ingin saya jelaskan di sini bahawa amalan musyawarah dan toleransi tidak dibenarkan untuk hidup subur dalam suasana tertekan mahasiswa-mahasiswi Selangor, kerana pegawai yang hadir ingin memonopoli seluruh keputusan yang dibuatnya. Bagaimanakah kerajaan Selangor boleh sibuk mengutarakan slogan Selangor Maju 2005, tetapi masih terbukti gagal mengambil keputusan terbaik dalam hal-hal pengurusan seperti ini? Mahasiswa Selangor dipaksa untuk menjadi robot, menerima segala sistem yang tidak menepati prasarana negara maju. Pada kemuncaknya, mereka yang angkuh dengan keputusan tidak membenarkan perlembagaan diwujudkan terus membiarkan sahaja label-label kepartian seperti Kelab UMNO untuk menghantui akal mahasiswa Selangor.
Acapkali pegawai Selangor secara sinis membayangkan wujudnya gerakan parti pembangkang yang cuba menguasai pelajar di Mesir, tetapi seolah-olah terlupa bahawa Kelab UMNO sedang berada di celah ketiaknya. Buktinya, pegawai Selangor ini telah menempatkan beberapa individu berkepentingan di dalam Kelab UMNO ke dalam rumahnya. Setiap langkah dan pemergian pegawai dituruti dengan iringan penuh dedikasi oleh anak didiknya daripada Kelab UMNO. Pada masa yang sama, pegawai tidak ragu-ragu untuk menengking dan menggertak mantan YDP BAS, Ustaz Norhan b Hamsi secara sesuka hati apabila tindakannya tidak dipersetujui. Hal tersebut berlaku sehingga menimbulkan peristiwa penyerahan surat letak jawatan YDP BAS kepada pegawai Selangor.
Tindakan dan sikap pegawai HEP yang tidak mempunyai masalah untuk berkrompomi dengan Kelab UMNO, secara tidak langsung menjadi punca kepada medan perpecahan mahasiswa Selangor. Ia sekaligus meledakkan konflik sosial secara terbuka bila mana sikap pegawai HEP membahagikan situasi menangani mahasiswa Selangor dengan adanya golongan anak emas dan golongan anak tiri di sini. Syukur kepada Allah kerana kita telah dapat menyambut kemerdekaan negara yang ke-50 bulan lalu. Begitu hebat perayaan yang kita sambut, juga pelbagai falsafah di sebalik sambutan kemerdekaan diungkapkan masih terasa kehangatannya. Namun, nilai kemerdekaan ini tidak sepatutnya mahasiswa-mahasiswi menjadi mangsa amalan feudalisme atau kasta pegawai HEP Selangor.
Sememangnya Kelab UMNO yang terlibat sengaja beraksi untuk menguasai gerakan mahasiswa di Mesir dengan melakukan persaingan berat sebelah. Ada program yang telah lama dirancang awal oleh BAS seperti aktiviti bahasa Arab kepada anak-anak Selangor, tetapi penyelarasan program tersebut ditukar sewenang-wenangnya oleh pegawai HEP menjadi program anjuran Kelab UMNO. Begitulah terdesaknya Kelab UMNO untuk mencipta pengaruh di kalangan mahasiswa baru Selangor. Hal ini turut sama dirasai oleh persatuan-persatuan mahasiswa dari negeri lain seperti di Terengganu. Pegawai HEP Terengganu, En. Mat Ropi Busu pernah menyebut ; ..Kalau En.Idris boleh berlaku jahat kepada anak-anak Selangor, saya boleh buat lebih jahat daripada itu.. Inilah kenyataan telah diungkapkannya kepada salah seorang mahasiswa al Azhar disini, mereka sendiri mengiktiraf perbuatan mereka sebagai perbuatan jahat.
Meninjau kegiatan setiap kerajaan negeri di Mesir, memang sejak dahulu lagi usaha-usaha untuk menghakis kesatuan anak-anak negeri melalui teknik bervariasi telah dilakukan. Bermula dengan pengislahan apartment-apartment yang menelan ratusan ribu ringgit, penarikan semula pengiktirafan badan organisasi yang sebelum ini mengetuai kebajikan pelajar, sikap double standard pegawai di setiap kerajaan negeri, seterusnya tohmahan ke atas mereka yang tidak bersetuju dengan tindakan mereka sebagai anti kerajaan atau pro-pembangkang. Kelab UMNO yang wujud pula sebenarnya tiada kepentingan lain, selain menyuburkan kerja-kerja mendoktrin mahasiswa-mahasiswi baru dengan haluan kuasa daripada pegawai HEP.
Lampiran 2 - Matlamat Kelab UMNO?
Lampiran 3 – Ikrar Kelab UMNO Luar Negara
Meskipun terdapat daripada matlamat penubuhan mereka yang cuba dijelaskan di dalam sebahagian kertas kerja dan buku direktori tersebut terdapat salah satu subset yang terkandung dalam gerak kerja kesatuan yang dikehendaki oleh Islam, tetapi ianya seolah-olah tiada keselarasan malah kita yang melihat hanya tertipu dengan analogi syiar-syiar Islam mereka. Adakah selama beberapa tahun, sebahagian mahasiswa yang mencacatkan diri di dalam pertubuhan seperti Kelab UMNO ini telah dapat mengubah dasar UMNO kepada nilai dan dasar Islam yang sebenar? Apakah reaksi Kelab UMNO apabila hiburan semahu-mahunya dihidangkan kepada masyarakat Malaysia? Apakah tindakan Kelab UMNO apabila tokoh pemimpinnya menyentuh bahu gebu Dato’ Michelle Yeoh? Bagaimana sikap Kelab UMNO apabila elemen-elemen MTV, Amerikanisasi, gila populariti mencemar budaya pribumi dibawa masuk ke Malaysia? Apakah pula perubahan yang telah dilakukan oleh Kelab UMNO apabila rasuah menjadi bahan pelaburan pemimpin politik UMNO?
Kewujudan Kelab UMNO tiada langsung memiliki disiplin yang tegar untuk mendaulatkan nilai murni dan cita-cita Islam. Jika pelapis agamawan seperti ini yang dikehendaki oleh UMNO, kita risau penegakan syiar Islam di Malaysia hanya akan menjadi utopian. Maka, kerana itulah saya berpendapat bahawa terdapat kekeliruan telah dilontarkan kepada para pencinta Islam yang membawa syiar Islam Hadhari ini. Dalam kaitan ini, pegawai Selangor yang bekerjasama dengan Kelab UMNO turut menyekat kewangan aktiviti berunsurkan dakwah seperti program Ihya’ Ramadhan anjuran anak-anak Selangor. Di akhir peristiwa, anak-anak Selangor terpaksa memberikan sumbangan duit poket peribadi agar aktiviti Ihya’ Ramadhan dapat dijalankan dengan sebaiknya.
Kaedah penindasan yang dilakukan terhadap BAS ini, persis (resemblance is undeniable) nasib yang sama ditimpakan kepada penduduk Palestine. Tahun lepas Presiden Amerika, Bush telah mengeluarkan arahan agar mana-mana aset pertubuhan kemanusiaan yang mengutip dana bagi membantu rakyat Palestine dibekukan. Ketika itu banyak pertubuhan yang gulung tikar menjadi lesu akibat arahan tersebut. Mujurlah Universiti al Azhar ini merupakan harta wakaf milik rakyat Mesir, jika ia milik Kelab UMNO sudah tentu berlaku bermacam-macam angkara yang menyakitkan hati para mahasiswa tempatan dan antarabangsa.
Lampiran 5 – Fasal 6 punca pendapatan
Lampiran 6 – Kertas kerja minta peruntukan RM 27500.00
Apakah wajar ribuan demi ribuan dihabiskan untuk keuntungan organisasi seperti Kelab UMNO? Jumlah peruntukan RM 27,500.00 daripada MB Selangor ketika sesi lawatannya ke Mesir pada awal September lalu merupakan satu pembaziran yang sangat dahsyat. Dengan wang sumbangan tersebut, Kelab UMNO boleh membeli dan memaksa seluruh anak Selangor mendaftarkan diri ke program Kelab UMNO. Sebaliknya jika berlaku penafian terhadap arahan tersebut, penerimaan wang zakat anak-anak Selangor akan ditarik balik. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pula turut memberikan dana kewangan kepada Kelab UMNO untuk menjalankan aktiviti kebajikan mahasiswa-mahasiswi baru yang hadir ke Mesir. Pengagihan dana tersebut merupakan bukti ketidakadilan telah dilakukan kepada persatuan berautoriti, BAS untuk menjaga kebajikan anak-anak Selangor di Mesir. Budaya pandang bulu dan amalan diskriminasi inilah yang akhirnya akan menghancurkan kesatuan mahasiswa al Azhar di sini.
Tuntasnya, menjaga kebajikan pelajar bukanlah matlamat kewujudan Kelab UMNO yang sebenar. Kewujudan mereka langsung tidak memberikan manfaat kepada pelajar, kecuali telunjuk lurus kelingking UMNO yang memaksa mereka untuk terus wujud meneruskan agenda kepartian di Mesir ini. Di mana logiknya penubuhan Kelab UMNO ini untuk memastikan kedaulatan syiar Islam tidak dapat dilihat. Di mana juga pengamalan feqh dakwah mereka juga tidak dapat diketahui. Apa yang pasti, kewujudan, asakan, penjajahan dan juga hasutan mereka telah berjaya melemahkan kualiti unggul masyarakat al Azhar. Saya yakin, angan-angan Dato’ Seri Ahmad Badawi untuk mencari pelapis Imam as Syafie dan Imam al Ghazali di dalam ungkapan sajaknya dahulu tidak akan kesampaian.
Rakyat Malaysia
Tolong selamatkan kami
dari belenggu Kelab UMNO dan pegawai HEP
Wassalam"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan