Rabu, 31 Oktober 2007

Mesti baca: Jawapan PMRAM Terhadap Tuduhan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo.

Oleh: Hairul Nizam Bin Mat Husain
(Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) )


Berdasarkan penelitian terhadap klip video, berikut adalah antara ucapannya;
“Banyak pelajar kita yang terlibat dengan aktiviti luar pelajaran yang tidak utama pelajaran. Walaupun saya dikutuk, saya ramai sembahyang hajat suruh saya mati cepat macam-macam. Saya kata anak saudara tidak boleh libatkan di dalam mana-mana aktiviti luar daripada konsep pelajaran. Ha, PMRAM marah saya, sembahyang hajat, sms saya mati cepat..”

Pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah dimaklumkan ketika Majlis Ramah Mesra Bersama Menteri Besar Selangor anjuran Kerajaan Negeri Selangor dan Badan Anak Selangor Mesir pada 4 September 2007 bertempat Dataran Haiyu ‘Asyir Kaherah, Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo telah mengucapkan beberapa kenyataaan yang pastinya tidak benar sama sekali.

PMRAM tidak pernah menganjurkan solat hajat sepertimana yang didakwa. Begitu juga PMRAM tidak pernah meminta agar ahli menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) berbentuk kecaman terhadap mana-mana individu walaupun setelah pelbagai tekanan telah menimpa mereka.

Dengan ini, PMRAM menafikan kenyataan Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo tersebut yang disifatkan sebagai fitnah menjatuhkan kredibiliti PMRAM dan mengusik sensitiviti serta kesatuan mahasiswa melayu yang berada di Mesir.

Penafian ini tidak bermakna PMRAM mengecam Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo. *****a inisiatif tersebut diharap dapat membetulkan salah tanggap yang timbul.

PMRAM berharap agar pihak Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mohamed Khir Toyo dapat memastikan kesahihan sumber berita yang berkait dengan PMRAM agar berita dan maklumat berkenaan PMRAM yang sampai ke peringkat pengetahuan Y.A.B. Dato' Seri tidak berupa berita palsu yang sengaja diada-adakan demi untuk memburukkan PMRAM pada kaca mata para pimpinan di Malaysia.

Diharap kepada ahli-ahli PMRAM dapat bersatu membawa wadah perjuangan mahasiswa-mahasiswi yang berada di perlembahan Nil ini agar terus maju ke hadapan memikirkan prioriti yang sepatutnya.

copy :http://sensasi.freephpnuke.org

Tiada ulasan: