Jumaat, 9 November 2007

JAMAAH TABLIGH - APA TANGGAPAN ANDA?

Jam sudah menunjukkan jam 4 pagi, tapi mata ni masih belum menandakan tanda-tanda untuk beradu. Maka, tangan saya memilih laman web tranungkite untuk membaca artikel-artikel terbaru. Lantas ada satu topik menarik yang sentiasa saya fikirkan sejak dari kecil lagi. Tabligh.

1000 % Kisah benar.......dan kisah ini tidak membabitkan Kumpulan Tabligh dengan PAS, cuma melibatkan Kumpulan Tabligh sahaja. Saya tak pernah terlibat secara langsung dengan dakyah Tabligh, tetapi secara kasarnya akibat dari pengaruh Tabligh mengakibatkan anak saya gagal serta kecundang ketika menuntut di sebuah menara gading diuatara Tanah Air.
Secara dasarnya pada pemerhatian saya, sebelum kita nak mentablighkan orang lain, maka kita semestinya mentablighkan diri kita dahulu. (sila klik untuk laman pergi ke laman web sebenar)


Ayah saya sebenarnya memang rajin berkecimpung dengan Al-Arqam sejak dari dulu lagi.. kalau berdiri dari halaman rumah tu wangi semacam sahaja, confirm jamaah Al-Arqam datang menziarahi keluarga kami. Sejuk mata memandang mereka dengan jubah yang kemas, serban yang dililit dengan cantik, celak yang diukir dimata tanda menegakkan sunnatullah serta senyuman yang diukir dibibir tidak akan saya lupakan sampai bila-bila. Ternyata mereka memang menjalankan dakwah islam dengan sebaik mungkin.


Berbalik pula kepada Jamaah tabligh, andaikata saya terserempak dengan orang-orang tabligh ni, ada sahaja yang tidak kena dalam perlakuan kami, seolah dialah yang is the best.

Sebelum tangan ini rancak mengkritik tabligh, saya mohon maaf jika ada diantara pembaca ini memang aktif dengan tabligh. Diharap pembaca dapat memberikan komen tentang jemaah tabligh yang pembaca sedari, bukan dari kritikan saya, kerana ini adalah penemuan-penemuan dalam kehidupan saya.

Sebagai contoh pertama ingin saya paparkan kisah saya serta 2 orang sahabat yang baru sahaja rehat menunaikan solat Fardhu Asar di Masjid Jami' Kuala Lumpur. Tiba-tiba datang seorang tabligh duduk memberikan salam kepada kami. Maka sesi kenalan bermula dengan mereka bertanya nama kami...

T :nama kamu siapa ?

kawan 1 : Syed Amru
kawan 2 : Syed Naqhaie
saya : Faizal

T :kamu bukan syed ?

saya : bukan, sebab moyang saya (kini sudah meninggal ) berkahwin dengan orang biasa. Lagipun dia keturunan Syeikh

T :bangsa apa?

saya : Bin Syeikh Abu Bakar

T :oh, kamu tahu dari mana asal usul Syed dan Syarifah?

saya : (menceritakan asal usul bangsa ini dari awal sampai akhir)

Lantas T diam kemudian memberikan peringatan kepada kami agar jangan berbangga dengan keturunan kerana orang yang mulia disisi Allah ialah orang yang bertaqwa kepada-NYA. Bertubi-tubi kami kena dengan tazkirah dia. Saya bukan tidak menerima teguran dia, tetapi cara dia memperingatkan kepada kami ni seolah-olah kami ni terlalu bangga dengan keturunan. Yang mengecilkan hati kami, dia bangun lantas meninggalkan kami seolah-olah membenci kami.

contoh ke dua
Sahabat kawan kakak saya yang sudah melangsungkan pertunangan terpaksa menghadapi putus tunang akibat tunangannya diarahkan oleh ketua tablighnya agar memutuskan tali pertunangan dengan kawan kakak saya. Alasannya, ada seorang wanita ditempat kerjanya perlu diberikan tarbiah dan melangsungkan pertunangan dengan pekerja wanita tersebut. Kawan kakak saya menceritakan kepada saya, lelaki itu memang berubah sejak dia masuk ke dalam jamaah tabligh.

contoh ke tiga
Kawan saya bekas tabligh dan penglibatannya memang terlalu aktif. Dia pernah menceritakan kepada saya kebanyakkan ahli tabligh ini bukan dari didikan agama. Lantas menerima bulat-bulat ilmu yang dipelajari dari ceramah ketuanya. Maka dari itu, kebanyakan ahlinya terlalu sempit ilmunya sehingga sukar untuk menerima pendapat ulamak-ulamak yang lain.

Bahkan ada yang terlalu zuhud (menyalahtafsirkan erti zuhud), meninggalkan kerja amal untuk hidup duniawi, anak isteri semata-mata untuk memberi tazkirah kepada masyarakat. Bahkan kadang-kadang bila saya lalu disebelahnya, bila diperhatikan pakaian pun tidak bersih, bau yang kurang menyenangkan. Tindak tanduk yang kurang memuaskan.

Memadailah dengan 3 contoh dan 1 cerita yang saya ambil dari laman web yang lain untuk kita sama-sama muhasabah diri kita sendiri. Bukan bermakna saya memperlekehkan jamaah ini, cuma saya kurang senang dengan apa yang saya hadapi. Mungkin dari kumpulan yang lain memberikan contoh yang baik, cuma mungkin rezeki saya untuk melihat mereka tidak kesampaian..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam perjuangan...
wah!....sronok komen jemaah lain..
errmmm...rase2nye ape yg telah kite buat utk islam???

Tanpa Nama berkata...

salam napic.. cuba baca artikel itu betul-betul.. jangan terlalu emosi dan berfikiran pendek dalam menilai penulisan orang.. sy rasa penulis perlukan komen dan tanggapan anda semua tentang jamaah tabligh..

yg keliru di jelaskan.
yg salah di perbetulkan..
yang bengkuk diluruskan..

Tanpa Nama berkata...

suka comment tanpa nama, nice... :)