Isnin, 8 September 2008

Epal & Kismis - Antara 18 tahun


Ramadhan Tahun 1990
Tiba-tiba perutku terasa lapar, maklumlah ketika kecil asyik lapar sepanjang masa. Mak kata makan banyak tapi badan cekeding. Kena pulak waktu berpuasa, lagi sihat la jadinya. Nak tahan lapar carilah idea untuk hilangkan kelaparan dengan duduk di tepi tingkap sambil melihat semut-semut berjalan di tepi longkang dengan membawa bangkai lalat yang sudah mati. Melihat pokok jambu air yang menantikan buah-buahnya berbunga dan sempurna menjadi buah. Memang ternyata lapar diperut berjaya dihilangkan. Lalu fikiran melayang dengan angan-angan yang lain.

Lantas pungung yang tidak sampai berlabuh selama 10 minit bangun menuju ke dapur dan membuka peti ais. Tanganku mengambil sebiji epal yang paling besar dan terus menuju ke bilik dan melabuhkan punggungku sekali lagi ditempat yang sama. Mulutku mengunyah dengan penuh lazat sambil menyambung angan-angan tadi. Ah, kenyang betul hari ini dengan memakan sebiji epal! Angan-angan pun sudah habis, lantas bangun menuju ke ruang tamu dengan mak ayah sedang berborak dengan abang ngah.

Emak : Kamu buat apa dalam bilik tadi faizal?
Saya : Duduk-duduk sambil makan epal.
Emak : Kamu tak pose ker?
Saya : Ha, alamak.. lupa la mak.. batal ke mak?
Emak (sambil tersenyum) : Kalau terlupa takpe je.. kalau sengaja batal tau!!
Abang Ngah (ayat mengusik) : Ha... haa .. pose batal.. tak boleh raya..

Ramadhan Tahun 2008
Hari ini Raudhah puteri manja sama-sama bersahur dengan walid dan umminya. Selepas selesai menunaikan solat fardhu Subuh, duduk sebentar di depan komputer untuk membaca berita di laman web. Melihat Raudhah tidak senang duduk tangan ini meraba pampers yang dia pakai. Sudah penuh rupanya.. Saya menggantikan pampers Raudhah.. nak jadi bapa mithalilah katakan

5 minit kemudian..

Raudhah ( sambil merengek ) : Nak nak..
Saya : Kakak nak apa?
Raudhah : tu!!
Saya : Air?
Raudhah : tu.. tu!!
Saya : Ini! (Sambil tunjuk kimis salam plastik)
Raudhah : aaaaa, cedap!!!
Saya : Lain kali cakap la, walid nak kismis ( sambil senyum )

Dah 5 minit berlalu Raudhah menghulurkan batang kismis yang kecil ke mulut saya..

Saya : Ish, nak bagi walid makan batang kismis je ke? Bagilah kismis ni aa..

Lantas tangan mengambil sebiji kismis dan masuk ke dalam mulut. Ditelan kismis sampai lupa baru saja tadi kami bersahur untuk berpuasa. Setelah 10 minit berlalu barulah tersedar yang saya berpuasa. Ya Allah, memang mithali sungguh saya ini, tolong tukarkan pampers Raudhah bila penuh, tolong makan kismis dengan dia lagi.

Sebenarnya bukan nak cerita apa, memakan tanpa sengaja memang tidak membatalkan puasa. Jangka masa 18 tahun sememangnya agak lama untuk mendapatkan rezeki makan tanpa sengaja dibulan puasa ini. Memang pelik kalau ada orang terlupa tiap-tiap hari dia terlupa..heheheheh

Ramai orang kata ia rezeki dari Allah. Tapi bila kita muhasabah semula, disamping rezeki, adakah fikiran kita sudah lalai dengan arahan Allah? Renungkalah sejenak..

Tiada ulasan: