Rabu, 4 Februari 2009

Bagaimana Boleh Berlaku Pertukaran Kerajaan?

Kejutan demi kejutan dalam arena politik tanah air terus dianggap sebagai satu tranformasi politik ke arah perubahan yang kini dianggap oleh kebanyakan rakyat Malaysia. Walaubagaimanapun, pada hari ini Pakatan Rakyat pula diberi satu ujian dengan kehilangan 2 Adun dari Keadilan dan tiba-tiba gempar mereka menyertai Barisan Nasional. Tidak cukup itu, Adun dari DAP turut serta dalam penyertaan Bebas tanpa parti politik dan Adun dari Bota kononnya sudah tidaka mempercayai kepada BN dan melompat parti Keadilan, kembali ke pangkuan BN.

Apa yang berlaku disebalik tabir politik tanah air khususnya di Perak mengambarkan parti yang sedia ada di semenanjung Malaysia lebih banyak menumpukan kepada perebutan kerajaan negeri daripada membangunkan mutu agama, moral, pendidikan, pembangunan yang semakin lama semakin merundum. Jika benarlah apa yang didakwa oleh beberapa ahli parti pakatan rakyat yang bersangkut paut dengan Rm 50 juta, adun bota di bawa lari oleh 2 ahli umno dan duit menjadi umpan untuk kebanyakan adun di serata adun pakatan rakyat, tertanya ini merupakan fenomena yang buruk dan tidak akan mampu ditinggalkan. Kerana Pas sendiri mendakwa mencuri adun parti dikalangan pembangkan sudah wujud lama sejak tahun 1961. (Rujukan : harakahdaily 4 februari 2009 )

Apa yang berlaku sekarang ini jelas membuka mata rakyat bagaimana pertukaran kerajaan negeri boleh terjadi. Adakah ia boleh berlaku seperti duduk saja saja di warong kopi? Atau esok sudah boleh jadi MB? atau terus menghadap Sultan untuk minta perkenan.. Alhamdulillah, fakta demi fakta yang saya perolehi berlandaskan undang-undang, dan ini yang mampu rumuskan hasil dari petikan laman web tv Pas mengenai pertukaran kerajaan sebagaimana diberitahu oleh seorang peguam bernama Hj Asmuni Awi.

Menurut peruntukan undang-undang, pertukaran kerajaan negeri boleh berlaku melalui tiga cara:-

1. Kerajaan yang sedia ada tidak ada upaya dan menarik diri dengan meminta perkenan Sultan.

2. Melalui ‘undi tidak percaya’ oleh dua per tiga ADUN dalam satu-satu sidang DUN. Jika cara ini akan digunakan umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu menunggu sidang DUN PERAK yang dijadual paling awal berlangsung bulan April.

3. Melalui pembubaran Kerajaan Negeri oleh seseorang Ketua Kerjaaan Negeri (Menteri Besar) dengan mendapat perkenan Sultan; Jika cara ini akan digunakan Umno Barisan Nasional, ini bermakna mereka perlu melalui proses pilihanraya setelah DUN dibubarkan.

Wallahu a'lam bissawab

Ahad, 25 Januari 2009

Pelajar Malaysia di Mesir meninggal dunia

Warga Malaysia yang berada di Mesir pada hari ini (24 Januari 2009) menerima khabar duka dengan pemergian seorang mahasiswa tahun satu, Mohd Hatta bin Mohd Hanafi berasa dari Terengganu yang telah kembali ke rahmatullah jam 12.35 pagi tadi (waktu Mesir) di Hospital Damardasy, Abbasiyah.
Arwah meninggal dunia setelah disyaki mengidap penyakit TB atau radang paru-paru berair setelah mengadu ketidakselesaan kesihatan sejak seminggu yang lalu.

Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi adalah penuntut tahun satu di Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Jabatan Usuluddin, Universiti Al-Azhar, Kaherah.

Arwah sebelum ini adalah penuntut di Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Terengganu [MTANT], Padang Midin. Beliau baru sahaja menjejakkan kaki di Bumi Mesir ini sekitar 3 bulan.

Jenazah beliau akan dibawa pulang ke Malaysia dalam jangkaan masa yang terdekat esok. Solat jenazah pula akan dilaksanakan pada 25 Januari di Dataran Hayyu Asyir jam 10.30 pagi.

Arwah sebelum ini sempat memduduki 4 kertas peperiksaan di kuliah yang sama.

JENAZAH SELAMAT DIABADIKAN

HAYYU ASYIR, 25 Januari - Jenazah Allahyarham Mohd Hatta Bin Mohd Hanafi 21, pelajar tahun 1 Kuliyyah Usuluddin Universiti Al-Azhar, Kaherah yang meninggal dunia semalam telah selamat disembahyangkan di Dataran Hayyu Asyir disini sekitar jam 11.45 pagi tadi.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Dataran Hayyu Asyir setelah dimandi dan dikafankan di Hospital Damarsash, Abbasiyyah.

Jenazah tiba kira-kira jam 11.19 pagi dengan diiringi bersama Pengarah JPMK, Prof Madya Jamil Hasyim, Pegawai Atase Kedutaan Malaysia, Encik Zainuddin Abd Rahman beserta YDP KPT, Ustaz Syafizi Ismail.



Dalam pada itu, Solat Jenazah telah dimamkan oleh Mufti dari Jabatan Mufti Negeri Terengganu, Al-Fadhil Ustaz Alias yang berbetulan sedang berkhusus disini.

Hadir sama Pegawai-Pegawai Rumah Negeri, Pegawai Kedutaan Malaysia beserta AJK Badan Pengurus PMRAM disamping para palajar di sekitar Hayyu Asyir. Turut sama kelihatan ketika solat jenazah tersebut ialah As-Syeikh Habib Umar Zain.

Sejurus selepas itu, jenazah dibawa terus ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk urusan penerbangan ke Malaysia.

Jenazah dijangka tiba di KLIA jam 9 malam Isnin waktu Malaysia. Turut serta dalam penerbangan tersebut ialah abang kepada Allahyarham, Mohd Hambali Mohd Hanafi beserta Pengarah JPMK, Prof Madya Jamil Hashim sebagai juruiring di sepanjang perjalanan tersebut.

Rabu, 31 Disember 2008

Temuramah Eksklusif Bersama Ust Maszlee Malek Berhubung Serangan Rejim Zionis.


Angka kematian di Gaza semakin meningkat dari hari ke hari. Seluruh dunia kini menumpukan tumpuan kepada serangan terbaru rejim Zionis yang diakui terbesar semenjak 1967.

Ikuti temuramah eksklusif wartawan Palestinkini , Gunx bersama Ustaz Maszlee Malek, seorang penganalisis isu Palestin yang tidak asing lagi yang kini berada di Durham, United Kingdom.

1-apakah sebenarnya yang membuatkan rejim Zionis melakukan serangan terbesar semenjak peperangan 1967 ini ? adakah ia ada kaitan dengan pilhanraya Israel Febuary nanti ?

Serangan ini merupakan medan bagi para pengganas Zionis mengambil miledge politik mereka menjelang pilihanraya. Tiada seorang pun pemimpin parti di Israel yang akan berani menentang serangan ini keana takut tidak akan dipilih di dalam pilihanraya. Mereka akan saling berlumba menunjukkan siapa yang lebih brutal.

2-kenapa Mesir masih berdegil membuka pintu sempadan serta menghalang sebarang bentuk saluran bantuan kemanusiaan oleh negara2 lain yang ingin menggunakan laluan sempadan mereka utk ke Gaza ?

Tiada siapa yang tidak tahu bahawa Hosni Mubarak sebenarnya adalah lebih kejam dari rejim Zionis. Sepatutnya dia dicalonkan untuk menjadi presiden Israel berdasarkan rekod jenayah kemanusiaannya terhadap rakyatnya sendiri dan juga penduduk Gaza. Tanpa beliau rejim Zionis tidak akan dapat melakukan serangan hari ini. Di UK beberapa siri demo akan diadakan di hadapan kedutaan Mesir, begitu juga di beberapa negara lain, harap di Malaysia juga akan diadakan demo yang serupa.

Mungkin negara2 Islam, terutamanya Msia boleh menarik kesemua pelajar2 mereka di al-Azhar sebagai tanda protes...ini bermakna kehancuran ekonomi Mesir di zaman kemelut ekonomi dunia!

3-Menteri Luar Israel meminta dunia menuding jari kepada Hamas dan semua serangan Israel ini adalah sama sekali berpunca dari Hamas. apa pendapat saudara ?

Apabila seorang perogol bersenjata, bertubuh sasa cuba untuk merogol gadis sunti yang lemah tetapi mempunyai tae kwn do black belt, apakah gadis sunti itu akan membiarkan dirinya dicabuli? Agak pelik apabila si perogol mengadu 'anu'nya disepak, dan mengatakan beliaulah mangsa 'keganasan' gadis sunti yang lemah dan cuba mempertahankan dirinya!

4-Jumlah kematian meningkat kepada 345 orang setakat ini manakala beribu2 orang masih tercedera. Bantuan kemanusian pula di sekat utk di bawa masuk ? apa pandangan saudara dengan keadaan ini ?

Putuskan hubungan ekonomi dengan Mesir dan tarik kesemua pelajar2 Muslim yang berada di Univ al-Azhar. Mesir adalah dalang utamanya!, Mubarak adalah penjenayah utama sama seperti Olmert, Livni, Barak dan lain-lain. Jikalaulah si diktator Mubarak membenarkan pintu sempadan Refah dibuka, sudah tentu halini tidak timbul.

5-Obama di perhatikan tidak dapat melakukan apa2 dengan serangan terbaru Israel ini ? apa pandangan saudara ? atau saudara mempunyai pandangan optimistik tersendiri ?

Apakah yang diharapkan dari Obama?, bila masa pula beliau bersimpati dengan nasib rakyat Palestin?, beliau hanyalah seorang warga AS berkulit hitam dari parti Demokrat...beliau hanya akan meneruskan polisi2 luar AS berkaitan Israel.

6-Setakat ini , dengan kematian beratus2 orang ini , apakah tindakan terkini pihak Hamas ?

HAMAS seperti juga fraksi2 perjuangan yang lain telah bersumpah untuk mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka. Kita telah pun melihat serangan balas mereka, dan saya menjangkakan serangan yang lebih hebat akan mereka semua lakukan demi mempertahankan rakyat, rumah dan tanah air mereka.

7-Israel di laporkan akan melebarkan serangan udara kepada serangan darat. adakah ini merupakan serangan nekad Israel bagi melenyapkan Hamas dalam persada politik Palestin ?

Sasaran mereka bukan hanya HAMAS, tetapi rakyat Gaza, rakyat Palestin kesemuanya. HAMAS adalah suara rakyat Palestin. Melenyapkan HAMAS bererti melenyapkan rakyat Palestin keseluruhannya.

8- apa saranan saudara kepada masyarakat di Malaysia tentangan serangan terbaru rejim Zionis ini ?

Rakyat Malaysia pelu lebih agresif. Cuba lihat di UK, hasil demo tiap2 hari, menteri luarnya David Miliband telah mengeluarkan kenyataan yang agak luar biasa mengutuk serangan tersebut. Namun ini tidak menyebabkan mereka menghentikan demo di depan kedutaan Israel, mereka akan tetap berdemo sehingga serangan dihentikan. Begitu juga di negara-negara Eropah yang lain.

Demo satu hal, satu lagi ialah kumpulan lobi, terutamanya di peringkat a'bangsa. Di zaman IT, pelbagai prasarana boleh dilakukan. Facebook merupakan satu wacana yang sesuai. Lobikan rakyat2 negara Eropah agar mempengaruhi wakil2 mereka di EU untuk menjadikan Israel sebagai rejim Aparteid dan diboikot. Lobikan juga agar EU mula menghantar bantuan. Begitu juga dengan ASEAN dan OIC...

Interest group juga amat penting. Ke manakah kumpulan pro-wanita dan kanak2 di dalam hal ini. Sepatutnya kempen mengutuk serangan di peringkat a'bangsa telah dilakukan oleh kumpulan2 ini untuk membela nasib wanita dan kanak2 di Gaza...

Mungkin kelab simpatisan 'Balouchi sisters' boleh ditubuhkan untuk kempen di rantau Asia. Jadikan iktibar kematian 5 kanak2 perempuan bersaudara itu sebagai tema kempen untuk dunia membantu. Kirimkan bantahan kepada negara2 Arab berjiran agar masuk campur dan menyerang rejim Zionis.

copy from : http://www.palestinkini.info/modules.php?name=News&file=article&sid=2437

Jumaat, 31 Oktober 2008

Dunia & wanita berpurdah

Suatu kisah...

Kisah ini berlaku sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar. Sebaik saja muazzin melaungkan azan, aku terlihat seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya. Dia berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya. Malah dia memberikanku anggukan kecil penuh bermakna sebelum wanita itu berpusing di satu sudut menuju ke lorong penjual sutera.

Bagaikan terkena panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid memandangkan masanya telah tiba untuk solat, namun perdebatan ternyata gagal. Aku memutuskan untuk mengikut wanita tersebut.

Aku bergegas mengejar wanita itu, nafasku pantas dan mengah manakala wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya. Dia telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu dibalik purdah hitamnya. "Adakah ini khayalanku sahaja?" bisik hatiku. Akalku seolah-olah tidak berfungsi pada waktu itu.

"Siapakah wanita itu?"

Aku memantaskan langkahku dan memasuki lorong dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku, sentiasa dihadapan, masih tidak dapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak.

"Adakah wanita itu orang gila?"

Semakin jauh nampaknya wanita itu berjalan hingga ke penghujung bandar. Mentari turun dan tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami berada di tempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama.

Kalaulah aku siuman seperti biasa, pasti aku akan merasa gementar, tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasa dijadikan tempat pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan melalui pintu bangunan sebuah kubur tua.

Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga tersebut dan mengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu. Di dalam bilik bangunan kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam masih berpurdah, bersandar pada bantal yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi. "Kuncikan pintu itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya. " Aku akur.


"Buangkan kunci tersebut ke dalam perigi itu," kata wanita itu. Aku tergamam sebentar, kalaulah ada saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Buang-lah," ujar wanita itu sambil ketawa, "tadi kau tidak berfikir panjang untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.

"Waktu maghrib sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh. Perutku terasa bersimpul tatkala tiada bunyi kedengaran ketika kunci itu jatuh ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut.

"Tiba masanya untuk melihat aku," kata wanita tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan wajah sebenarnya. Bukan wajah segar seorang gadis remaja, tapi kehodohan wajah yang mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur kedut ketuaannya. " Pandang aku sungguh-sungguh, " kata wanita itu lagi.

"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku , sekarang kau telah memiliki diriku . Didalam kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.

Dalam sebuah hadis riwayat Abu Daud yang bermaksud:

"Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' "

kampus negara

Isnin, 27 Oktober 2008

Sejenak bersama Nazrey Johani di Iskandariah, Mesir

Sekilas menceritakan kehadiran Abang Nazrey Johani di bumi Iskandariah, Mesir. Di sini saya tidak ingin membicarakan tentatif program rombongan beliau ke sini, sebaliknya saya ingin menceritakan apa yang boleh menjadi tatapan kita bersama bagi mengisi jiwa kita yang terkadang lesu di medan perjuangan Islam.

Setiba sampai di Markaz Dewan Perwakilan Mahasiswi Iskandariah, rombongan Abang Nazrey, Ustaz Khairi Zainuddin dan yang lain dijamu santapan kuih pembuka pertemuan. Saya hanya duduk dicela rombongan sambil mendengar perbualan mereka. Inspirasi pertama yang dapat saya ambil dari perbualan Abang Nazrey, beliau menyatakan bagaimana tatkala kita keletihan dalam urusan seharian sekaligus keletihan itu melemahkan semangat untuk terus menyelesaikan aktiviti dakwah kita. Bayangkan kita berada di medan perang, membayangkan ketika peperangan Rasulullah bersama sahabat, bagaimana tatkala kita keletihan, luntur semangat dan keringat dan tatkala itu jugalah musuh terus menyerang. Adakah kita tega membiarkan semangat kita terus luntur? Maka semestinya kita harus terus menaikkan semangat, mengangkat senjata dan melupakan keletihan agar tenaga kita pulih seperti sedia kala untuk berhadapan dengan musuh dan mengalahnya.

Perumpaan yang diberikan Abang Nazrey cukup cantik, beliau yang sentiasa sibuk dengan aktiviti harian, dakwah semestinya keletihan dan semangat itu teruji. Mungkin inilah yang menjadi pembakar semangat untuk beliau terus cekal di medan yang beliau perjuangkan. Hanya dicelahan perbualan saja, saya dapat mengambil satu motivasi penguat jiwa pejuang daripada pendakwah seni Islam kelahiran di bawah bayu ini. Sememangnya abang Nazrey merupakan vokalis yang selama ini ingin saya hampiri. Banyak peluang yang ada untuk saya bertemu beliau sebelum ini, ketika beliau masih bersama Raihan. Abu Bakar (Raihan) merupakan sepupu bapa saya, jadi peluang itu adakalanya hadir tapi telah ditakdirkan pertemuan pertama kami di bumi Iskandariah, Mesir.

Majlis pelancaran Kamus Al-Miftah dimulakan, ucapan demi ucapan diperdengarkan. Giliran Abang Nazrey pula berucapkan sekaligus mempromosi dan melancarkan Kamus Al-Miftah. Semestinya ucapan ini dinantikan oleh hadirin dan diri ini. Menceritakan apa yang menjadi persoalan yang mungkin jawapannya sudah acapkali didengar atau ditatap, tapi biarlah jawapan itu diulangi secara LIVE dihadapan mahasiswa Al-Azhar. Kenapa saya keluar Raihan ? Tertanam di sanubari beliau untuk memperjuangan kalam kebenaran semenjak beliau memeluk Islam tatkala usia 12 tahun. Medan yang dipilih adalah seni suara Islam. Jika kita perhatikan dari awal album nyanyian Abang Nazrey ketika bersama The Zikr tahun 1993 yang kebanyakan lirik albumnya ditulis oleh beliau sendiri. Dapat kita lihat, liriknya tersurat dan tersirat kalam kebenaran. Sehinggalah beliau bersama Raihan dengan album pertama mencecah 700 ribu unit jualan, tidak termasuk berjuta-juta CETAK ROMPAK yang sehingga kini tiada album artis Malaysia bisa menandingi jualannya.

Abang Nazrey Johani merasakan perjuangan kalam kebenaran bersama Raihan perlu diakhiri. Perlu lebih masa turun padang bersama masyarakat Sabah. Menyumbang jiwa, raga dalam memberi kepahaman Islam hakiki di sana. Semua ini agak terbatas ketika beliau bersama Raihan yang dinaungi Warner Music (syarikat rakaman terbesar di Malaysia). Suara lunak-nya ingin secara LIVE diperdengarkan kepada mereka yang tidak mampu mendengarnya semasa beliau bersama Raihan. Dengan bayaran minimum RM 5000 dan kebiasaannya RM 20 000, pasti ramai yang tidak mampu mendengar suara lunak pendamai jiwa ini. Inilah antara sebab utama bisikan untuk keluar Raihan disahut-nya. Membangun Kompleks Raudhah di Sabah yang dijangka menelan belanja RM 150 juta menjadi impian utama beliau. Mewujudkan Perkampungan Tahfiz atau Maahad Tahfiz sebagai langkah pertama tatkala ini.

Di awal pengeluaran beliau dari Raihan menyebabkan saya tidak senang hati. Bagi saya Nazrey adalah Raihan dan Raihan adalah Nazrey. Siapa Raihan tanpa suara merdu lunak Abang Nazrey Johani? Tapi dengan semua alasan yang diberi-nya, tindakan beliau untuk keluar Raihan memang sangat realistik.

Ucapan Abang Nazrey diseliti nyanyian merdu keratan nasyid dari album beliau menjadikan ucapan ini padu didengar hadirin. Pengakhiran ucapan penyunting semangat anak rantau di bumi Anbiya’ dilontarkan kepada hadirin. Teruskan perjuangan dalam mengemis ilmu Allah di bumi barakah ini. Ingat janji pada ayah bonda. Pulang sebagai seorang pejuang, bukan untuk jawatan dan habuan. Bukan untuk bergaya dengan hand phone yang berlipat, bukan untuk laptop yang mantop dan kemewahan lain. Tapi pulanglah sebagai pejuang kalam kebenaran Islam. Jangan biarkan sedih dan rindu menjadi penghalang anak rantau di bumi Anbiya’ ini.

Nyanyian “Perantau” dari album terbaru beliau sebagai inspirasi mahasiswa Al-Azhar yang mendengar mengakhiri ucapan beliau…

“Perantau…Musafir perjuangan..tabahkanlah hatimu… Berjuang di rantau orang, sedih pilu hanya engkau yang tahu… Ingatkan anak dan isteri… Janganlah menghiris hatimu… Kerinduan desa nan permai… Janganlah melemahkan semangat juangmu… Di waktu ujian badai terus melanda, engkau tetap gigih berjuang… Membenarkan sabda Junjungan… Terus memburu, menuntut janji pastilah Islam gemilang lagi…. Tapi pejuang, kembara perjuangan… Ujian bukan batu penghalang, kerana itulah syarat dalam berjuang.. Oh pejuang, dimana pun ketenangan, di mana pun ada kebahgiaan… Bagi Insan yang menyerahkan.. Jiwa dan raga kepada Allah…”

Persinggahan sejenak di bumi Anbiya' ini abang Nazrey mampu memperolehi ijazah sanad bacaan al-Fatihah yang sanadnya bersambung terus kepada Rasulullah S.A.W dan Jibril A.S. Masa yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Bertahun-tahun kita di sini, berapa banyak sanad pula yang sudah kita perolehi ? Abang Nazrey Johani sebagai seorang artis Islam dan lahirnya bukan dalam agama ISLAM sangat cekal dalam medan dakwahnya. Sepatutnya dan seharusnya kita yang lahir sebagai seorang Muslim, penuntut ilmu Allah di bumi Anbiya’ ini perlu lebih cekal, tabah dan semangat dari beliau. Semoga kunjungan sebentar Abang Nazrey di bumi Anbiya’ mendatangkan 1001 kebaikan buat diri ini dan anak rantau di sini. Allahu a’lam…
copy : abu akhfash

Khamis, 9 Oktober 2008

12 makanan yang digalakkan untuk pengantin dan hikmahnya dalam Islam...

Ha! Ramadhan dan berlalu pergi, kebiasaannya bulan syawal ni orang mula sibuk buat rumah terbuka.. paling hangat dipasaran adalah kenduri kahwin.. itu sudah maklum.. maklumlah, orang tua memang tak galakkan anak-anaknya kawin sebelum bulan ramadhan.. jangan kata orang tua.. agama islam sendiri tak galakkan.. takut kenapa? takut kena kafarah puasa 3 bulan berturut-turut.. hm, paham ke tidak?

Jadi kat sini, kita cuba kongsikan untuk pengantin-pengantin kita yang baru nak merasa alam perkahwinan atau mereka nak tambah kilang ke.. atau pengantin dah lama dah tapi usaha nak tambah zuriat.. jom kita baca resepi dibawah...

Rasulullah pernah berkata..kepada menantunya Saidina Ali r.a

"Wahai Ali, apabila pegantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka suruh tanggalkan kasutnya ketika dia duduk dan membasuh kedua-dua kakinya. maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikan ALLAH mengeluarkan 70 jenis kefakiran dari rumah kamu..
dan ALLAH menurunkn 70 rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga keberkatan itu meratai penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera dari penyakit gila,sawan, dan sopak selama mana dia berada di dalam rumah tersebut.

Laranglah pengantin itu dari makan & minum

4 jenis makanan ini..
Susu, Cuka, Ketumbar, epal masam

Saidina Ali r.a bertanya..Kenapa..?

Baginda menjawab..
"Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk dengan ini sebab dari 4 perkara (makanan) ini..untuk menghalang dari dapat anak..Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan tidak dapat anak"

Saidina Ali bertanya lagi..
Kenapa cuka dilarang ?( semasa haid dan seminggu pertama perkahwinan)

Baginda menjawab:
"Apabila minum cuka semasa haid.. sesungguhnya haidnya itu tidak bersih selama-lamanya"

Berikut 12 makanan yang digalakkan..

1. Roti
2. Jintan Manis
3. Asparagus
4. Pisang
5. Barli
6. Selasih
7. Mentega
8. Lobak Merah
9. Biji Hitam ( Habba Al Sauda )
10. Ayam
11. Tamar (Kurma)
12. Terung

1. Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu".

2. Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

3. Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

4. Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

5. Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

6. Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

7. Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

8. Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.

9. Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda "Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati". Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa "ia" itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

10. Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

11. Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, "Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan". Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Sumber : Majalah NUR – Dis 2005

Isnin, 8 September 2008

Epal & Kismis - Antara 18 tahun


Ramadhan Tahun 1990
Tiba-tiba perutku terasa lapar, maklumlah ketika kecil asyik lapar sepanjang masa. Mak kata makan banyak tapi badan cekeding. Kena pulak waktu berpuasa, lagi sihat la jadinya. Nak tahan lapar carilah idea untuk hilangkan kelaparan dengan duduk di tepi tingkap sambil melihat semut-semut berjalan di tepi longkang dengan membawa bangkai lalat yang sudah mati. Melihat pokok jambu air yang menantikan buah-buahnya berbunga dan sempurna menjadi buah. Memang ternyata lapar diperut berjaya dihilangkan. Lalu fikiran melayang dengan angan-angan yang lain.

Lantas pungung yang tidak sampai berlabuh selama 10 minit bangun menuju ke dapur dan membuka peti ais. Tanganku mengambil sebiji epal yang paling besar dan terus menuju ke bilik dan melabuhkan punggungku sekali lagi ditempat yang sama. Mulutku mengunyah dengan penuh lazat sambil menyambung angan-angan tadi. Ah, kenyang betul hari ini dengan memakan sebiji epal! Angan-angan pun sudah habis, lantas bangun menuju ke ruang tamu dengan mak ayah sedang berborak dengan abang ngah.

Emak : Kamu buat apa dalam bilik tadi faizal?
Saya : Duduk-duduk sambil makan epal.
Emak : Kamu tak pose ker?
Saya : Ha, alamak.. lupa la mak.. batal ke mak?
Emak (sambil tersenyum) : Kalau terlupa takpe je.. kalau sengaja batal tau!!
Abang Ngah (ayat mengusik) : Ha... haa .. pose batal.. tak boleh raya..

Ramadhan Tahun 2008
Hari ini Raudhah puteri manja sama-sama bersahur dengan walid dan umminya. Selepas selesai menunaikan solat fardhu Subuh, duduk sebentar di depan komputer untuk membaca berita di laman web. Melihat Raudhah tidak senang duduk tangan ini meraba pampers yang dia pakai. Sudah penuh rupanya.. Saya menggantikan pampers Raudhah.. nak jadi bapa mithalilah katakan

5 minit kemudian..

Raudhah ( sambil merengek ) : Nak nak..
Saya : Kakak nak apa?
Raudhah : tu!!
Saya : Air?
Raudhah : tu.. tu!!
Saya : Ini! (Sambil tunjuk kimis salam plastik)
Raudhah : aaaaa, cedap!!!
Saya : Lain kali cakap la, walid nak kismis ( sambil senyum )

Dah 5 minit berlalu Raudhah menghulurkan batang kismis yang kecil ke mulut saya..

Saya : Ish, nak bagi walid makan batang kismis je ke? Bagilah kismis ni aa..

Lantas tangan mengambil sebiji kismis dan masuk ke dalam mulut. Ditelan kismis sampai lupa baru saja tadi kami bersahur untuk berpuasa. Setelah 10 minit berlalu barulah tersedar yang saya berpuasa. Ya Allah, memang mithali sungguh saya ini, tolong tukarkan pampers Raudhah bila penuh, tolong makan kismis dengan dia lagi.

Sebenarnya bukan nak cerita apa, memakan tanpa sengaja memang tidak membatalkan puasa. Jangka masa 18 tahun sememangnya agak lama untuk mendapatkan rezeki makan tanpa sengaja dibulan puasa ini. Memang pelik kalau ada orang terlupa tiap-tiap hari dia terlupa..heheheheh

Ramai orang kata ia rezeki dari Allah. Tapi bila kita muhasabah semula, disamping rezeki, adakah fikiran kita sudah lalai dengan arahan Allah? Renungkalah sejenak..