Jumaat, 20 Julai 2007

Air Mata Seorang Suami

Jam dinding berdeting beberapa kali.Pukul 3 pagi.Entah kenapa aku terbangun dari tidur yg lena.Kutatapi wajah 'sahabat' akrabku sedalam-dalamya. Kubelai perlahan rambut ikalnya yg wajahnya... Kaucantik sayang.., bisikku perlahan. Tanpa disedari ,usia perkahwinan kami telah mencecah tahun yg kelima.Namun kami masih belum dikurniakan cahaya mata sebagai penyeri kebahagiaan ini. Ya ALLAH kurniakanlah kepadakami seorang anak..walaupun cuma seorang . Itulah doayang sering ku panjatkan kepada Ilahi dalam setiap sujudku Kami telah disahkan oleh doktor pakar bahawakami brdua adalah normal.

Pelbagai ikhtiar telah kami usahakan. Mungkin benar apa yang dikatakan doktor dua tahun lalu; "Bersabarlah, mungkin anda berdua sedang diuji Tuhan. Teruskan usaha dan berdoalah. mudah-mudahan dimakbulkan doa anda berdua.." Apakah hikmah yang tersembunyi di sebalik semuaini. Aku yakin, ALLAH menyimpan hikmah ini untuk ku ketahui suatu ketika kelak ....Pasti! "Huda....bangun.,...jom kita solat. "Kugerakkan bahu isteriku perlahan. Dia mengeliat ....Aku tersenyum melihatwajahnya yg keletihan. Letih menguruskan rumahtanggaditambah pula kesibukannya sebagai pengusaha TamanDidikan Kanak-Kanak. Tentu dia penat melayan kerenah anak-anaknya....Ahh.Aku sayang padamu Huda..

Akhirnya, aku bangun sendiri. Aku tenggelam dalam solat malamku yg panjang..Dan seperti biasa aku tak pernah lupa memanjatkan doa sebagaimana dalam firman Allah .. (al A'raaf : 189 ) yg bermaksud : " ya Allah jika engkau memberi kami anak yg soleh, tentulah kami termasuk orang-orang yg bersyukur.."Jam berbunyi empat kali. Aku mengakhiri solat witirku dan ketika salam kedua ku dapati Huda dahberada dibelakangku.. Wajahnya masam, merajuklah tu. Ku renung wajahnya dengan riak lucu." Kenapa ni? Muncungya mulut.." usikku dalam nada separuh berbisik.... Semakin menjadilah rajuknya. "kenapa abang tak kejutkan Huda? "Protesnya... Aku tersenyum cuma. "Dah, abang tengok cik adik letih sangat..bukan tak kejut tapi cik adik sayang yang tak sedar.."Akhirnya Huda mengalah, tapi bersyarat..Jangan tidur sampai dia selesai solat malam. "Baiklah tuan puteri, saya yangmenurut perintah." Usikku lagi. Huda tersenyum lebar mendengar usikanku..

Serentak dengan itu jarinya yang mungil bertindak menggeletek pinggangku. Diakemudianya berlalu dengan wajah yang melucukan. Petang itu sambil kami menikmati minum petang, Huda memecahkan kedamaian itu dengan ungkapan : "Abang.....nikah jelah satu lagi" Dengan nada yangbersahaja.. Aku tersentak. Aku memang amatmengharapkan keturunan,. Kan rasulullah berbangga umatnya ramai..! Tapi hingga saat ini aku belum mampumembahagikan cintaku pada wanita lain. Walaupun Islam tidak pernah menghalang poligami apatah lagi dengan keadaan yang kami alami sekarang ini .

Sanggupkah akumemikul bebanan ini ....? "Hai.tak takut cemburu ke..? Umpanku pula.. "Cemburu.....emmm itukan memang fitrah manusiabang..takkan Huda tak cemburu.Aisyah pun cemburu pada Khadijah, tapi masalahnya sekarang, kalau abang kahwin satu lagi, kan Huda boleh tumpang kasih anak dari isteri abang..? hujahnya panjang lebar. "Hai.takkantak cukup lagi 'anak-anak' di tadika..? "Abang niii..Itu lain. Itu bukan dari zuriat abang. "Macammana kalau isteri kedua abang juga tak bolehmelahirkan zuriat..?" umpanku lagi.. "Kahwin satulagi.." "Kalau tak dapat anak juga,..?" Usikku terus."Nikah lagi.. kan boleh sampai empat..!" Jawab Huda dalam nada semakin kendur. "Huss..Huda sayang! Jangan merepeklah . Abang tak mampu mencontohi ibrahim bapa ismail..berilah peluang abang meneladani Zakaria bapa Yahya.. " Kutamatkan dialog ini seolah-olah marahkepadanya.. Kudakap erat Huda,...ada titisan panas yg membasahi dadaku..

Hari ini ulang tahun perkahwinan kami yang ke tujuh..umurku sudah merangkak 33 tahun ...Uban di kepalaku sudah meningkat bilanganya ...Berbanding ketika awal pernikahan bilangannya belum sampai sebelah tangan, beritahu Huda kepadaku. Sehingga ke saat ini Allahbelum kurniakan kami rezeki, seorang anak. Tapi cintaku pada Huda masih seperti dulu. Tak pernah pudar. Hidangan istimewa disediakan Huda hari ini.... Ada bungkusan hadiah comel di meja hidangan. Huda menarik lenganku, dengan nada manja sambil berkata..: " Selamat menyambut ulang tahun perkahwinankita .."

Begitu teratur kalimah itu dibisikkan ketelingaku sambil mataku mencuri pandang hadiah di atas meja .Ada sampul surat yang berlogo hospitl terkenal di ibu kota . Tanganku segera ingin mencapai sampultersebut. Huda dengan pantas menghalangya. "Makanlahdulu kek coklat yang Huda buat .! Abang ni tak sabarlah.." Protes Huda separuh merajuk. "Oklahsayang." Ku pendamkan rasa ingin tahuku lalu ku ambil pisau yang dihulurkan.. "Bismillahirrahmanirrahimm..ku potong kek istimewa itu.kami berbalas suapan.. dengan perlahan-lahan aku mengambil sampul surat dari tangannya tadi.."Subhanallah..Maha suci ALLAH,..Tuhan sekelianalam..!!" Huda hamil..!! Masya ALLAH, setelah sekian lama penantian ini.! Seketika akutersungkur sujud.Airmataku mengalir deras. Kurangkul Huda seerat-eratnya.

Airmataku terus mengalir seolah-olah tak akan henti&nb sp; tika ini,.. tangisan SYUKUR..! "kenapa jumpa doktor tak bagitau abang..?" Tanya ku seperti memprotes.."Kalau beritahu tak surprise lahhh." Jawab Hudaselamba.. Tiba-tiba aku rasa bersalah,..Sejak akhir2 ini Huda ada mengadu sakit kepala dan rasa kurangselera makan. Kusang ka dia terlalu letih menguruskan cawangan tadikanya yang baru,..Ditambah pula dgn kesibukanku di pejabat dan 'kewajipan saham akhirat'.Aku benar2 lupa membawanya ke klinik.Sungguh..!! Aku benar-benar rasa bersalah.. Sejakberita itu diterima, kesihatan dan aktiviti Huda menjadi perhatian utamaku segala hajatnya kupenuhi.Akutak benarkan dia memandu sendiri dan bercadangmengupah driver utk kemudahannya. Aku minta supaya diamengurangkan semua aktivitinya..Namun Huda takbersetuju.. Katanya, janganlah terlalu manjakan dia..

Barkan dia menjadi ibu yang 'luarbiasa' Ibu yang'luarbiasa' akan melahirkan anak yang 'luarbiasa'..ketika aku ttp meminta dia memenuhi hasratku,..dia berkhutbah panjang. "Abang sayangg.abang kata nak jadi seperti zakaria bapa Yahya..Abang kata nak bayi inimenjadi mujahid atau mujahidah,.. Abang..,kalau kitabercita-cita nak jadikan anak kita sebagai mujahidatau mujahidah,.kita kena latih dia sejak dalamkandungan.. Maknanya,..jangan manjakan ibunya..Kalaudilimpahkan kesenangan pada Huda dan anak yang bakallahir ini ,.. bagaimana nak dapat anak seperti Fatimah atau Ali abi Thalib..? Abangkan tau,..kesenangan dan kemewahan bukan modal yang baik untuk anak...Dengan kesusahan barulah generasi menikmati kesenangan di syurga. Sebelum sempat khutbahnya diteruskan.akuterus meletakkan tanganku dimulutnya..'Stop'.. Aku faham dan akan terus memahami hakikat pendidikan dalamIslam.. Cuma aku sendiri pelik kenapa tiba-tiba akuyang jadi terlalu cerewet..!

Pagi itu selepas sarapan aku melihat Huda tidakseperti biasa,..Peluh mengalir laju membasahidahinya..Dia kelihatan pucat..Kurasa badannya, panas.!Seingat aku Huda hanya akan melahirkan pada 26mei,..hari ni baru 26 april,.Aku panik.. Aku segeramembawa huda ke hospital dengan seribu satu doa yg tak putus dlm hatiku,.aku harap ayah dan ibuku segera datang utk menambah ketenanganku. Aku mundar mandir..Ya ALLAH. selamatkanlah isteri dan anakku..bisikkuberulang kali.. "Encik Saifuddin..?"..Dr Khadijah,..pakar sakitpuan rujukan isteriku,.. "Ya,..saya doktor,.." sahutkucepat..Kuhampiri Dr Khadijah.. "Boleh kita berbincang sebentar,,.." Minta Doktor sambil mengajakku ke bilik rundingan,.. "Saya harap Encik saifudinbertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit Saya harap Encik saifudin bertenang,..Isteri encik menghadapi sedikit masalah,..air mentubannya dijangkiti kuman..Dandegupan jantung bayi di dapati semakin lemah..PuanHuda perlu dibedah segera.." "Bedah..?" "Buatlah apa yang sewajarnya doktor.. Tapi isteri sayabagaimana.doktor..?" Tanyaku dgn nada separuh ketar.bimbang. "saya akan cuba sedaya upaya,..utkmenyelamatkan kedua-duanya,..


Yang lain kitapulangkanlah pada ALLAH. Sama-samalah kita berdoa .."Suara tenang tapi yakin lahir dari doktor Khadijah..Ya ALLAH,.selamatkanlah isteriku,..Ya ALLAH..janganKau ujiku di luar batas kemampuanku,.. Dalam sujudku yang panjang tak henti aku berdoa keselamatan isteri dan anakku..Aku memohon limpahkasih sayang ALLAH kepada isteri dan anakkutersayang.. Begitu lamaku cari ketenangan dalam solatku,..tiba2 ayahku memanggilku mengajakku menunggudi luar bilik pembedahan.. Ketika sampai di pintubilik,..aku terdenagr suara tangisan bayi,,..alangkahlunaknya. "Encik saifudin..?" ya..saya.." "Alhamdulillah isteri enciktelahpun melahirkan bayi perempuan yang sihat,.2.9 kgdan comel seperti ibunya." kata Dr Khadijah tenang,.."Alhamdulillah.isteri saya bagaimana doktor.?" Dr,khadijah terdiam ..tiba2 perasaan tidak sedap menjalarkeseluruh tubuhku,..

Kutenung wajah Doktor dengan tatapan penuh tanda tanya,.. Tiba2 doktor menggelengkepalanya perlahan sambil tertunduk.. Mulutkuternganga seketika,.."Maaf,.saya telah berusahasemampu yg mungkin,. Tapi ALLAH lebih menyayangiHuda,.." Deraian air panas bercucuran tanpa bolehdibendung,.Perlahan aku mengikuti d oktor ke ruangbilik pembedahan..Kurasa seperti seretan kaki inisungguh lemah dan tak berdaya,..sesusuk tubuh di tutup dgn kain putih terbaring,..Perlahan aku membuka kainpenutup..Innalillahi wainnailaihi raji'unnnn.. DariNyakita datang,.kepadanya kita kembali,.. Wajah Hudapucat,..tapi bibirnya terukir senyuman manis,..manissekali,..tanpa ku sedari ku dakap Huda seerat-eratnya..tangisku perlahan, tapi taktertahan..! "Sabar encik Saifudin,..sabar.." Terdengarsuara doktor Khadijah cuba menenangkan aku,.."Nurse,.. tolong bawa anak encik saifudin.." katanyalagi,..

Seorang bayi mungil yg masih merah dihulurkandihadapanku,..perlahan kuambil dan kudakap bayiitu,.Kutatap wajahnya berganti-ganti denganHuda..Mereka amat mirip.! Matanya,hidungnya,..mulutnya,..Allahuakbar..!!! Dadakubertambah senak..tangisanku semakin menjadi-jadi,..Sehinggalah ayah datang memegang bahuku..danberkata,.."Iqamahkan anakmu saifuddin,..sambutlah yanghadir,..doakanlah yang kembali.." Huda,.. rupanyainilah hikmah ALLAH,..Maha Kuasa dan Mahamengetahuinya ALLAH,..Dia memberi kesempatan kepadakumenemanimu , mengasihimu, hampir selama lapantahun,..utk akhirnya memanggilmu setelah dikurniakngantinya,.

Ya ALLAH,.jangan biarkan hati ini berandai-andai,.. Seandainya kami tidak mengharapkan anak jika itu membawa kematian Huda,.. Tidak,.. Tidak, itu semuanya ketentuanMu Ya Rabb. Tuhan yang MahaMengetahui,..Lagi Maha Pengasih,..
Selamat jalan Huda.

Sabtu, 23 Jun 2007

Raudhah Hannaniy Dapat Adik

Bismillah ar-rahman ar-rahim...

Tanggal 22/06/07 merupakan hari kebahagian dalam rumah tanggaku dengan kehadiran seorang putera yang bakal menjadi pejuang Allah insya allah. Di lahirkan di Hospital Mubaraa Asafirah, Iskandariah, Mesir pada jam 9:15 pagi. Berat 3.2 kg dan panjang 5.2cm... lebih panjang dari kakak dia Raudhah Hannaniy...
Isteriku sudah mengadu sakit selepas solat Subuh tapi masih dapat menahan dalam tempoh yang lama. Kat sini bukan macam Malaysia, kalau sakit boleh masuk wad. Kat Mesir ni selagi jalan tak bukak 10cm.. mmg doktor suruh balik dulu. Jadi kami amik keputusan pergi dalam keadaan lewat memandangkan kami sudah pun pengalaman menghadapi anak yang pertama.

Lebih kurang jam 8.30pg isteriku sudah mula merasakan tidak selesa dalam jangka masa pendek, sempat jugak la telepon keluarga di Selangor dan Perak. Kami tunggu teksi untuk ke Hospital, tapi sayang, masa nak cari teksi masa tu lah takde bendanya. Nak dikatakan Allah permudahkan jalan, seorang pakcik arab bawa kami dengan kenderaannya ke hospital.
Sampai di hospital, atas pertolongan rakan Mohd Nor Azle, isteriku terus di bawa ke bilik persalinan dalam jam 9 pagi setelah diperiksa oleh doktor perempuan. Aku, adik ku dan teman rumah adik ku hanya menunggu di bilik patient tingkat 4 bilik 402, sambil membaca Al-Quran Surah Yasin dengan harapan Allah permudahkan segalanya. Bacaan Yasin kali ke-3, nurse panggil aku ke bilik persalinan, cuak jugak la bapak machow ni... ingatkan ada masalah.. rupanya dia nak bagi senarai ubat yang harus dibeli. Bila ditanya 'isteri saya dah selesai ke doktor' dia jawab alhamdulillah lelaki.. alhamdulillah isteri dan kandungan selamat dilahirkan pada jam 9:15pagi.
Kami pulang ke rumah pada jam 6 ptg atas urusan dan bantuan Bukhari dan Nawawi untuk keluarkan surat keluar dari hospital, surat keterangan kelahiran dan resit pembayaran. Alhamdulillah semua selesai dalam keadaan yang mudah dan berjalan lancar.
Kakaknya Raudhah sudah mula menunjukkan ketidak senangan hati pada awal kandungan.. sekarang ni dia cuba nak suruh orang ambil perhatian kepada dia.. hehehehhe.. biasalah, anak kecil.. pengalaman yang baru diriku sebagai seorang bapa dengan kehadiran anak ke-2 perlu ditempuhi..
Terima kasih kepada isteri yang tercinta kerana melahirkan seorang putera untuk menambahkan lagi kecerian rumah tangga, semoga ia akan menambahkan lagi keceriaan dan kebahagiaan serta rezeki daripada Allah. Untuk anak anak WALID (bapa), walid sayang semua anak anak walid, tiada kurang dan tiada lebih, cuma manja dan keprihatinan mungkin ada lebih dah kurangnya. Semoga anak anak aku menjadi anak yang soleh dan solehah serta cerdik, pintar, berilmu dan mengamalkannya dalam penghayatan. AMIN....

teladan untuk pembaca:
- anak adalah kurniaan daripada Allah yang amat tidak ternilai, kadang-kadang tanpa disedari kita sendiri sedang menumpang rezekinya.. mafhum hadis rasulullah ; ketika ditiupkan roh ke dalam jasad maka disertakan 4 perkara: 1) rezeki 2) ajal 3) jodoh 4) amalan baik dan buruknya. Maka dari itu, jangan kita terlalu marah anak ikut hawa nafsu, didiklah ia sebagaimana diajar oleh agama
- Title ibu bapa bukanlah satu perkara yang mudah untuk ditafsirkan. Hanya mereka yang sudah bergelar ibu dan bapa sahaja yang akan mengetahui perasaan ibu bapa ayah kita. Jika sudah berkahwin masih lagi melawan ibu bapa seperti mana bujang dahulu, tertanya mereka masih belum menghayati makna ibu dan bapa. Anda semua akan menyesal dengan apa yang anda lakukan terhadap ibu bapa semasa anda belum berkahwin. Ternyata ibu bapa mmg tiada tandingan.
- rezeki adalah milik Allah, jangan sesekali anda berniat untuk mengelak dari rezeki Allah lebih lebih lagi kurniaan seorang anak, jerit payah dalam mendidik anak sambil belajar mmg tidak dinafikan. Tapi jika difikirkan, sambil belajar kita menguruskan rumah tangga, maka rahmat Allah merupakan 2 dalam 1.. segala jalan kemudahan hanya Allah saja yang dapat membantu atas usaha dan jerit payah kita.

ucapan terima kasih ditujukan kepada semua rakan-rakan yang sentiasa memberikan sokongan moral dan fizikal dari mula kandungan sehinggalah sekarang,
serta pertolongan dari awal sehingga pulang ke rumah, anda semua adalah keluargaku.
tidak lupa kepada mahasiswa/wi yang banyak memberikan pertolongan melalui pembelian barang niaga ku, khsusnya mahasiswa/wi di ISKANDARIAH dan umumnya di MESIR. Tanpa anda semua, aku takkan mampu dapat membayar segala kos perubatan di hospital.
yang paling penting buat adik adik ku yg sentiasa di sisi dalam keadaan senang mahu pun susah. Jerit payah kamu memang abg chik takkan lupakan, semoga Allah memberikan kejayaan yang cemerlang dalam apa apa ujian dan peperiksaan.
yang terutama sekali keluarga di malaysia yang sentiasa mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami di luar negara. Kepercayaan diberikan harap dapat memberikan semangat yang kuat kepada kami di sini...

Wassalam

Isnin, 18 Jun 2007

Keadaan Rumah Mangsa Pembunuhan (13/6/2007)Pelajar Al-Azhar Mansurah, Mesir (dicopy dari http://bloodyrains.blogspot.com)


HARAP MAKLUM, GAMBAR KEJADIAN DI RUMAH MANGSA TERPAKSA DIPADAM.. GAMBARAN SEBELUM INI HANYA UNTUK TATAPAN SEMENTARA.. HARAP MAAF

KUALA TERENGGANU 17 Jun – ‘‘Makcik tidak maafkan dia, apa yang dia buat pada anak makcik adalah zalim, terlalu kejam,” luah Zaharah Mohamad, 58, ibu pelajar Universiti Al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir terhadap tindakan pelajar yang menikam anaknya sehingga mati, Rabu lalu.Walaupun menyedari segala yang berlaku adalah ketentuan-Nya, dia tidak dapat menahan sedih dan marah apabila anaknya, Mohamad Ishak, 22, diperlakukan seperti binatang.Katanya, dia dapat membayangkan bagaimana anaknya ditikam berulang kali tanpa belas kasihan sehingga pisau yang digunakan patah walaupun mangsa cuba melarikan diri sehingga ke dalam tandas untuk mengelak daripada terus diserang.

‘‘Zalim, memang kejam, tiada perikemanusiaan langsung. Dia buat anak saya macam kambing...macam binatang, walaupun Mohamad lari ke dalam tandas, dia tikam lagi, lari ke pintu hingga kain pelekat terlondeh, dia tikam lagi.

‘‘Sekali dia tikam tak mengapa, tapi 10 kali dia tikam. Makcik boleh nampak macam mana dia menikam anak makcik yang sudah telanjang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pangkalan Rajawali, Chendering di sini selepas upacara pengkebumian Mohamad, pagi ini.

Jenazah pelajar kursus Usuluddin itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dari Mesir kira-kira pukul 9.10 malam tadi dan dibawa pulang ke rumahnya dengan van jenazah Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dan tiba kira-kira pukul 7.15 pagi ini.

Jenazah kemudian disembahyangkan di rumahnya dengan diimamkan oleh guru sekolah pondok, Abdul Rahman Ahmad sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Laut, Kuala Terengganu kira-kira pukul 9 pagi ini.

Lebih 100 orang menghadiri upacara pengkebumian tersebut termasuk Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh dan Pengarah Jabatan Pelajar Malaysia di Kaherah, Dr. Mohd. Fakhrudin Abdul Mukti serta wakil Yayasan Terengganu.

Mohamad anak kesembilan daripada 12 beradik dikebumikan di sebelah kubur kakak dan adiknya, Zuraida dan Zuarida selepas bacaan talkin yang dipimpin oleh imam Masjid Kampung Laut, Mohd. Rosdi Abdul Rahman.

Walaupun tidak dapat menahan kesedihan, Zaharah berpuas hati kerana dapat menatap wajah Mohamad buat kali terakhir selepas berpisah kira-kira lapan bulan lalu apabila Mohamad melanjutkan pelajaran ke Mesir.

Menurutnya, selepas kejadian itu rakan anaknya yang hanya dikenali sebagai Kadir ada menelefon dan memberitahu perubahan sikap mangsa yang menjadi penakut beberapa hari sebelum itu.

‘‘Malah pada hari kejadian dia berpesan kepada rakan-rakannya supaya pulang awal kerana takut tinggal seorang di rumah sewa mereka,’’ ujarnya.

Zaharah yang mempunyai dua anak yang masih bersekolah tidak akan membenarkan mereka melanjutkan pelajaran ke Mesir selepas ini kerana trauma dengan kejadian yang menimpa Mohamad.

Apabila ditanya sama ada dia sudi memaafkan suspek sekiranya keluarganya datang memohon maaf selepas ini, katanya, belum tentu dia boleh berbuat demikian dan melupakan penderitaan yang ditanggung anaknya sebelum menemui ajal.

Bapa mangsa, Ishak Abdul Rahman, 63, pula berkata, walaupun sedih anaknya meninggal dunia dalam keadaan yang menyeksakan akibat ditikam bertalu-talu, mereka sekeluarga tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya.

‘‘Undang-undang ada, biarlah undang-undang yang menentukan,” katanya sambil memberitahu bahawa wakil keluarga suspek ada menghubungi anaknya, Hasan, 28, bertanyakan mengenai kos perbelanjaan urusan pengkebumian Mohamad dua hari lepas.

Jumaat, 15 Jun 2007

Pelajar Malaysia di al-Azhar maut ditikam

KUALA LUMPUR: Seorang pelajar Malaysia di Universiti al-Azhar cawangan Mansurah, Mesir, mati selepas ditikam lebih 10 kali oleh rakan senegara, yang dipercayai mengalami tekanan mental, dalam kejadian di rumah sewa mangsa, malam kelmarin.

Mohammad Ishak, 22, dari Kampung Pangkalan Raja Wali, Chendering, Terengganu, meninggal dunia selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Antarabangsa As-Sallam, Kaherah kerana kecederaan parah di kepala akibat dipukul dan ditikam bertubi-tubi pada leher pada kejadian jam 8.30 malam (1.30 pagi waktu Malaysia).

Suspek, juga pelajar universiti itu berusia 22 tahun dan berasal dari Dengkil, Selangor, kini ditahan polis Mesir bagi membantu siasatan kes berkenaan.


Abang mangsa, Hussin, 28, yang ditemui Berita Harian di Chendering bagaimanapun berkata, Mohammad mungkin menjadi mangsa keadaan kerana suspek sebelum itu dikatakan mencari dua rakan serumah adiknya.

Beliau yang dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh Yang Dipertua Dewan Perwakilan Pelajar Mansurah, Ali Zulfakar, berkata suspek mengunjungi rumah sewa adiknya kira-kira jam 7 malam tetapi dua rakan serumah Mohammad tiada.

“Ketika itu Mohammad keseorangan dan sedang menggunakan komputer. Selepas gagal menemui rakan serumah Mohammad, suspek dikatakan meluru ke dapur dan mengambil pisau,” katanya yang turut menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah bagi mengesahkan kejadian itu, kira-kira jam 11 pagi semalam.

Mangsa adalah pelajar tahun pertama jurusan Usuluddin manakala suspek menuntut di tahun tiga jurusan Pengajian Islam.

Hussin yang juga bekas pelajar universiti itu dan kembali ke tanah air pada 2005, turut mengenali suspek ketika di sana dan menyifatkannya sebagai seorang yang pendiam.

Katanya, berdasarkan maklumat rakannya di sana, suspek dipercayai mengalami tekanan akibat peperiksaan dan pernah berselisih pendapat dengan rakan serumah adiknya.

Beliau berkata, Mohammad tidak mendapat tajaan mana-mana pihak dan keluarganya menghantar RM200 sebulan untuk perbelanjaan. Keluarganya reda Mohammad dikebumikan di Kaherah kerana mereka tidak mampu membawa jenazah pulang.

Bagaimanapun Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata kerajaan negeri sedia membiayai kos membawa pulang jenazah yang akan diuruskan Yayasan Terengganu.

Sementara itu, seorang pelajar Malaysia di Mansurah ketika dihubungi berkata, mangsa dan suspek saling mengenali, malah sering berkunjung ke rumah sewa Mohammad.

Pelajar itu berkata, suspek dikatakan membawa tiga pisau, termasuk satu pisau pemotong daging yang baru dibeli.

Jurucakap Bahagian Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Kaherah ketika dihubungi pula berkata, suspek ditahan bersama tiga pisau berlumuran darah, dipercayai senjata yang digunakan dalam pembunuhan itu.

Duta Besar Malaysia ke Mesir, Datuk Zainal Abidin Abdul Kadir, tidak dapat dihubungi kerana dikatakan ke tempat kejadian, kira-kira dua jam perjalanan dari Kaherah.

dipetik dari akhbar malaysia : http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Mukadepan/20070614233112/Article/

pembetulan : mangsa merupakan pelajar tahun 3 usuluddin..

Khamis, 31 Mei 2007

Khas Untuk Wanita Dan Tatapan Lelaki


Wanita adalah idaman bagi setiap lelaki. Lemah-lembut, sopan-santun adalah sifat semulajadi yang ada setiap wanita. Ia juga menjadi satu daya penarik bagi kaum Adam yang inginkan belaian kasih sayang dari seorang yang benar-benar memahami segala kehendak dan keinginan di kala kesepian. Islam tidak menyekat kaum wanita dalam melibatkan diri dalam apa jua aktiviti namun ada batasannya yang mana perlu diambil kira agar tidak bercanggah dengan syariat Allah S.WT.

30 LARANGAN UNTUK WANITA...

1. Menyambung rambut palsu
2. Bertatu, mencabut bulu wajah dan mengikir gigi
3. Keluar rumah dengan memakai minyak wangi
4. Memperlihatkan perhiasan(bersolek) di depan lelaki lain
5. Menolak panggilan suami untuk tidur bersama
6. Membuka rahsia hubungan suami isteri
7. Berpuasa sunat tanpa izin suami
8. Membelanjakan harta suami, tanpa izin suami
9. Derhaka kepada suami
10. Meminta cerai tanpa sebab yang jelas
11. Mengingkari kebaikan suami
12. Bersama lelaki lain yang bukan mahram
13. Memandang lelaki yang bukan mahramnya
14. Bersalaman dengan lelaki bukan mahram
15. Menyerupai lelaki

16. Membuka rahsia wanita lain kepada suami
17. Memandang aurat wanita lain
18. Keluar rumah tanpa ada keperluan
19. Masuk permandian awam
20. Mencakar-cakar tubuh ketika dapat musibah
21. Meratapi kematian
22. Berhias atas meninggalnya seseorang
23. Menghantar jenazah
24. Mempercayai dukun dan peramal
25. Menyumpah anak-anak sendiri
26. Tidak bertegur sapa dengan sesama muslim
27. Menganiaya pembantu
28. Mengganggu jiran
29. Minta cerai kerana suami sakit
30. Minta cerai kerana suami menikah lagi


19 HADIS RASULULLAH SAW MENGENAI WANITA...

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang limawaktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.

12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".

13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.

15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."


4 GOLONGAN LELAKI DITARIK WANITA...

Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka? Na'uzubillah, artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang kita pikul!

- PERTAMA - AYAHNYA

Apabila seseorang yngg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia memperbiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat, tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

- KEDUA - SUAMINYA

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan ditarik oleh isterinya.

- KETIGA ABANG-ABANGNYA

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

- KEEMPAT - ANAK LELAKINYA

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak nantikan tarikan ibunya maka kita lihat bertapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar dan tidak silap.

Firman ALLAH SWT:-
"HAI ANAK ADAM PELIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."

Hai wanita, kasihlah ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda kasihankanlah mereka dan diri kamu sendiri, jalankan perintah ALLAH S.W.T, bersungguh dan dengan ikhlas. Akhir kalam, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak.

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang ALLAH S.W.T berikan pada kita.

Rabu, 30 Mei 2007

Sebuah Pelayaran Keinsafan

SEMOGA IA MEMBAWA SERIBU KEINSAFAN

(sebuah renungan)

Sebuah kapal karam di tengah laut kerana dipukul badai dan ombak hebat.Hanya dua orang lelaki yang berjaya menyelamatkan diri dan berenang ke sebuah pulau kecil yang gersang. Dua orang yang selamat itu tak tahu apa yang harus dilakukan. Namun, mereka berdua yakin bahwa tidak ada yang dapat dilakukan kecuali berdoa.

Untuk mengetahui doa siapakah yang paling dikabulkan, mereka sepakat untuk membagi pulau kecil itu menjadi dua wilayah. Dan mereka tinggal sendiri-sendiri berseberangan di dua sisi pulau tersebut. Doa pertama mereka panjatkan, mereka memohon agar diturunkan makanan.

Esok harinya, lelaki A melihat sebuah pohon penuh dengan buah-buahan tumbuh di sisi tempat tinggalnya. Sedangkan di daerah tempat tinggal lelaki B tetap kosong. Seminggu kemudian, lelaki yang A merasa kesepian dan memutuskan untuk berdoa agar diberikan seorang isteri. Keesokan harinya, ada kapal yang karam dan satu-satunya penumpang yang selamat adalah seorang wanita yang berenang dan terdampar di sisi tempat lelaki A itu tinggal.Sedangkan di sisi tempat tinggal lelaki B tetap saja tidak ada apa-apa.


Segera saja, lelaki A kini berdoa memohon rumah, pakaian dan makanan.Keesokan harinya, seperti keajaiban saja, semua yang diminta hadir untuknya. Sedangkan lelaki B tetap saja tidak mendapatkan apa-apa.

Akhirnya, lelaki ke satu ini berdoa meminta kapal agar dia dan isterinya dapat meninggalkan pulau itu. Pagi harinya mereka menemukan sebuah kapal tertambat disisi pantainya.

Segera saja lelaki A tersebut dan isterinya naik ke atas kapal dan siap-siap untuk berlayar meninggalkan pulau itu. Ia pun memutuskan untuk meninggalkan lelaki B yang tinggal di sisi lain pulau.Menurutnya, memang lelaki B itu tidak layak menerima barkah tersebut kerana doa-doanya tak pernah terkabulkan. Begitu kapal siap berangkat,lelaki A ini mendengar suara dari langit menggema, "Hai, mengapa engkau meninggalkan rakanmu yang ada di sisi lain pulau ini?"
"Barkahku hanyalah milikku sendiri, kerana hanya doa akulah yang dikabulkan jawab lelaki A ini. Doa lelaki temanku itu tak satupun dikabulkan.Maka, ia tak layak mendapatkan apa-apa."
" Kau salah ! " suara itu membentak tinggi
" Tahukah kau bahwa rakanmu itu hanya memiliki satu doa.Dan, semua doanya terkabulkan. Bila tidak, maka kau takkan mendapatkan apa-apa. "
" Katakan padaku " tanya lelaki A itu " Doa macam apa yang ia panjatkan sehingga aku harus merasa berhutang atas semua ini padanya? "
" Ia berdoa agar semua doamu dikabulkan ! "

Renungan: Kesombongan macam apakah yang membuat kita merasa lebih baik dari yang lain ?

Sedarilah betapa banyak orang yang telah mengorbankan segala sesuatu demi kejayaan dan kebahagian kita.Tak selayaknya kita mengabaikan peranan orang lain, dan janganlah menilai seseorang/sesuatu Hanya dari "yang terlihat" saja.

Jumaat, 20 April 2007

Sejauh mana lawak April Fool

“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain.


“HARI pertama setiap April adalah hari yang perlu diingati berbanding baki 364 hari lagi,’’ kata penulis terkenal Amerika, Mark Twain. Kesimpulan yang paling mudah daripada kenyataan Mark Twain tersebut tarikh 1 April setiap tahun itu ialah hari untuk usik-mengusik, bergurau-senda atau tipuan olok-olok. Tidak akan ada yang akan marah atau berkecil hati. Tarikh itu digelar dengan pelbagai nama. Paling umum ialah April’s Look Day. Ada yang memanggilnya dengan April Mop dan di Scotland ia seringkali dikenali sebagai April Gowk. Walau apapun panggilannya, motif tetap sama. Setiap kali menjelang 1 April, biasanya banyak di antara kita akan begitu sibuk dan terikut-ikut dengan budaya Barat serta bersiap-sedia untuk merayakannya. Kita merancang untuk menipu orang lain, sahabat atau saudara terdekat. Budaya tersebut begitu erat melekat, seakan-akan pada 1 April tersebut, kita boleh berbuat dosa. Namun, apa makna sebenar di sebalik 1 April? Adalah dipercayai sambutan dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Wilayah Granada. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan masyarakat Islam di negara itu. Penduduk-penduduk Islam diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Peristiwa ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool's Day, April Mop atau The April`s Fool Day, berawal dari satu episod sejarah gelap Muslim Sepanyol pada tahun 1487, atau bertepatan dengan 892 H. Kita memang tidak tahu sejauh mana kebenaran fakta ini. Namun, apa yang menjadi persoalan ialah begitu mudah masyarakat kita menerima satu budaya luar yang tidak jelas asal-usulnya. Saya pernah membaca satu pendapat menarik oleh sejarawan Peter Gay dalam bukunya The Cultivation of Hatred yang menyentuh banyak aspek tentang budaya. Antara lain, Gay menulis; `kesulitan terbesar ialah mengikis sesuatu peristiwa yang telah diterima oleh masyarakat sebagai amalan seharian mereka (budaya). Beberapa sejarawan lain menganggap pendapat Gay tersebut disebabkan oleh ketaksubannya terhadap teori-teori psikoanalisis oleh Sigmund Freud dan Jacques Lacan hingga beliau melihat proses itu sebagai kandungan kesedaran manusia. Gay berkesimpulan, setiap lapisan sosial akan membangunkan hegemoni kebudayaan masing-masing dengan tujuan mengatasi kelompok atau etnik lain. ‘Kemenangan’ akan diperoleh selepas kelompok lain menerima budaya yang dikembangkan. “Kebanggaan terhadap etnik dan kecemasan etnik dalam banyak hal tidak boleh saling dibezakan. Lama kelamaan etnik yang tidak dominan terpaksa menerimanya menjadi satu sikap atau budaya mereka,’’ kata Gay. Perspektif yang sama turut diutarakan oleh penulis Marxis Itali, Antonio Gramsci dalam koleksi catatannya yang dibukukan, Selections of Prison Notebooks. Gramsci antara lain berpendapat, hegemoni budaya, selain ekonomi dan sosial adalah salah satu bentuk penjajahan baru ke atas kaum proletarian oleh kelompok borjuis. Jika pendapat Gay dan Gramsci ini diambil kira, April Fool merupakan salah satu kekalahan masyarakat kita terhadap hegemoni budaya oleh Barat. Kadang-kadang perspektif bahawa apa sahaja dari Barat dianggap moden. Lalu, masyarakat kita tanpa menapis dan memperincinya terus menerima sebagai budaya. Sehubungan itu, jangan terlalu mempercayai kata-kata Mark Twain bahawa 1 April setiap tahun adalah hari perlu diingati!