Oleh amdang81
Bismillahir rahmanir rahim.. Assalamualaikum wbt...
Ini memang cerita lawak. Aku bahasakan cerita ini lawak dari Bandaraya Warisan Pesisir Air. Mungkin lawak kerana ini adalah yang pertama seumpamanya di dunia ini. Namun, cerita ini sukar untuk difahami bagi mereka yang tidak mahu memahami. Namun, cerita yang mungkin dilihat lawak ini turut terkandung sedih dan tragis yang mendalam. Inilah cerita yang hendak aku sampaikan...
Ini kisah sebuah kampung di Bandaraya Kuala Terengganu. Kisah kampung yang diberi nama Kampung Mengabang Tengah. Kampung ini tiadalah terkenal, mahupun glamour seperti kampung-kampung yang lain di sekitar Kuala Terengganu. Kampung ini tiada Keropok Lekor yang sedap, tiada Nasi Dagang RM45 sebungkus, tiada juga projek-projek mega yang seperti Stadium, Airport mahupun Jeti Kapal Layar.
Adapun kini, yang menjadi mercu tanda bagi kampung ini adalah dua buah Gelanggang Futsal yang terletak di simpang utama kampung ini. Pemilik gelanggang berkenaan turut menyediakan kemudahan Cafe untuk makan minum pengunjung, dan turut menyediakan sebuah mini runcit bagi keperluan harian penduduk dan pengunjung di situ.
Ini bukan kisah Futsal, bukan juga kisah pembangunan. Ini cerita soal identiti Kampung Mengabang Tengah. Kampung ini wujud kira-kira 26 tahun yang lalu. Pada 1 Februari 2008 nanti, genaplah usia kampung ini 26 tahun tepat. Kampung Mengabang Tengah ini, memang anak kelahiran Terengganu. Dipercayai dilahirkan oleh bidan kampung yang terkenal di kampung berkenaan. Namun, sehingga hari ini Kampung Mengabang Tengah tidak diketahui anak siapa dan siapa pula yang membelanya sejak kecil.
Hari ini, Kampung Mengabang Tengah sudah dewasa sudah. Umur 26 tahun yang akan datang mungkin tahun 'bergetah' bagi anak dara seperti Kampung Mengabang Tengah ini. Maklum sahaja tanpa keluar dari Kuala Terengganu, Kampung Mengabang Tengah berjaya sehingga ke Menara Gading. Apa susah, Open Universiti kan ada.
Seperti tahun 2004 yang lalu, pada tahun ini, Kampung Mengabang Tengah sudah menanam azam dalam dirinya. "Aku mesti keluar mengundi lagi!!" Kenapa tidak, sekali undi dia akan dibayar sejumlah wang yang cukup besar. Mungkin bagi individu lain, jumlah yang dibayar hanyalah setakat RM 50 - RM 300. Namun, bagi Kampung Mengabang Tengah bayaran yang dijanjikan sehingga mencecah RM 3000. Agaknya sebab namanya yang unik dan mampu membuat petugas pilihanraya keliru dan pengsan terus!
Cerita ini sudah ke penghujung. Masih tidak lawak? Atau anda dalam kepening-peningan? Hehehe. Begini sahajalah. Ambil nombor kad pengenalan ini, 820201115212, dan buat carian semakan daftar pemilih di http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp. Aku harap kalian tidak ketawa terlalu kuat. Kerana ketawa kuat anda itu mampu membuat Rashid si pengerusi SPR marah dan mengamuk. Apa nak buat, dia memang sentiasa betul dan bijak. Ehem.
Maklumat carian anda adalah seperti berikut:
Kad Pengenalan : 820201115212
Nama : KG MENGABANG TENGAH
Jantina : PEREMPUAN
Lokaliti : 036 / 16 / 09 / 001 - KG MENGABANG TENGAH
Daerah Mengundi : 036 / 16 / 09 - MENGABANG TENGAH
DUN : 036 / 16 - BATU BURUK
Parlimen : 036 - KUALA TERENGGANU
Negeri : TERENGGANU
Status Rekod : DATA INI UNTUK SEMAKAN DAFTAR PEMILIH
Cerita ini sekadar untuk ketawa dengan fakta yang hadir setelah carian dilakukan. Namun kesedihan dan tragis apabila pihak yang mengaku jujur dan telus dalam tugasnya langsung tidak mahu mengakui kesalahan dan kesilapan. Sedangkan banyak kesilapan dan kekurangan yang disengajakan dan memang berniat buruk terhadap pembangkang.
Ini hanya sebahagian contoh yang ada. Aku tidak mengatakan contoh ini disengajakan, namun kekesalan dan kecewa bilamana si Rashid langsung tidak pernah bertanggungjawab terhadap tindakan dan sebarang kenyataan yang dikeluarkannnya. Wallahua'lam.
http://amdang81.blogspot.com
ulasan ku : andaikata Rashid mengatakan ini kesilapan teknikal.. lihat pada ic wanita tersebut dilahirkan pada tahun 82, ini bermakna umurnya sudah menjangkau 26 tahun.. bayangkan layak daftar dan mengundi adalah pada 21 tahun.. bayangkan jika 5 tahun dikatakan kesalahan teknikal, sedangkan nama-nama pemilih sentiasa dikemaskini bagi memastikan pendaftar masih hidup atau meninggal dunia..
rakan-rakan ku, tepuklah dada.. tanyalah selera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan