Ya Allah, tidak di sangka semakin cepat masa berlalu sehingga genap 2008 pada hari ini. Namun yang terdetik di dalam fikiran ini kemanakah hala tuju agama yang tercinta dapat aku juangkan.. adakah sama seperti tahun lepas ??? atau aku terlalu leka dan lena dibuai nafsu duniawi????
Coretan ini tidak ku tujukan kesalahan ini kepada semua orang, tetapi untuk diri sendiri dan sama-sama kita muhasabah (koreksi diri) sebagai peringatan demi meningkatkan ketakwaan kepada Allah.
Kebiasaannya, bila genap umur kita pada hari kelahiran kita, pasti orang sentiasa mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-?????? dengan iringan doa yang tulus ikhlas, lagi-lagi kepada orang yang kita sayangi.. apa kata kita kiaskan umur dunia yang hampir usang ditelan zaman dan masa... masya Allah.. teringat kisah Nabi ketika Mi'raj beliau ke Sidaratul Muntaha.. bila dilihat seorang manusia yang sedang membongkok dengan menggunakan tongkat tua, maka diberi peringatan kepada manusia bahawa itu adalah sebagai contoh umur dunia.. tika itu pada 1400 tahun yang lepas. Kini tahun Hijriah sudah pun menjangkau hampir kepada 1429 tidak lama lagi. Jika diibaratkan manusia, umur yang lanjut sampai ke tahap 100 tahun sudah tidak bermaya untuk berjalan dan hanya tinggal panggilan dari Ilahi..
Bila tiba tahun baru masehi, kita selalu melihat kemeriahan negara barat yang menyambut tahun baru dengan penuh keriangan. Masyarakat pula sibuk menunggu di jam dinding besar untuk menanti detik bersejarah 1 Januari 2008 detik 12 pagi. Mercun berdentam-dentum seperti peperangan sedang berlaku. Hanya warna-warna kerdipan yang membezakan keadaannya. Konsert nyanyian bermula dengan diiringi muzik-muzik beraneka bunyi dan lirik. Sorakkan pula tidak ubah seperti satu negeri yang baru sahaja memenangi Piala Malaysia. ..
Yang menjadi peliknya, umat Islam di Malaysia pada tahun-tahun yang lepas umumnya, sambutan di barat tidak ubah seperti berada di Malaysia. Alangkah sedihnya lagi, sambutan itu melebih-lebih pula dari mereka. Sorakkan, senyuman, laungan Happy New Year memecahkan suasana di pagi 12.00 tersebut. Konsert nyanyian mula menceriakan telinga-telinga pendengar sehingga mereka lalai dibuai kesenian. Gembira tidak terkata bila mencapai tahun 2008.. kerana ia pintu keluasan maksiat bermaharaja lela...
Cuba kita lihat ketika perayaan Tahun Baru Hijriah tiba. Bagaimana sambutan diadakan? Adakah penuh dengan kesyukuran yang dipaparkan di media? Yang kebiasaan dilakukan, pertandingan nasyid, marhaban, dan apa ye!!! sampai saya sendiri tidak tahu nak menyebutnya.. bagaimana agaknya kita ingin ubah pemikiran dan idiologis masyarakat umat islam di negara dengan memberi ilmu pengetahuan bahawa Tahun Baru yang sepatutnya disambut adalah Hijriah kerana ia adalah pembukaan tahun baru islam.. bahkan tahun baru masehi adalah perayaan orang bukan islam dengan sambutan sempena perayaan krismas.. saya pernah berbual dengan seorang kawan, jawapannya.. "open minded la sikit, setahun sekali... " kerana sikap umat islam terlalu open minded lah, masyarakat islam di Malaysia sekarang semakin hanyut dan jahil terhadap ilmu pengetahuan islam..
Saya cabar kepada semua penduduk di Malaysia, kita kumpulkan 10 orang dan bertanyakan bulan-bulan islam dari awal hingga akhir, saya yakin dalam 10, seorang pun masih belum cukup sempurna untuk memberikan jawapan yang paling tepat... kalau ada pun
- pasti ada yang menjawab 'eh, saya ingat 1,2 je.. muharam sebab ma'al hijrah .. hmmmm.. ramadhan sebab bulan puasa ... hmm syawal sebab hari raya .. raya haji bila.. zulkaedah ek.. eh.. zulhijjah ek.. eh.. zul apa satu lagi?? yang tu kot!!
- atau jawapan mereka " boleh, tapi tak teratur laa.. muharam , rejab , syawal..hm.. alaaa lupa laa..'
- atau .. ha, saya tau! sebab saya pernah dengar nasyid dari kumpulan ALARME .. muharam,safar, rabiul awal.. lalalalala..." kalau takde nasyid tu boleh abang tutur semula bulan bulan islam?? boleh.. tapi teragak-agak la sikit..
- atau ... minta maaf, tak tau langsung..
dan berbagai-bagai lagi jawapan yang pasti kita dengarkan dengan pertanyaan yang kita ajukan.. Cuba ditanyakan bulan masehi.. saya yakin, 10 org dikumpulan pasti jawapan yang diberikan teratur dan jelas tanpa sangkut.
Inilah benda remeh temeh yang dilupakan oleh umat islam di negara kita kerana sikap OPEN MINDED LAH SIKITTTT..
Tanya pada diri kita, sanggupkah kita melihat anak / cucu / cicit kita terus jahil dengan perkara ini? Kita selalu mengganggap apa sahaja yang berkaitan dengan islam adalah perkara yang sempit. Memakai jubah, seban dan purdah tidak moden.. janggut adalah sesuatu yang menyerabutkan.. berjihad adalah perkataan yang digeruni manusia.. walhal, itulah perkara yang asas mengangkat dan memartabatkan kita pada hari ini.
Sedarilah, jangan kerana kejahilan kita, generasi kita menjadi lebih jahil dari kita.. bimbinglah mereka ke persada ilmu yang bakal memartabatkan ilmu pengetahuan agama agar berdaulat di negara tercina.. berjuanglah kerana agamanya.. bukan kerana bangsa dan negara ... kerana agamalah yang akan memperjuangkan bangsa dan negara..
1 ulasan:
emm...betul kata2 saudara tu, setuju sgt2. coretan yg menarik utk dikongsi bersama... :)
Catat Ulasan