17 Jan. - Pelajar tajaan Malaysia di Mesir, yang dituduh membunuh rakan senegaranya Jun tahun lalu terlepas daripada hukuman gantung sampai mati dalam keputusan perbicaraan di Mahkamah Mesir 14 Januari lalu.
Bagaimanapun, tertuduh yang merupakan pelajar tahun dua, Jurusan Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar cawangan Mansourah itu dikenakan hukuman penjara 25 tahun atas tuduhan tersebut.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Belia dan Mesra Rakyat Selangor, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, keputusan tersebut pasti menggembirakan pelajar berkenaan yang selama ini merasakan bakal dijatuhi hukuman gantung sampai mati.
``Saya menerima laporan tersebut melalui kiriman pesanan ringkas (SMS) pegawai kita di sana, pagi ini yang memaklumkan pelajar berkenaan terlepas hukuman gantung.
``Selain itu, saya dimaklumkan, pelajar terbabit juga dibenarkan membuat rayuan bagi mengurangkan tempoh hukuman penjara yang dikenakan ke atasnya," katanya di sini hari ini.
Abdul Rahman enggan mendedahkan identiti pelajar yang berasal dari Dengkil, Selangor dan ditaja oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu.
copy : darulbayan.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan