Rabu, 9 Januari 2008

Parti Mahasiswa Negara mahu letak calon dalam pilihanraya

PUTRAJAYA: Sekumpulan mahasiswa yang menamakan kumpulan mereka Parti Mahasiswa Negara (PMN) malahirkan hasrat meletakkan calon bebas di beberapa kerusi dalam pilihan raya umum akan datang atas alasan hilang kepercayaan pada parti-parti serta pemimpin politik di negara ini.

Jurucakap kumpulan itu Meor Ispandi Meor Azizan mendakwa gerakan itu menghimpunkan beberapa ratus pelajar dari pelbagai univerisiti tempatan yang mahu melihat perubahan dalam lanskap politik negara.

"Selama lebih 50 tahun lanskap politik Malaysia tidak berubah dan masih di takuk lama. Pertandingan dalam pilihan raya seolah-olah hanya antara golongan aristokrat dari parti memerintah atau parti-parti pembangkang yang mewarisi empayar politik daripada kaum kerabat mereka.

"Arena politik negara masih menyaksikan pertembungan dua parti dominan yang masing-masing menghadapi masalah dalaman tersendiri. Barisan Nasional dan pembangkang, terutama PAS, ibarat badut yang sentiasa bertelingkah sesama sendiri sedangkan rakyat terus tertindas.

"Pembincangan dan perbahasan kalangan mereka hanya tentang perkara remeh dan omong kosong berbanding isu yang relevan dan tentang kepentingan rakyat banyak," dakwanya.

Beliau mengetuai kumpulan hampir 50 mahasiswa menyampaikan memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di ibupejabat suruhanjaya itu di sini Isnin.

Kumpulan itu bagaimanapun gagal menemui Pengerusi dan ahli-ahli SPR kerana mereka kini mempunyai urusan rasmi di Sabah dan dijangka pulang lewat petang.

Menurut Meor, calon bebas dari kumpulan itu akan dipilih daripada kalangan graduan memandangkan kekangan Akta Universiti dan Universiti Kolej 1971 menghalang mahasiswa menyertai kegiatan politik.

Kumpulan itu, dakwanya, kini dalam proses untuk mendaftarkan parti mereka sebagai sebuah pertubuhan siasah dan sekarang bergiat atas nama persatuan.

Beliau juga menggesa kerajaan agar mengambil berat tentang hak-hak rakyat memandangkan kekerapan berlakunya perarakan dan demonstrasi jalanan sejak akhir-akhir ini.

Bagi parti pembangkang, katanya, mereka perlulah memainkan peranan lebih baik sebagai penstabil kepada kerajaan sedia ada.

Beliau menegaskan bahawa gerakan itu yakin bahawa telah wujud keinginan di kalangan rakyat untuk melihat satu perubahan dalam lanskap politik negara, tetapi kekangan dan dinding penghalangnya terlalu tebal menyebabkan kekalnya status quo sehingga hari ini.

Sehubungan itu, katanya, kumpulan itu akan mengerahkankan penyokongnya pada pilihan raya akan datang bagi menyedarkan rakyat bahawa kecenderungan memilih Barisan dan parti-parti pembangkang sedia ada sudah tidak lagi sesuai dengan masa. Mstar

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bagiku..aku amat tidak bersetuju dengan tertubuhnya parti mahasiswa negara untuk bertanding dalam p/raya umum akan datang.mengapa?sebabnya dari pembacaan politik, kita dapati ianya terdapat agenda tersembunyi Barisan Nasional untuk memecahkan undi barisan alternatif.ini kerana bagi pihak BN mereka dah merasai bahawa mereka akan ditolak oleh rakyat dalam p/raya umum nanti memandangkan pelbagai masalah yg dihadapi oleh rakyat masih tak selesai..isu minyak,isu yuran sekolah,isu skandal seks menteri,dan bermacam2 lagi..yang kesemuanya menampakkan bahawa rakyat akan menolak BN...maka Parti Mahasiswa negara pun ditubuhkan dengan tujuan utk memecahkan sokongan rakyat kpd BA..buktinya?kita lihatlah nanti apakah respon kerajaan dalam menerima parti mahasiswa ini..kerana di malaysia terdapatnya AUKU(akta univ dan kolej univ)yang melarang mahasiswa terlibat dalam politik..sudah tentu kerajaan mencari alasan untuk membolehkan mereka bertanding dlm p/raya umum nanti..

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya apa yang dilontarkan oleh mahasiswa PMN ada kewajarannya.Bila wujud pari dari kalangan mahasiswa ia sudah tentu akan mewarnai persada politik tanahair...kesannya saya nampak amat ketara khususnya kepada mahasiswa2 sendiri yang kurang celik politik...kekurangan kesan dari pihak pembangkang seperti dakwaan mereka memberi tanda bahawa mereka juga berjuang hak rakyat.Mereka boleh dikira batu loncatan kepada pejuang rakyat bagi menambah kesan dan menghapus kuasa zalim.

Tanpa Nama berkata...

terima kasih kepada ibnu said dan tanpa nama.. kita mengharapkan lagi komentar dan pandangan dari kebanyakkan mahasiswa.. agar tidak berdiam diri dalam memikirkan perkara ni..

jangan anggap ia tiada kaitan dengan kita.. semuanya adalah untuk negara kita..